SMS Palsu

1. Difahamkan pada malam tadi terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menghantar SMS kepada beberapa ahli pemuda Ampang yang lain bagi menjemput utk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran UMNO Cawangan Jalan Enggang pada petang ini.

2. Ingin ditegaskan  bahawa, UMNO Cawangan Jalan Enggang tidak menganjurkan sebarang aktiviti berbuka puasa pada petang ini dan dalam tempoh terdekat ini.

3. SMS ini telah dihantar bagi bertujuan utk mensabotaj Majlis Berbuka Puasa anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ampang yang akan diadakan juga pada hari ini.

4. SMS liar ini juga telah dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan kredibiliti Calon Ketua Pemuda Malaysia, YB Datuk Mukhriz kerana slogan Berani Berubah telah digunapakai di dalam SMS tersebut.

5. Permainan kotor ini juga bertujuan untuk menjejas dan mencemarkan nama baik Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang yang mana ketua pemudanya akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Ampang pada pemilihan Oktober depan.

6. Pihak Pemuda Jln Enggang telah cuba mendapatkan sms asal dan no telefon penghantar sms terbabit. Walaubagaimanapun sehingga kini, pihak yang melaporkan kepada kami mengenai sms ini masih enggan menyerahkan no telefon tersebut.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “SMS Palsu

  1. Salam,

    Majlis Buka puasa pun kini menjadi permainan untuk setengah pihak!.Mamak fikir Pemuda Jln.Enggang dah jadi lebih popular dari blog-blog UMNO yang lain kot…Kita ini tak habis-habis dengan PHD…Mamak pun tak faham dengan Orang Melayu sekarang!.Kenapa kita jadi begini?.Bila hati dah rosak seluruh anggota badan juga akan terikut rosak..apa tah mulut,tangan dan fikiran…rosak segalanya!.Apa pun nasihat Mamak Haji adalah yang mustahak Nawaithu yang bersih dan ikhlas dalam perjuangan.Allah akan membantu.Persetan dengan yang PHD itu…teruskan perjuangan yang Ikhlas untuk Agama,Negara dan UMNO, insyallah Allah akan membantu!.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s