Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan – malaysiakini

Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.

Katanya, akta itu sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet. Saya fikir idea kewujudan akta ini adalah baik untuk mewujudkan suasana hubungan baik antara kaum berasaskan agama dan budaya yang berbeza-beza.

 

nota: walau akta ini diluluskan nanti, Akta ISA masih diperlukan lagi.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan – malaysiakini

  1. Jamrus bin A. Manaf

    Kesilapan yang pertama perlu diambil kira dengan tidak mengenepikan Melayu Peribumi,kesalahan pertama BUBAR UMNO 1988 sepatutnya di serah jyasa pada Majlis Raja Raja, tetapi laiin jadi nya bila di serah pada bukan Melayu,,,,, kena ambil Iktibar sehingga berlaku Babak MENDELIAR DENGAN SIKITOL,Rudi nya Bandsa MELAYU, Mekayu Pendatang tidak rugi apa apa…..Kata adat Orang Menyemenda kena perihatin pada tempat semenda…Waris Imam Perang, Jelebu

  2. Awang Kata

    Setuju hubungan kaum diaktakan. Nampaknya hubungan kaum semasa tidak benar-benar berlaku. Diharap dengan akta ia membantu hubungan yang lebih bererti. Kalau dengan akta ia membantu maka akta itu perlu. Antara lain peranan bahasa kebangsaan perlu diperkasakan. dan bukannya membiarkan bahasa asing merenggangkan hubungan antara kaum. Apa yang dilihat bahasa Melayu diabai martabatnya hingga bahasa asing jadi pilihan. Menguasai bahasa asing bukan bermakna memartabatkannya di negara ini.

  3. Salam,
    Mamak sokong pendapat saudara ‘Awang kata’..memang benar “Bahasa Menunjukkan Bangsa”.Yang Mamak sekian lama heran Di Malaysia ini hanya:

    Kaum Bukan Melayu ini inginkan “Malaysian Malaysia” dan ingin sangat mereka dipanggil “Bangsa Malaysia” tapi pada dasarnya mereka tak mahu kompromi dalam isu Bahasa kebangsaan..Ia itu ramai pandang rendah pada Bahasa Melayu ini kenapa?.Yang Melayu pun satu hal, Bahasa Melayu diperlekehkan..Bahasa adalah penunjuk Sesuatu bangsa disini kita perlu faham makna antara Bangsa dan kaum!.Kaum ini selalunya di panggil etnik..Kalau inginkan Bangsa ia itu Bangsa Malaysia apa perlunya bahasa Etnik dan beribu-ribu sekolah etnik di Malaysia?.Kalau kita sebut hal ini apa yang kita dengar ialah “Oh..itu dalam perlembagaan”.memang betul ia dalam perlembagaan tapi ia sesuai di pakai untuk pada ketika kita bebas dari penjajah.Oleh kerana kemerdekaan kita ini dicapai melalui rundingan banyak perkara dalam perlembagaan itu adalah dibuat mengikut selera penjajah pada masa itu.Kita tidak punyai pilihan banyak!.Terpaksa akur dengan penjajah..sama juga hak Istimewa Melayu dan Kontrak sosial itu diperolehi dengan desakan-demi dari pemimpin UMNO!mendesak mat Salleh ini bukan mudah!.Kadangkala Parti pembangkang lain seperti PAS dan Keadilan sering tanya apa yang UMNO buat untuk Melayu?…perkara inilah UMNO dari awal dah memperjuangkan hak untuk kepentingan Melayu di Negara ini.

    Kerenggangan kaum di Malaysia ini bukan berpunca dari soal agama…agama ini bagi pandangan mamak ia adalah subjek universal payah kita bincangkan.Tapi berkenaan Bahasa itu boleh dibincangkan tanpa sempadan!.Kita perlu memberi perhatian serius tentang Bahasa ini sebelum bincang berkenaan Agama atau pun Kaum.Tentang Akta yang dicadangkan itu Mamak fikir tak perlu kecuali ia adalah gimik politik!.Dalam Perlembagaan Malaysia perkara berkenaan ini telah pun memperuntukan kaedah yang cukup mudah untuk keharmoniaan hubungan kaum.Setiap rakyat perlu memahami yang mana haknya dan di mana hak orang lain.Selagi hak kita tidak dicerobohi tak perlu dirisaukan.Masalahnya sekarang jangan sekali cuba meminta hak yang lebih itu yang masalah.Meminta hak lebih itu akan mengakibatkan seperti meminta hak kaum lain.Conthnya sekiran bukan Islam meminta Agam mereka juga perlu setaraf dengan Agama Islam.Mana boleh kerana dalam perlembgaan Malaysia Islam adalah Agama rasmi Negara Malaysia.Orang Islam pula tak boleh ganggu agama lain untuk mereka mempraktikan kerana dalam perlembagan ada peruntukan hak untuk agama lain.

    mamak rasa daripada mengadakan Akta ini lebih baik kerajaan mengadakan Mahkamah Khas untuk tangani kes-kes berkaitan Perlembagaan Negara lebih molek.

    Semasa tahun 60-an banyak papan tanda dan Iklan di paparkan “Bahasa Jiwa Bangsa”,”Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan”.Tetapi pada masa ini mungkin kini negara dah diambang kemajuan Keadaan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai “Bahasa Yang Layu” dan dianak trikan oleh Bangsanya sendiri!!!!.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s