PAS akan sertai kerajaan baru dengan syarat

PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

“Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

“PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS,” tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

“Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan,” tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi.

“Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS,” ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Majlis semalam dimulakan dengan tahlil dan berbuka puasa yang turut disertai Dato’ Seri Presiden PAS. Lebih 5,000 hadirin memenuhi Kompleks PAS Kedah itu semalam mendengar ceramah dua tokoh terbabit. / Harakah

nota: Wahai pengikut2 PAS, berpeganglah pada prinsip. Itu saranan MB KEdah. Berhati-hatilah, pengaruh Anwar sedang merebak di dalam PAS. Hasil pertama sudah berjaya! Perselisihan antara TG Nik Aziz dan Mustapha. Takkan korang tak nampak lagi!!!

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “PAS akan sertai kerajaan baru dengan syarat

  1. belum lagi bentuk kerajaan dah ada macam-macam cara….Tua haji kalau mau itu macam kena kasi bunuh itu kapal sing …pasai dia kata”Langkah saya punya mayat”!.

    Alahai!Pak Haji cuba letak tangan kat hati tanya betui kah Pak Haji mau joint sama dia orang!.Jangan bohong dalam bulan puasa haji!.Atau Haji pun dah takut jawatan haji akan hilang kalau cakap pakai hati?.Kenapalah anwar ini bikin semua dalam keadaan serba-salah?.Joint sama UMNO je orang PA….ramai lagi bagus nanti boleh buat suara majoriti boleh lakukan apa yang engkau orang mau!.Buat cara duduk kat atas pagar susah…..!Insyallah moderator blog boleh hantar borang melalui pos!.Semua kos Mamak boleh tanggung!.

  2. Bakal PM

    “PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS,” tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

    “Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan,” tegasnya.

    Cuba Tuan Guru Hadi Awang tanya DAP dulu boleh ker syarat2 ni diterima… Nak2 yang duduk kat kerusi roda tu… Mestila dia melenting…
    Saya risau jgk takut yg lari dr jemaah nanti Nik Aziz coz nmpknya nik Aziz skarang makin terikut2 jer apa yg Mat Jenin buat walaupun pd mulanya dia kata salah pastu x salah dah bolehla… Harap Tuan Guru Hadi Awang teguhkan penderian yer…

  3. Kata Hikmat Pemimpin Pas:

    Datuk Seri Hadi Awang:”Cita-cita Anwar itu satu angan-angan Mat Jenin”.

    TG.Nik Aziz:”Dalam politik tidak ada istilah sedemikian.Orang politik tidak ada Mat Jenin dan dia akan buat jadi kenyataan”.

    Fikir sajalah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s