5 calon rebut jawatan Ketua Pemuda Malaysia – Malaysiakini

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Datuk Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

nota: Berani Berubah, Setiakawan dan Pemuda Berani adalah tema yang digunakan oleh calon2 seperti YB Mukriz, YB KJ dan YB KT. Bagaimana dengan calon lain, apa mesej anda buat pemuda. Mesej dan idea yang ingin dibawa bukan sahaja perlu meliputi kehendak Pemuda UMNO tetapi juga Pemuda di Barisan Nasional amnya. Kurangnya sifat kesedaran terhadap perjuangan BN sebelum ini telah menyebabkan beberapa golongan Pemuda di dalam komponen seperti tidak memahami sifat toleransi yang telah sekian laman dijalinkan.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “5 calon rebut jawatan Ketua Pemuda Malaysia – Malaysiakini

  1. puaka

    1. K.J
    Berpotensi menjadi pemimpin,berwibawa dan berkarisma. Namun cita-cita serta hala tuju sebenar boleh dipertikaikan.
    Ada berita yang dibawa oleh angin menyatakan RMK 9 semua projek besar dalam genggaman beliau. Kalau benar cerita ni beliau merupakan pengkhianat bangsa. Jika berita ini salah beliau merupakan harapan. Namun saya tertanya-tanya mengapa ada kabar angin Dr M sangat tidak menggemari KJ

    2. Datuk Zahidi
    Kurang menyerlah dari segi karismatik.
    Namun sekiranya beliau menunjukkan taringnya
    peluang beliau tetap ada. Tapi dari mata kasar beliau bukanlah orang yang dicari atau dinantikan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Hisamuddin.

    3. Datuk Shaziman
    Seperti juga Datuk Zahidi, beliau tidak begitu menyerlah.

    4. Datuk Seri Khir
    Seperti seorang pengacau. Cuba untuk menonjolkan diri walaupun beliau merupakan, penyebab kejatuhan Selangor ketangan Pembangkang. Beliau sepatutnya sedar dengan apa yang telah dilakukannya kepada negeri Selangor. Beliau seharusnya dan selayaknya melepaskan jawatan dalam parti atas dasar bertanggung jawab atas kekalahan BN Selangor.

    5. Datuk Murkhris
    Lantang bersuara seperti layaknya seorang pemimpin pemuda. Namun kelantangannya hanyalah untuk mempertahankan protes ayahandanya sahaja.

    UMNO seharusnya mencari seorang ketua pemuda yang bersuara lantang. sejak kebelakangan ini ketua pemuda UMNO seperti seorang yang menjadi pak turut kepada pak presiden sahaja. Umno seharusnya mencari sekurang-kurangnya bayangan kepada Datuk Harun Idris untuk membentuk pemuda yang mempunyai suara yang didengar oleh pemimpin tertinggi parti dan kerajaan. Bukannya sehinggakan ketua pemuda boleh digelarkan sebagai pondan oleh pihak pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s