Teresa Kok Dibebaskan – malaysiakini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

 

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

 

“Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

 

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

 

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

 

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat. – mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Teresa Kok Dibebaskan – malaysiakini

  1. BenM

    Allah sedang memerhatikan semua angkara-angkara jahat UMNO.

  2. Bakal PM

    Hello Ben M…
    Allah bukan sekadar perhatikan UMNO jela tp semua umat manusia kat dunia ni…

  3. mat25

    Setuju.. pemuda umno patut menyiasat apa yang khir toyo buat. kalau tidak, habislah nama baik umno.

  4. Eagle has landed

    Pak Lah, bebas kan lah semua tahanan ISA, apakah dosa mereka, kalau ada bukti dakwa saja dan jangan menginaya orang, zalim nama nya tu, awak pun dah tua susah nak jawab nanti. Tak tahu lah saya, yang saya tahu ia lah buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Ingat ingat lah sikit menteri UMNO, bukan hidup selama lama nya. Yakin lah pembalasan ALLAH itu mesti akan tiba. Pada masa itu tak kan kita nak TAI CHI kat polis. Polis pun kena jawab-tak takut ke?. Entah la apa nak jadi Malaysia Tanah Air Ku.

  5. Apalah korang ini.Kena tangkap ISA pun salahkan UMNO?.Apa UMNo tak ada kerja lain kah!.Ramai diluar sana keliru UMNO itu apa dan Negara itu siapa?.UMNO hanya sebagai sebuah parti,macam MCA,Gerakan,Keadilan atau DAP…cuma parti politik.Parti Memerintah bukan UMNO tapi ia adalah Barisan Nasional yang merangkumi semua komponan parti-parti politik.ketua Negara ialah YDPA.Ketua keraajaan ialah Perdana Menteri ia itu dari Presiden Parti UMNO.yang mana UMNO adalah parti majority!.

    Kadangkala memang kita keliru Perdana Menteri melakukan sesuatu dalam kapasiti sebagai Presiden Parti atau pun sebagai pemimpin negara!.Sudah pasti PM lakukan sesuatu yang melibatkan negara adalah dalam kapasiti sebagai perdana menteri yang diberi kuasa oleh YDPA yang berlandaskan Undang-undang Negara yang termaktub dalam perlembagaan atau diluluskan oleh kedua dua assembly rakyat negara ini,ia itu Dewan rakyat dan dewan negara dalam pendebatan di parlimen dan Dewan Negara!.Apabila kedua diterima undang-undang dan diperkenankan oleh YDPA barulah dikuatkuasakan.

    PDRM diberi kuasa oleh YDPA untuk menjalankan tugas sebagai penjaga undang-undang itu.Sesiapa melanggar undang-undang itu dengan budi-bicara sendiri PDRM berhak menahan dan di bawa ke Mahkamah untuk membicarakan pesalah.Tidak kena mengena dengan UMNO untuk campur tangan .Jangan sekali babitkan Parti dalam hal ini.Kalau induvidu yang amanahkan tugas itu tidak menjalankan tugas sebenarnya pada rakyat kita masih ada banyak saluran untuk keadilan dilaksanakan dengan betul.Kalau didapati salah…salahkan UMNO…kalau bebas dari kesalahan kenapa tak puji UMNO!.Berhentilah tuduh UMNO kamu semua!.Pasai satu dua ahli UMNO jadi kambing bir-biri hitam jangan tuduh semua kambing itu adalah Hitam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s