2000 ahli SAPP keluar Parti – Malaysiakini

Kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tanjung Papat mengumumkan keluar dari parti itu sebagai menyokong pendirian Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), demikian menurut laporan Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan, mereka membuat keputusan itu dalam satu perjumpaan di Sandakan malam tadi dengan Tan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat.

Dengan tindakan itu, SAPP Tanjung Papat kini hanya mempunyai satu cawangan iaitu Slipway di kawasan Bandar Sandakan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang.

Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin.

Shaiful Bahari Muin yang sebelum ini ialah Ketua SAPP Cawangan Kampung Melayu Bumiputera berkata mereka membuat keputusan keluar parti sebagai tanda menyokong pendirian Tan.

“Kami sebulat suara menyokong Tan dan bersetuju keluar dari SAPP. Bagi kami Tan adalah pemimpin parti dan wakil rakyat yang memikirkan rakyat dan penyokongnya dalam membuat apa juga keputusan, sudah tentu kami akan menyokongnya,” katanya kepada Bernama.

Tan yang juga merupakan pengerusi SAPP Zon Sandakan tetapi disebabkan pendiriannya itu termasuk tidak bersetuju dengan cadangan usul tidak percaya SAPP terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 18 Jun lepas, beliau disisihkan dari parti.

Jawatan Pengerusi ZON Sandakan kini disandang oleh Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong.

Pada 17 September lalu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan keputusan parti itu keluar dari BN setelah lebih 13 tahun dalam gabungan tersebut, dengan alasan BN telah hilang “Semangat BNnya”.

Pada 18 Jun, SAPP mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s