1 Oktober pulak….- Malaysiakini

Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru – 1 Oktober ini – cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.

Pada 16 September lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menolak permintaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.

Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

“Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

“Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

“Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.

“Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman,” katanya.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

“Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu,” katanya.

Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu. – mstar

nota: entah tarikh apa lagi yang DSAI nak gunakan kalau 1 Okt pun tak jadi

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

26 responses to “1 Oktober pulak….- Malaysiakini

  1. Big*

    1 Oktober? Bila? tahun ini ke? tahun depan ke? atau tahun belum ditentukan. Baru dapat tarikh… Adoi..Wahai pemimpin2 pembangkang, kalau betul niat dihati, kalau ikhlas dan jujur…kenapa x dibangunkan 5 negeri yg dimenangi. Kalau 5 negeri ini berjaya ditadbir dan boleh menjadi contoh kepada negeri2 lain..saya rasa saudara2 xperlu mewujudkan tarikh2 yg xpasti ini. Atau mungkin saudara2 pembangkang hanya seronok membangkang dan menumbangkan kerajaan. Atau mungkin ada agenda jahat yg perlu dilaksanakan…bagi saya, saya xpernah rasa pembangkang2 ini benar2 ikhlas untuk mentadbir negara atau membela rakyat..

  2. Maverick

    Fairdinkum ,
    be patient the mind game is going onto the second phase and never loose sight of the struggle for a new government.

  3. sleepy! just go back to work and live your life. if you delayed your project dateline for 3 times with any international corporation. you already cleaning your desk!

  4. Salam Big8 dan rakan2 seperjuangan

    Allahuakbar!!!

    Kan Putera dah cakap aritu, memang kalau menunggu tarikh dia bagi nie memang tak jadi keja la kita..lagi baik layan cerita Mat Jenin..ada jugak pekdah..Kalau depa nie berjaya jadikan 5negeri yang baru menang nie sebagai negeri termaju & terbaik untuk didiami, aku rasa secara logiknya depa tak payah nak teruk2 kempen PRU akan datang..sapa yang tak mau dok dalam negeri yang semuanya serba serbi lengkap..orang bengong mcm si Nadrah tu tak tau la plak aku..

    Ni tak, hari2 dok cerita yang sama..aku pun dah mcm nak muntah rasanya asyik dengaq angan2 si mat jenin nie..padahal Haji Hadi sendiri dah bagi warning kalau ingat nak tubuhkan kerajaan tanpa Islam, lupakan hasrat tu..so secara automatiknya, memang takkan jadi kenyataan sebab PAS dengan ISLAM tapi DAP takkan benarkan benda tu berlaku..secara perkiraan mudah, percanggahan prinsip tu saja akan menghalang cita2 si anwar tu..tapi manusia bengong mcm nadrah & the geng tu tak boleh paham @ tak nampak jawapan yang di depan mata..kot mata pedih masuk air kencing puak kafir harbi tak tau la plak aku..

    Tapi tak tahulah plak aku kalau2 Haji Hadi sanggup jual prinsip yang dia pegang demi nikmat duniawi..tapi secara peribadi aku tak rasa mcm tu..sebab sekarang nie pun dah ada percanggahan antara dia dan puak2 haluan kiri PAS..jadi rentikan la mimpi kome tu (jadi orang perak pulak aku)

  5. siewkhim

    Anwar should stop boasting on the exact date of take over of the government from the lahanat UMNO bastards.

  6. Jadi atau tak jadi..semua orang umno takut pada PR.. Kalau PR bohong cuba lah PM jumpah ANUAR.. takut lagi… orang Umno memang gila kuasa.. Bila pula kata kata PR betul lepas jumpah PM mampus umno … Kalau tak nak jumpah macam mana la BN tahu berapa orang akan terjun ke PR… .. Bila masa punnnnnnnnnn orang BM main ISA shj selain daripada itu tak tahu apa…..

  7. Anda semua silap, Mat Jenin ni lah yang menyuntik kata kata memerintah 5 Negri, mengikut kajian kasar awal sebelum PRU12, kami akan memerintah tetapi ada beberapa strategi politik terutama di trengganu dan Sabah. Jadi ini fasa seterusnya perubhan ini, orang UMNO jangan taaksub setiap yang diatas akan jatuh juga…

  8. martha

    Well lets give PKR the benefit of the doubt. 22 years of nonsense from the BN whats just another couple of days. The main point is we need a change period. But we are people of peace so let PKR do it in their time. This UMNO really merlaun.

  9. Bakal PM

    alahai penyokong2 PR… Nampaknya bersediala untuk rancangan Bang bang Boom musim raya… Nampakla sgt kebodohannya Penyokong PR ni coz ari tu cakap 16, pastu lg 2-3 hari lg pastu 1 oktober pastu sampai kiamat pulak… Buat Cik Nadrah and the geng (penyokong PR) kalau ditipu sekali kira x cerdik jela tp kalau kena kencing berkali2 sampai kembung tu dah kira bangang x boleh diajar lg… Ala dalam bahasa sopan nya dah bebal sgt la… Mat Jenin kembali berangan… Korang x bosan ker kena kencing jer??? Apa korang nak di kencing sepanjang hayat??? Dah bg nasihat dah jgn la tetap tarikh … Cuma Mat Jenin kena umumkan mcm ni… Pakatan Rakyat Akan menjadi kerajaan sebelum kiamat ni… Ha baru la org boleh terima… Kalau nak tetap tarik boleh tp bukan kat Malaysia nk tau kat mana kat Malvides.. Ntah ada x negara ni… keh.. keh… Cik Nadrah nak kena kencing lg….

  10. Bakal PM

    apatakena la kau ni…
    kau yng dah terkena… Dia bukan suntik la ngok ngek…. dia kencing & kelentong kau la…. Apa suntik2… Kencing dgn suntik x sama la….

  11. Salam

    Yang dok komen kat atas nie pun rata2 dari kafir harbi..tak cina DAP, mesti keling Hindraf..22tahun takdak apa2 kemajuan yang dibawak oleh BN??? Lagi nonsense..mat jenin ni menang PRU lepas sebab kononnya ramai teruja nak tengok kepimpinan dia..tapi lepas nie aku sure ramai yang dah muak dan muntah dengan janji yang asyik ditunda-tunda..naik main psikologi ke atau dia memang psiko???

    Berangan nie ada 3 jenis..satu berangan dengan matlamat & keyakinan akan mencapai sasaran..yang nie takdak pada anwar sebab yang dia gagal nak umumkan sapa 31MP BN yang akan jadi katak nanti..nak risau sebab keselamatan apa..nanti orang akan tau jugak!!! Nonsense!!!

    Berangan kedua nie jenis syok sendiri..rasa mcm seronok kalau dapat tapi dalam hati memang tau agak mustahil nak dapat..yang nie memang kena dengan si anwar..dia rasa seronok berangan nak jadi PM..diarak ke sana sini..tapi dalam hati dia tau, dia tak boleh nak “kahwinkan” prinsip LKS & Haji Hadi..sorang tolak Islam, sorang pertahankan Islam..MUSTAHIL Haji Hadi nak korbankan ISLAM demi kepentingan politik anwar..mustahil..

    Berangan yang ke3 jenis mangkaq2 nie la – siewkhim, orang malaysia, apatakena, martha dll..pisang berangan!!! Aku rasa orang malaysia nie bukan orang melayu, sebab malu nak letak orang melayu.orang malaysia nie selalu dicanang2 oleh puak cina DAP saja..yang nama2 lain nie paham2 sajalah..tapi biasalah, kalau hari2 dok togk air setan memang hati tu jadi keras..sekeras botol yamseng tu sampai tak boleh nak bezakan antara realiti @ fantasi..baguih aku layan Akademi Fantasi lagi baik..

  12. pemerhati

    slm buat semua…pertukaran kerajaan bukan suatu yg mudah bukan macam pesan teh tarik kat kedai mamak..

  13. pemerhati

    sasaran ptg dah x jadi nak buat mcm mn…yg ptg usaha kau tu yg bodoh

  14. penyapoo

    Salam

    1 okt orang sebuk nak masak lemang, rebus ketupat, mask rendang, lodeh dsbgnye, takde mase da nak pike2 benda lain

    Selamat menyambut aidilfitri maaf zahir batin

  15. Salam..

    Apa kebengapnya si anwar nie..1 Okt nie orang tengah nak bergembira..bukan nak layan angan2 dia tu..aku rasa last2 ke tanjung jugak dia nie..makan rambutan..sampai 1 Syawal pun taktau nak hormat..apa raaaaa…

  16. Orang politik kalau berpartikan B.N dihalalkan bersifat perkauman….contohnya coretan bodoh albangang Putra81

  17. afiq

    hm,setuju.menunggu kerajaan baru sebentar lebih baik daripada 22 tahun bersama corrupt bn

  18. PokNik

    Pak Lah ke Anwar pembohong??

    Dah terang2 Pak Lah bohong. Kata minyak tak naik… tup tup naik (Bohong 1x)

    Kata tak de ape2 ngan Jin opps Jean… tup tup kawin (bohong 2x)

    Kata minyak takkan turun sblm pilihanraya kecil Permatang pauh ari tu… tup tup turun 15 sen (Bohong 3x)

    Malas lah aku nak tulih bohong lain2 tu… byk sgt!!

    Anwar plak belum tahu lg dia bohong ke tak. Kalau betul tak ada “katak” & Pak Lah masih jadi PM pada 13/10 nanti… bila Parlimen bersambung barulah kita boleh kata dia pembohong besar.

    Pasal tarikh tu… lagikan tarikh raya boleh berubah bergantung kpd anak bulan, inikan plak tarikh nak dapat kerajaan baru.

  19. Kuntakinte

    Salam, ish …ish..ish… anwar…anwar…anwar..anwar… kau ambil lah selagi ada tarikh dalam kalendar

  20. Bakal PM

    kau tunggu la fiq… Bukan sebentar tp seumur hidup kau… aku tambah lg la tujuh keturunan kau pun belum tentu Mat Jenin idola kau tu jd PM… Sebab… ada hati nak jd PM dgn merasuah MT2 lain… Org yg buat kerja ikut jalan haram ni soryla nak berjaya… Fire Down Below ni bila muncul balik??? Aritu dgr2 bengong kejap bila tau Mat Jenin gagal tubuhkan kerajaan… Kau baru lepas dari tanjung rambutan ker??? Dah sihat ker??? Kalau dah baik bengong tu x payah lg la nak berangan takut lps ni bukan setakat bengong lg tp bengap dan hilang kewarasan tertekan lg bila tau Mat Jenin tu menipu lg…. Buang duit kerajaan jer besok nak rawat kau…

  21. Oii FireDownBelow

    Memang low class kepala otak hang..kalau nak kata bersifat perkauman, hang cuba tengok DAP? Mcmana dia timbulkan isu perkauman untuk jatuhkan bangsa lain..

    BN sebenarnya terdiri dari parti komponen yang BERBILANG BANGSA..jahilnya hang sampai struktur BN pun tak tau..kalau BN bersifat perkauman, kami akan membangunkan bangsa Melayu SAHAJA..dan mengenakan sekatan ekonomi kepada bangsa lain..tapi disebabkan keadilan oleh UMNO sebagai tunjang parti memerintah, semua bangsa diberikan hak yang hampir samarata..cuma apa yang dituntut 30% perlindungan kepada bangsa Melayu melalui DEB..itu sahaja..

    Aku komen based on aku punya standing bahawa apa pun aku nak hak orang MELAYU & ISLAM diutamakan..kalau itu hang nak kata bersikap perkauman terserah..tapi aku tak pernah nak nafikan hak bangsa orang lain..cuma segelintir kafir harbi yang amat menjengkelkan aku..tapi kalau hang nak terasa jugak, aku peduli apa..

    p/s: Kalau dah perasan pandai tapi sebenarnya jahil, memang semua orang nak diperbodohkan..kalau dah desperate, buat apa pun boleh..mcm “ketua2” han tu la..matlamat menghalalkan cara..

  22. Oh ya..terlupa pulak aku pasal PokNik..

    Nanti kalau aku tak response komen dia kang jadi mcm orang sasau mabukkan kerajaan plak..

    Pak Lah kata minyak tak kan naik, tapi Qada’ & Qadar Allah tiada sapa yang boleh menghalang..bila harga minyak sedunia terlampau tinggi, terpaksa dinaikkan harga minyak untuk membolehkan projek pembangunan lain seperti sekolah dan hospital diteruskan tanpa perlu tergendala sementara minyak nak turun..itu aku rasa cukup adil untuk anak2 kita yang perlukan infrastruktur terbaik bagi pembelajaran mereka..bukan Pak Lah saja2 nak bohong

    Bila dia kata tak mau kawin lagi aritu, bukan dia tau pun dah tertulis di Loh Mahfuz yang jodohnya dengan Jeanne adalah ditetapkan Ilahi pada hari itu..kalau hangpa pulak pandai nasihatkan anak2 yang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi bila Pak Lah kawin lagi terlupa pulak pasai ketentuan Tuhan..

    Tapi..dah terang2 anwar kata MEMANG 16 Sept dia akan masuk pejabat PM sbg Ketua Kerajaan..dia cukup yakin dan angkuh..tapi hasilnya? Hangpa mesti kata itu semua ketentuan Tuhan jugak tapi kalau dia berpegang pada konsep SEGALA-GALANYA DI TANGAN ALLAH, aku rasa dia takkan menabur janji sebegitu..dia akan cakap “saya redha jika Allah takdirkan saya jadi Perdana Menteri Malaysia pada bila2 masa yang dikehendakinya” daripada terus berjanji dan mengubah2 tarikh sehingga rakyat tertunggu2..

    Buat PokNik,

    Tafsirkan balik erti janji, bohong, munafik & Qada’ & Qadar Allah..tafisrkan jugak erti cita-cita, impian, keinginan & angan2..

  23. Aku pegang kata2 PokNik

    “Kalau betul tak ada “katak” & Pak Lah masih jadi PM pada 13/10 nanti… bila Parlimen bersambung barulah kita boleh kata dia pembohong besar.”

    Tak sabar betul aku nak tunggu 13 Oktober..masa tu meraungla si Nadrah, Afiq, FireDownBelow, PokNik dan kaum2 yang terpedaya ini..

    Jangan pulak korang lagi sembunyi ek..FireDownBelow boleh mula beli tiket bas ke Tanjung Rambutan yer..nanti tak payahla nak berebut2 dengan kawan2 seperjuangan hang yang lain

  24. Firedown Below

    ishh..ishh hang kutuk orang tak habis-habis!.Hang ingat Putera itu macam mentaliti hang ke?.Cakap serupa bikin lah!.Kalau cakap 16-sept ..itu sajalah…ambil alasan buat apa!.Kalau tak boleh kata tak boleh…ini apa biskut ke…kejap ada kejap tak ada!.Fire down below hang kenal anuar dari dulu perangai dia macam itulah.Kawan-kawan dia hang bagi satu nama mamak ceritakan hal dia dari A-Z…cuma mamak tak mahu kamu dan kawan-kawan kamu terlalu taksub dengan fiiel dia!.kesian kat hampa!.Mamak Flash back sejarah politik dia untuk kamu fikir:

    Pilihanraya Umum 1978 Anwar membantu PAS untuk meraih sokongan penduduk Permatang Pauh dan mempertengahkan diri.Permatang Pauh adalah kubu kuat Pas.

    1982 – Wakil rakyat Permatang Pauh.
    1982 – Timbalan Menteri JPM.
    1982 – Ketua Pemuda UMNO
    1982 – Menteri Penuh Belia,Kebudayaan & sukan.
    1984 – menteri Pertanian.
    1987 – Naib Presiden UMNO , Menteri Pendidikan.
    1991 – Menteri Kewangan
    1993 – Timbalan Presiden UMNO – TPM.

    Kamu tengok sendiri bagaimana dia boleh capai kejayaan seperti itu.Bukankah dengan sokongan UMNO sendiri kalau dia boleh sampai ke tahap itu tak akan orang UMNO sengaja nak buang dia!.Fikir masak-masak…!!!tak akan orang yang tanam tumbuha itu sendiri nak cantas bila pokok dah berbunga dan buah dah berputik…kenapa fikirlah…kadangakala bukan semua perkara ada bukti tetapi kita tahu dia ini siapa dan apa motifnya perjuangan dia!.Manusia ini payah nak ubah sikap dan Ideologi seperti seorang komunis susah dia nak kembali terima Demokratik macam itulah anwar ini…dia akan cakap-cakap dan perdayakan semua tetapi rakyat negara ini celik dan bijak sama juga ahli-ahli PKR yang sedang matang!.Mereka tak mahu Revolusi!!!tapi bukankah anwar ini membawa kamu semua kearah itu!berfikir sejenak.Kerajaan yang bertukar cara paksa begini dalam sejarah tak pernah kekal.Apabila rakyat dah dilatih buat rusuhan dan cara reformasi/revolusi akan jadi kebiasaan rakyat untuk matlamat tersebut.Ekonomi negara akan hancur dan porak-peranda.Jangan lupa bukan Melayu akan lebih merana kerana pepatah Melayu berkata,”Gajah sama Gajah Lawan Akhirnya semut mati terpijak”.Sekurang-kurangnya Fire Down Below jadilah liberis dalam fahaman politik daripada terlalu taksub dengan anuar!!!.

  25. Kuntakinte

    Salam, Pok Nik…. tengah malam tadi minyak turun lagi 10 sen…… jangan bersyukur Pok nik.. jangan kira….. taruh je pak lah tu cukup2 .

    kemudian dah nak mati esok tanya ustaz apa tanggungjawab kita pada ulil amri, tanya apa hukum kata manusia dgn manusia yang lain.

    Teman nasihat je….

  26. typhoon

    sibuk2 nak bincang2 ngan paklah mcam ler malaysia ni dah tunggang tebalik, dah darurat sangt2, apa ke heiii pakcik tuuu…dah tkleh tunggu le pr13, pehtu org permatang pauh nganga……sokong sebab nak minyak turun jekk lain2 tk turun tkpe janji minyakk..tulah ada tv smua tkmau tgk berita cakap media provokasi jek..tp bila pmbangkang nafikan sesuatu kt TV tu percaya lah plak, pelik2 benda mudah camni pon tk tau nk pikiaq, mamak depa ni bodo piang ler.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s