Blogger Kickdefella Dibebaskan – Malaysiakini

Penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz yang ditahan reman untuk siasatan kes hasutan, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

 

Dia dibebaskan pukul 4.30 petang tadi.

 

Beliau dipercayai ditahan ekoran membuat cadangan di laman blognya agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

 

Syed Azidi, 38, yang ditemani Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Sallehuddin Ayob dan peguamnya, Amrit Pal Singh dilihat meninggalkan Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 4.15 petang selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Beliau akan dipanggil semula oleh polis pada 17 Oktober depan.

 

Syed Azidi yang mengadakan sidang akhbar di rumah kakaknya di Bukit Persekutuan di sini kemudiannya berkata, sepanjang beliau ditahan, beliau dilayan dengan baik oleh pegawai dan anggota polis.

 

“Tidak timbul sebarang pertelingkahan atau perasaan tidak puas hati sepanjang saya ditahan. Saya dijaga dengan baik malah apa yang saya minta untuk keperluan saya diberikan,” katanya.

 

Menurutnya, sepanjang beliau ditahan, tidak ada sebarang kenyataan diambil ke atas dirinya sebaliknya hanya kenyataan berhubung latar belakangnya.

 

“Tidak ada sebarang kenyataan diambil dan saya telah memberi sepenuh kerjasama. Saya rasa saya bukan ditahan kerana memberi cadangan supaya bendera dipasang secara terbalik…” katanya dipetik Bernama.

 

Syed Azidi turut mengumumkan penarikan diri sebagai ahli Umno Kelantan hari ini.

 

“Walaupun saya bekerja dengan kerajaan PAS negeri hampir setahun setengah tetapi saya masih ahli Umno. Hari ini saya nak umum penarikan diri saya sebagai ahli Umno.

 

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ambil berat mengenai kes saya ini,” katanya.

 

Semalam Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas Syed Azidi sehingga 5 petang ini.

 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

 

Syed Azidi, Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bahru mengikut Akta Hasutan pada 17 September.  – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s