Namewee dipanggil Polis

Pencipta dan penyanyi lagu kontroversi, Negarakuku, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, akan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, Selasa ini dipercayai berhubung siasatan penyiaran klip video lagu rap itu di laman web YouTube, Ogos tahun lalu.

Meng Chee, 25, pulang ke tanah air akhir bulan lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan baru selesai menyiapkan dokumentari mengenai warga Malaysia yang tinggal di Hong Kong, Macau, China, Laos, Vietnam, Kemboja serta Thailand.

Bapa Meng Chee, Wee An See, 50, ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima panggilan telefon daripada Bukit Aman, 11 September lalu, yang meminta anaknya hadir ke ibu pejabat polis itu pada 23 September ini.

“Polis hanya memberitahu supaya anak saya datang ke Bukit Aman pada 23 September ini dan tidak memberitahu mengenai kes apa, tetapi saya tahu ia mesti berkaitan dengan kes lagu dulu,” katanya.-Berita Harian

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Namewee dipanggil Polis

  1. penulis_cyber

    seorang lagi mangsa ISA ?

    siapa saja teruskan tangkap mereka…

    demi kedaulatan negara..

  2. AbangTuah

    Salam,

    Bila dah lepas keluar macam-macam yang mereka buat memburukan negara. Benteras aje cepat!!

  3. Salam,

    Masalahnya sekarang Melayu bukan nak rampas hak bukan Melayu tetapi Bukan Melayu in cuba rampas hak Melayu…itulah masalahnya.Perhatikanlah sekeliling kita siapa yang sebenarnya monopolykan ekonomi Negara!.Apa Orang Melayu Minta adalah sedikit ruang iaitu 30% ekonomi itu sahaja..kalau itu pun dikatakan DEB nak rampas hak bukan Melayu mana perginya realiti…memang kaun bukan Melayu sedikit sukar nak menceburi dalam perniagaan dalam negeri kerana kaum Melayu sedar dan maju dalam fikiran mereka apa yang harus bukan Melayu yang lama telah mempengaruhi ekonomi negara ini perlu mencari tapak perniagaan yang lebih luas di luar negara terutamanya negara-negara asean yang sedang membangun.Inilah masanya mereka mohon bantuan kerajaan dari kementerian Perdagangan Antara bangsa untuk tujuan ini dan tak perlulah lagi berkecil hati dengan usahawan Melayu yang baru nak menceburkan diri dalam perniagaan dalam Negeri..sebagai Masyarakat perihatin ..usahawan-usahawan bukan Melayu yang begitu berjaya melalui dasar kerajaan yang liberal dalam ekonomi perlu memandang jauh untuk kejayaan yang lebih cemerlang untuk bangsa Malaysia..sebarang buruk sangka terhadap kerajaan yang anak tirikan mereka sebenarnya adalah sikap yang tamak dalam hati sanubari mereka.Anak muda Bukan Melayu harus memahami perkara ini.Kerajaan lebih bertanggung jawab pada kaum Majoriti seperti orang Melayu untuk menghindarkan ketidak pu hatian kaum Melayu yang sekelian lama dalam keadaan yang dibaikan oleh sistem kerajaanyang lebih liberal dalam perniagaan!.

    Tentang budak kurang asam ini kerajaan perlu ambil tindakan yang sewajarnya untuk generasi akan datang lebih menghormati Negara yang seperti ibu kandung mereka sendiri dari memburukan Agama Rasmi Negara,Lagu Kebangsaan,bendera Jalur Gemilang dan Insitusi Di Raja dengan Tindakan yang tegas tidak berkomperomi supaya menjadi satu tauladan yang mana setiap rakyat negara ini perlu menghormati perkara-perkara ini.Jangan kerap menggunakan ISA dimana ia akan jadikan negara ini seperti negeri dibawah pemerintahan kuku besi.Gunakan undang-undang yang sedia ada.Pihak pejabat peguam Negara perlu berkerja keras unuk sesuaikan keadaan yang semakin mencabar sekarang.Pejabat Peguam Negara perlu menjadi satu insitusi yang lebih mantap dan dihormati tanpa dibendung oleh politik dalaman yang mana hanya bertumpu untuk menjaga periok nasi masing-masing.Sudah sampai masanya tidak perlu menunggu PM bersuara baru bergegas nak jalankan tugas.Pejabat peguam negara perlu mendukung aspirasi rakyat yang ingin keadilan untuk setiap rakyat yang bernaung di negara ini dijalankan dengan adil sakasama tanpa memileh bulu.Wassalam.

  4. Kuntakinte

    Salam, sekarang ini melayu jadi pak tonton aje yang boleh….. nasib..nasib menang sorak kampung tergadai.

    hero2 kung fu dah mula tunjuk belang sekor2, sokong pulak dik kaki boria dan dikir barat, lingkup melayu sudahnya.

  5. umNOO!

    1. ISU BENDERA TERBALIK

    Today, our PM says this “Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” – Dolah Badawi…..

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata perbuatan berunsur menghina atau mencela kepada yang ada kaitan dengan kebesaran negara termasuk mengibar Jalur Gemilang secara terbalik, adalah kesalahan dan boleh didakwa. Katanya, rakyat perlu menghormati perkara yang menjadi hak dan lambang kebesaran negara termasuk Jalur Gemilang

    Tindakan Kerajaan BN- Sheih (melayu) dr Kickdefella detained in ISA!!!

    2. ISU BAKAR JALUR GEMILANG

    ‘‘Polis akan menjalankan soal siasat ke atas pelajar itu untuk mengetahui sejauh mana penglibatannya dalam kejadian rusuhan dan membakar Jalur Gemilang pada malam 8 September lalu.

    Tindakan Kerajaan BN-Dua orang (melayu) ditembak pihak polis!!! 8 org (melayu) lg dilokap

    3. Namawee menghina dan mencaci Agama Islam,Lagu Kebangsaan, bendera Jalur Gemilang, Insitusi Di Raja dan PDRM

    Tindakan kerajaan BN??? Biar mamat (bukan melayu) ni habiskan study dan dptkan segulung ijazah dulu, pastu balik malaysia nnt baru duduk bincang baik2!!!

    P/S : KERAJAAN BN yg sentiasa berjuang mempertahankan maruah bangsa MELAYU…KETUANAN MELAYU…piiirah!!! Aku pun melayu weiii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s