ISA tetap kekal walaupun kerajaan bertukar tangan – malaysiakini

Ketika pelbagai pihak menggesa agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, pemerhati politik yakin undang-undang berusia hampir lima dekad itu akan tetap kekal diguna pakai sama ada oleh kerajaan semasa atau jika negara diperintah pembangkang satu hari nanti.

Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, biarpun banyak pihak mendesak ISA dimansuhkan, tetapi beliau pasti kerajaan tidak akan menghapuskannya dalam masa terdekat.

“Saya yakin sama ada kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini mereka tidak akan memansuhkan ISA,” katanya kepada mStar Online hari ini

Jelasnya, walaupun akta tersebut memberi kebaikan tetapi ia telah digunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

“Perkara seperti ini tidak wajar berlaku. ISA sepatutnya digunakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa ISA tidak wajar dihapuskan kerana ia merupakan senjata terakhir yang telah banyak menyelematkan negara daripada ancaman musuh.

“ISA telah banyak memberi manfaat kepada negara ini… jadi kerajaan punya sebab untuk mempertahankannya. Cuma apa yang dikesalkan adalah ia telah dipolitikkan pada hari ini,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Namun pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk melahirkan pendapat berbeza mengenai ISA.

Tegasnya, ISA perlu dihapuskan segera kerana ia memberi kesan kepada keadaan politik semasa.

“ISA perlu dihapuskan segera kerana ia memberi kesan kepada kestabilan politik semasa,” katanya.

Jelasnya, pelbagai pihak menentang penggunaan akta tersebut kerana mereka yang ditahan di bawah akta tersebut berada dalam tahanan tanpa dibicarakan.

“Ramai yang tidak bersetuju kerana akta ini dianggap melanggar hak asasi manusia.

“Sesiapa yang ditangkap perlu dibicarakan dan mahkamah akan menentukan seseorang itu bersalah atau tidak,” katanya.

Sehubungan jelas Azeem, terdapat akta lain yang boleh digunakan bagi menggantikan ISA.

“Kerajaan boleh menggunakan Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan yang dilihat lebih adil untuk digunakan ke atas mereka yang dilihat mengancam keselamatan negara,” katanya.

Tegasnya, ISA wajar digunakan ke atas perkara yang benar-benar mengancam keselamatan negara seperti gerakan subversif dan keganasan yang membawa impak negatif kepada negara. – mstar

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “ISA tetap kekal walaupun kerajaan bertukar tangan – malaysiakini

  1. andreas

    Prof. Kankung dari UKM sudah memberi pendapat beliau….

  2. LeeZ

    biasa lah bro… nak jaga periuk nasi lah katakan….

  3. Salam,

    Isa termasukkategori undang-undang pencegahan mencegah sesuatu mudarat yang di jangkakan adalah menjadi tanggung jawab pemerintah.Pemerintah perlu bertindak atas dasar memelihara maslahat(kepentingan) ummah dalam keadah fiqh disebut ‘tasryrruful imam ala ar-ra’ieyat manutan bil masalahah ,ia bermakna setiap tndakan atau dasar yang diputuskan oleh pemerintah mesti diasaskan menjaga maslahat rakyat.

    Dalam menentukan maslahat ini pemerintah melihat kepada kepentingan hak majoriti rakyat yang perlu diberi keutamaan berbanding hak asasi seseorang atau sekelompok rakyat.Ini bermakna undang-undang pencegahan memang menjadi tanggung jawab pemerintah ia selari dengan tuntutan Islam.

    Yang selalunya dipertikaikan adalah tahanan tanpa bicara.Kita memepunyai pelbagai undang-undang untuk mendakwa seseorang termasuk Akta Hasutan 1948 dan juga kanun keseksaan.

    Petikan Daripada : Pengarah Jakim.

  4. Salam..

    Putera bersetuju dengan pandangan Mamak..ISA sebenarnya perlu dilihat dalam konteks yang lebih meluas..bukan hanya bersempadankan atas faktor komunisme & pencabulan terhadap organisasi raja berpelembagaan sahaja..mungkin pandangan Putera salah tapi ISA ini “hidup” demi meneruskan kesinambungan “kawasan putih” yang menjamin keamanan dan kesejahteraan..mungkin permulaan ISA hanya untuk membasmi pengaruh komunis dari menyebarkan dakyah2 dan propaganda yang mewujudkan suasana keraguan dan cemas di kalangan penduduk tapi harus juga diingat, ISA juga terus berkembang peranan seiring dengan pembangunan & kemajuan Malaysia..itu merupakan satu kemestian bagi menjamin bahawa ISA tetap akan relevan dalam konteks masyarakat kini..

  5. Kuntakinte

    Salam, kuntakinte tak salah kan ISA, kita kena salahkan diri sendiri, teman di didik dik mak bapak jangan buat perkara yang tak baik, jangan buat kerja salah, jangan jahat nanti polis tangkap, hormat orang2 tua, hormat jiran tetangga sebab tu teman tak takut tok ISA ke Raja ISA ke… sebab teman tak pernah buat salah kerana didikan mak bapak teman. itu dah cukup.

  6. tubir

    ISA baik dikekalkan mencegah lebih baik dari biarkan ianya terjadi baru nak bertindak, masa itu semua orang termasuk pembangkang akan menyalahkan kerajaan. lihat amerika macam mana dia guna akta pencegahan penganas lebih kejam dari ISA kenapa pembangkang diam ……kenapa anuar tak bising bising….teresa tak bising…..karpal tak bising…..lks tak bising …..sebabnya biasalah ………BERSEKONGKOL……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s