Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Pilihanraya Pusat parti itu, Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan ’empat mata’ hari ini difahamkan bagi menyelesaikan ‘pertelagahan’ antara mereka berhubung isu peralihan kuasa yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan dilihat sentiasa memberi sokongan moral kepada Anwar untuk menjadikan peralihan kuasa itu satu realiti.
Manakala Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu pula dilihat tidak yakin usaha Anwar itu akan menjadi kenyataan.
Dalam pertemuan tersebut, Malaysiakini difahamkan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS telah memperjelaskan pendirian masing-masing dan ‘hubungan mereka kini kembali seperti sediakala’
Ketika dihubungi Malaysiakini, Mustafa mengesahkan mengadakan pertemuan tersebut di Kota Bharu pagi tadi atas permintaan Nik Aziz.
Mustafa enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan yang bermula jam 10 pagi tadi, tetapi beliau kedengaran ceria ketika bercakap dengan Malaysiakini.
Menurutnya, pertelagahannya dengan Nik Aziz itu berpunca daripada “salah faham” semata-mata.
“(Perkara ini) macam ayah dengan anak,” tambahnya.
Ahad lalu, dalam ceramahnya di Taman Melewar, Gombak, Nik Aziz secara terbuka mengkritik kenyataan Mustafa yang tidak yakin pertukaran kerajaan pada 16 September.
Merujuk kepada kenyataan Mustafa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia serta wawancaranya dengan Harakah mengenai isu tersebut, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya PAS itu “sudah menjadi lidah Umno” dan “betul-betul serupa dengan nada presiden Umno”.
Malah, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu “telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya”.
Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini, enggan mengulas kritikan menteri besar Kelantan itu.
“Dalam pertemuan pagi tadi, (kami) bincang perkara itu (perselisihan faham) sekejap saja. Yang lain kita sembang-sembanglah,” kata Mustafa.
nota: Kasihan dengan Parti PAS yang kini terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama ialah golongan yang benar2 ikhlas untuk berjuang dan satu golongan lagi yang Pro-Anwar. Ternyata pengaruh Anwar sudah berjaya meresap ke dalam Parti PAS. Pengaruh ini juga telah berjaya mempengaruhi TG Nik Aziz yang sememangnya terkenal dengan sikap tegasnya. Tetapi mutakhir ini ketegasan beliau diragui. Ini disebabkan pengaruh sekularisme-anwar telah hampir berjaya menukar identiti PAS dari parti ISLAM menjadi parti Islam sekular.
Ahli-ahli PAS, bangkitlah. Berhati-hatilah dengan mainan politik orang2 pro-Anwar di dalam PAS. Kelak nanti anda yang rugi!!!
Salam,
Inilah PETUJUK, segala hamunan, cemuhan dan doa lahanat jatuh kepada mereka semula.
Nik Aziz rasanya kena muhasabah diri…. Jgn sengan nak bertanya kalau ada apa2 kemusykilan kat Tuan Guru Hadi Awang sebab nampak Tuan Guru Hadi Awang tu cerdik jgk berbanding Nik Aziz…
Nik Aziz paling cerdik sebab dia tak terpengaruh dengan UMNO. Puak-puak lain tu dah termakan dengan UMNO sebab tu nada pun lain. Nik Aziz tetap istiqamah dengan perjuangan dan tahu DSAI satu-satunya pemimpin yang ada citra Islam yang dapat diterima bukan Islam. Seperti kata Mufti Perlis, pilihlah yang lebih baik daripada yang buruk dan busuk seperti yang berlonggok dalam UMNO tu!
Salam,
Memang Anuar sebenarnye kelihatan diterima oleh bukan islam. Itu diakui oleh pimpinan PAIh sendiri.
Pada pandangan aku dia diterima oleh bukan islam kerana tingkahlaku porpularnya yang rela mengadai kepentingan bangsa dan agama.
Salam abang tuah,
Sebenarnya Anwar ini yang mainkan sentimen perkauman dengan sengaja eksplotasikan..slongan “Malaysia ini Cina punya,Malaysia ini India punya…bukan Melayu punya”.Slongan-slongan seperti ini yang keluar dari seorang pemimpin Melayu yang membuatkan bukan Melayu itu tertarik dengan perjuangan Anwar konon.Perkara yang Imposible ini anwar sengaja putar belitkan possible untuk rakyat bukan Melayu yang sentiasa nak lebih.Bagi golongan muda mereka fikir ini akan jadi nyata kalau Anwar menjadi PM kelak.Mamak lama ikuti kata-katanya,janji-janjinya semuanya sedap untuk dengar je!.tak boleh pakai.Macam orang kata kalau pagi anwar cakap dengan Cina begini,petang nanti cakap dengan India macam itu malam nanti dia akan cakap dengan Melayu bukan macam itu!.Cakap tipu,muslihat,mengoda,memukau dan lain-lain sebati dalam darah dia!.Apa yang mamak kesian ialah rakyat golongan muda yang terlalu asyik dengan pidato yang bohong semata-mata itu.
Wassalam.
Salam Mamak Haji
Cara berpolitik macam tu yang merbahaya. Buat janji lain-lain pada sesuatu kaum. Kaum2 tersebut akan menyimpan tuntutan dan kehendak masing-masing. Akhirnya, apabila tersedar mereka dipermainkan dengan kata-kata, maka mereka semestinya akan menyimpan dendam pada kaum yang lain, dan seterusnya boleh menjurus kepada ketidakstabilan keamanan Negara.