KDN akan pantau Anwar – Syed Hamid

Kementerian Dalam Negeri akan memantau keadaan dan suasana dalam negara termasuk tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengambil sebarang tindakan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata keselamatan dan ketenteraman awam penting bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan mana-mana pihak yang cuba menjejaskannya boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai agar jangan membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai tindakan kementeriannya.

“Lebih baik kita tengok suasana…bila tiba masanya jika perlu ambil tindakan kita akan ambil tindakan, tapi jangan buat spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata Anwar kini sudah menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

“Kita akan melaksanakan tugas untuk memerintah dan mentadbir sebagai mandat yang diberikan kerajaan. Apa tindakan yang akan kita ambil, kita akan ambil bila tiba masanya tapi saya tidak mahu bincangkan perkara ini sebelum masanya tiba dan perkara itu berlaku,” kata Syed Hamid.

Syed Hamid berkata tidak ada keperluan untuk membincangkan perihal Anwar setiap hari seolah-olah Malaysia ditadbir dan dikawal oleh Anwar.

“Kita tidak perlu tiap-tiap hari bincang mengenai ketua pembangkang itu banyak lagi benda-benda yang boleh kita buat,” katanya.

Mengenai penahanan penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz di rumahnya di Demit, Kota Baharu mengikut Akta Hasutan semalam, Syed Hamid berkata ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pegawainya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika ditemui pada majlis yang sama, Ismail berkata bagaimanapun, beliau belum melihat laporan tersebut.

Semalam, Teresa melalui peguamnya Sankara Nair membuat laporan polis dan menyaman akhbar Utusan Malaysia, Pengarangnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo kerana memfitnahnya berkaitan isu larangan azan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya.

nota: Pemantau seharusnya dibuat dari hari pertama DSAI bebas dari penjara. Apa2pun masih belum terlambat. Sebarang tindakan yang diambil demi menyelamatkan negara, penulis sokong 100%. Selamatkan negara dari sifat tamak kuasa seseorang individu. Utamakan kepentingan rakyat dan bukan diri sendiri. Allahuakbar!!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “KDN akan pantau Anwar – Syed Hamid

  1. Dah terang di suluh pulak….tak payah pantau-pantau…suruh peguam negara buat kerja lebih masa sikit…lepas ini boleh main golf…ini masa Jabatan Peguam Negara kerja keras!.Bonus mau kerja lebih sikit apa salahnya…cari bukti yang kukuh….menghadapkan ke Makamah…tapi jangan pakai short-cut ISA lah!.Itu orang malas punya kerja!.Gunakan undang-undang yang sedia ada…Si nuar ini ugut sini ugut sana apa kerajaan ini tak ada undang-undang kah?.Yang membayar Income tax apa hal?.Habis kita bukan rakyat negara ini yang mahukan aman?.Persetan dengan orang yang tak mahu aman.itu hal depa kita yang senyap ini jangan ingat diam selama-lama jangan buat kita ambil undang-undang itu…yang perlu jalankan tugas jalankan…apa yang nak ditakutkan sangat dengan segelintir orang yang memang tak boleh menyenangkan masyarakat.Depa ini memang tak boleh bebas..Ini yang bebaskan dia ini yang di pertanggung jawabkan segala kekusutan negara ini…lagi lama lagi dia ini hancurkan negara ini.setengah orang dia memang tak hargai kebebasan yang diberi kalau dah sekali masuk dalam dia gian nak masuk lagi!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s