Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap – Malaysiakini

Kerajaan diminta menyediakan makanan tiga kali sehari, berkhasiat dan seimbang kepada tahanan, termasuk yang ditahan tanpa bicara bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau akan membawa isu makanan yang “mutunya tidak dijamin” itu ke persidangan parlimen yang bersambung pada 13 Oktober ini.

“Bukanlah (mahu makanan) mewah, tetapi biarlah sederhana dan munasabah,” katanya, yang pernah dipenjara sebulan, kepada Malaysiakini.

Salahuddin (foto kiri) dibawa ke Penjara Kajang pada 2000 selepas didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram bagi membantah kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997.

Menurutnya lagi, dengan kenaikan harga barang di pasaran, keperluan menaikkan kos makanan di penjara dan lokap tidak boleh dinafikan.

Beliau mencadangkan RM10 sehari diperuntukkan untuk makanan tahanan di penjara dengan RM2 untuk sarapan pagi dan RM4 makan tengah hari dan makan malam.

Beliau diminta mengulas pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kos makanan yang disediakan oleh kerajaan untuk setiap tahanan di lokap dan menyifatkannya “tidak masuk akal.”

Untuk tiga kali makan, katanya, kerajaan memperuntukkan RM4.50 sehari dengan pecahan 60 sen (sarapan), RM2 (tengah hari) dan RM1.90 (makan malam).

Murugiah mencadangkan kerajaan meningkatkan peruntukan RM10 sehari bagi setiap banduan atau tahanan.

Isu ini timbul apabila exco kanan Selangor, Teresa Kok (foto kanan) menyifatkan hidangannya dalam tahanan ISA minggu lalu “seperti makanan anjing” – dua biji telur, timun dan kuah untuk makan tengah hari dan malam.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata ia menerima aduan tahanan tentang penyediaan makanan yang “teruk” dan “tidak pelbagai” di Penjara Simpang Renggam, Johor.

“Mereka diberikan ikan masin, nasi dan kari hampir setiap hari. Bila Suhakam datang melawat, baru makanannya berubah,” kata penyelarasnya E Nalini.

Tambahnya, tahanan dapat makanan sedap seperti ayam dan daging sebagai lauk hanya seminggu sekali.

Beliau berpendapat, tahanan patut diberikan makanan berkualiti untuk mengelakkan penyakit.

nota: uish…ni nak galak rakyat Malaysia jadi penjenayah ker sampai nak bagi makanan yang ‘grand’? sepatutnya penjara menjadi tempat utk mereka ini berasa insaf bukan menjadikan penjara itu seperti syurga. Telor dua biji, mentimun dan kari—hehehe—-sudah lah bukankah telor itu pun makanan berkhasiat…??? Ntah lepas ini, mesti mintak bijiran sarapan yang diimport plak!!

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap – Malaysiakini

  1. Anonymous

    Anonymous said…

    We call upon all the Rakyats of Malaysia to sign a Petition to be sent to the Yang Di-Pertuan Agong to release RPK from his detention under ISA because there is a hidden agenda of a conspiracy of using his detention to silence him so that he could not further release more evidences against the real C4 murderers of Altantuya because all the accused were all fall guys of the real murderers because they all did not have a real motive to murder the Mongolian Lady.

    THE NEW DAWN OF MALAYSIA HAS COME & THE FIRST THING IS TO ALLOW APPEALS & THEN RELEASE ALL ISA DETAINEES, ABOLISH ISA, OSA, SEDITION OR WHATEVER ACTS THAT COULD BE EXPLOITED AND MADE PREJUDICIAL AND OPPRESSIVE TO THE VOICE OF DISSENT FROM ALL THE RAKYATS.

    It is very easy to generate Police Reports against DSAI by using Penang Mamak Umno’s 25 Members headed by Wan Abidin Zain, who claimed to be non-partisan, using their uneasiness that most Penangites will now be boycotting Nasi Kandar one more round???

    It is very Sad that the legacy of Malaysian Independence is reduced by this Moronic Flip Flop Coward into great disrepute and a laughing stock of the whole world and knowing very well that the UMNO Government has technically collapsed and they lost the locus standi to govern but he has decided to shamelessly still cling on to power via dubious means like hiding himself via using of the ISA and we cannot imagine that the Malaysia Moronic Flip Flop Coward has now stoop so low and using the Police Deputy IGP as his willing tools especially the Deputy IGP’s clearly taking side as the Police must be neutral and should be not politiking for him.

    The Coward Moronic Flip Flop Chicken dare not meet DSAI face to face to settle matters but chose hiding under the use of ISA and that is what you have as a disgraceful cowardice leader for UMNO.

    After 51 years MALAYSIA IS NOT GOING ANYWHERE but backwards because of the Oppression from the UMNO goons’ divide and rule fear tactics the Rakyats have matured & you must see all this coming because All The Rakyats of Malaysia are all fed-up & can no longer with-stand the hypocrisies, bullshits, lies and deceits of these UMNO Clowns now in Power ok???

    We urge all BN Components MPs with a conscience to do the necessary to make possible a New Malaysia for all Rakyats of Malaysia so that all our children and their children & their children’s children’s future will be safe and secured in the Country we all love and not be intimidated by those UMNO Clowns now in power with their oppressive & fear tactics and in the verge of making Malaysia a Police State if left unchecked otherwise. Save RPK as he is the midst of a conspiracy of the real murderers of Altantuya to silence him for good, instead of being C4ed he could be poisoned and worse off if he is on hunger strike by himself. The Acting IGP is defending the Police position after being made the tools of UMNO’s fear tactics & so he is now making lame excuses for being the Stringed Puppet to be easily manipulated by the Puppeteer, power that be. The Deputy IGP must be held personally responsible for the safety of RPK who has been heard to be tortured otherwise he must be made to eat his own medicine come the New Dawn of Malaysia.

    Moronic PeeM and Botak Home Minister last minutes’ attempts to cling on power by using the fear tactics of using the ISA at their whims and fancies selectively against dissent & tried to deny their own actions as they now have no balls to face the wrath of the all the Rakyats of Malaysia. ONE DAY THE MORONIC BOTAK AND FLIP FLOP AND C4 MUST BE MADE TO TASTE THEIR OWN MEDICINE OK?

    All Rakyats of Malaysia will see to that these Clowns will be thrown out soon come the New Dawn of Malaysia & that all Rakyats of Malaysia will welcome the New Malaysia on Malaysia Day 916, 2008 for a Malaysia for All Malaysians.

    Justice MUST BE DONE for Altantuya and for all those detained under ISA without the trial nor the rights of appeal. Light-up a Candle in the Lantern of the Mid-Autumn Festival for them all to usher in the NEW DAWN OF MALAYSIA COME 916, 2008

  2. Salam

    Rakyat Malaysia nie pun bukan semua boleh spend RM10 untuk beli makanan sehari..yang bekerja kilang atau ada tanggungan ramai, kadang2 nasik dengan teloq mata saja..tak pun lauk ikan bilis..nak jumpa ayam sebulan sekali pun cukup payah..banduan2 nie lebih mewah, atleast boleh rasa ayam seminggu sekali, 4x sebulan..kalau macam tu, makin ramai la nak buat jenayah..kalau tak kena tangkap, boleh hidup mewah..kalau kantoi dengan polis, tak kisah sebab makanan lagi sedap dari yang di rumah

    p/s: seperti biasa, PR dengan agendanya – matlamat menghalalkan cara

  3. penyapoo

    fuh RM10 sehari untuk seorang, ini da kire makan kat kedai ni

    percaya atau tidak, RM10 tu untuk aku sekeluarga (4 orang) belanja makan sehari pagi,tengah hari, malam tau

  4. afiq

    dari sini dapat dilihat kerajaan bn selama ni corrupt sehinggakan kemiskinan dianggap sebagai perkara biasa sedangkan mp2 bn duk kat dalam istana dgn aset berpuluh2 juta,beratus2 juta di luar negara.

    mmg dh menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mknan yg cukup gizi makanan kepada tahanan di penjara,inikan pula tahanan politik spt teressa ditangkap tanpa bukti kukuh.wth

  5. Kuntakinte

    Salam, afiq kau ngorat lah anak MP dapat kau numpang aset diaorang, atau lagi baik kau ngorat teressa kok sekali buat bini, boleh kau jaga makan minum dia dalam penjara, bagi yang sedap2 babi 5 rasa.
    Pakai otak la oi…. kutuk azan pun kau nak pertahan kan jugak ….ish…ish….ish…. pelik orang Islam zaman sekarang.

  6. Bakal PM

    Kau ni afiq …
    kalau dah masuk penjara pun asyik pikir pasal makan memang kau ni kira dah x boleh nak diajar la… Bila dah kat penjara tu patut muhasabah diri supaya insaf skit… Ni x masuk jer penjara matlamat utama nak makan jer…. Kau ni berat badan berapa ha???? Hidup kau ni untuk nak makan ker kau makan untuk hidup??? Bulan puasa ni kurangkan makan ok….

  7. Salam

    Apa kena dengan hang nie Afiq? Sedara hang ka si teressa tu? Tak cukup gizi seimbang lagi ka kalau dah ada nasi, sayur, ikan, telur, ayam??? Mengaji tak habih kot hang nie..

    Itu semua lebih dari mencukupi untuk seorang bantuan la..lagipun nak sara banduan nie nak kena pakai duit rakyat, jadi kena la gunakan dengan cara yang berhemah..bukan boros semata2 nak kenyangkan perut betina tu!!! Sekurang2nya dia tak kebuluran dan tak makan makanan basi @ tercemar..makanan yang dibagi tu memang bertaraf makanan seorang manusia, hatta orang biasa pun ada yang tak mampu nak makan mcm tu..

    Hang nak kata MP BN korup?? tapi hang dah selidik mana anwar dapat duit untuk pindah ke rumah baru dia berharga RM6juta sedangkan selama beberapa tahun dia tak berpendapatan??? Sapa yang bagi duit kat dia supaya hidup mewah mcm tu? Wan Azizah? Nurul Izzah? Mana depa dapat duit tu kalau bukan duit rakyat kawasan yang depa wakili?? Depa berniaga apa sampai banyak duit mcm tu?? Berapa juta elaun depa sebagai wakil rakyat PKR??Ada hang selidik sebelum tuduh MP BN korup & tak jaga kebajikan banduan2??? Ada hang kaji mcmana anwar sentiasa berduit seolah2 ada simpanan yang takkan habis?? Boleh hang nyatakan bukti cemana boleh tertampal poster2 amerika di van2 petugas kempen PR?? Bukankan itu maknanya PR memberikan kredit kepada musuh2 ISLAM nie? ISLAM kah hang kalau memberi sokongan kepada musuh agama hang sendiri??

    Cuba hang tengok keadaan penjara kat Thailand,Indonesia, Filipina??? Cuba hang bandingkan taraf banduan dengan seorang rakyat biasa..penjara tempat untuk menginsafkan banduan & mengajar banduan erti nikmat hidup secara bebas agar jangan menyalahgunakan nikmat dunia nie..tapi kalau ikut cadangan hang supaya nak naikkan lagi taraf makanan kat penjara, aku rasa baguih ramai2 orang susah buat jenayah, pastu dok penjara..rumah free..makanan pun sedap..

    Ceteknya pikiran hang afiq..mungkin hang nie calon sesuai untuk si nadrah tu!!!

  8. Salam,

    lain kali bagi Mamak kontrak supply makan kat lokap…Nasi kandar special:
    Menu Harian:
    1.Nasi Beriani beras Pakistan
    2.kambing Kurmak kuah pekat dan Likat.
    3.Sayur kobis Masak dengan Telur.
    4.Burung Puyuh masak nasi kandar.
    5.Ayam Goreng Berempah
    6.Buah-buahan campur lebih buah anggor.
    7.JUS Manggo Lacci/Kelapa Muda pandan Hari panas.Kalau hari sejuk Tongkat Ali untuk Lelaki untuk macam teresa Kacip fatimah!!!!

    Hah!hah!hah!.

    Yang duk kat luar itu hampa komenlah tentang makanan penjara atau pun lokap ya!Itu makan free duit sapa hah!….bukan duit pembayar cukai?.

    Kawan baik mamak dulu seorang freedom fighter di Timur Lestle’ dia cerita kenapa seseorang itu dipenjarakan.Orang penjara segala kemudahan ada tak perlu dirisaukan cuma dia kata yang dipenjarakan bukan dirinya tetapi KEBEBASANnya.Manusia ini perlu bersyukur kerana bebas tetapi apabila kamu dimasukan dalam penjara atau tahanan apa yang mereka cabut dari induvidu adalah kebebasan berfikir,dll termasuk kebebasan selera makan.Mamak fikir Teresa Kok adalah orang pertama dalam tahanan yang komplain pasai makan.Apa lah punya sikap dia pasai makan dia buat kecuh bukan pasai kebebasan yang tak ternilai pada manusia itu!!!!!Hapraak punya freedom fighter!!!!Tanya kat tok dia masa zaman jepun macam mana?.

  9. latha

    pls.. they are humans to.. pls do respect them also.. cause the police place them there to became a better person not suffer inside there.. if u guys dont support them how will they become a better person.. if we make them to be a better person.. i’m sure our country’s future at least will change a bit.. if we cant help them its ok.. but dont hurt them or give them more trouble pls.. thank u..

  10. Bakal PM

    dey latha…
    pepatah melayu kata kalau sayangkan anak dirotan2 kan… Bukan kata kita nak seksa tp sebagai pengajaran… Untuk mendidik… Manusia kalau x derita x insaf… Lupa diri… Lupa dosa…. lupa agama… Bila dah susah baru insaf…. Baru time tu nak ingat tuhan… Kenal dosa dan pahala… tahu mana baik mana betul… So kita x boleh nak manjakan… Nanti jd anakku sazali… Bukan nya zalim sangat… Ada ker kau dengar2 tahanan mati melarat x makan masa jd tahanan??? Penjara bertujuan nak menginsafkan…. Bukan tempat bersenang lenang… Knp masa buat salah x pikir apa kesannya nanti…

  11. Bakal PM

    apelah nak jadik budak ni tak wat keje chat jer

  12. suara de kota

    Salam.

    Kok terasa kita pabila kita dicekup dan disumbat dalam penjara. Kenapa kita kok tidak terasa apa akibatnya sebelum melakukan apa-apa yang ditegah undang-undang.

    Kok tidak terasakah kita, maruah Negara dipermurahkan di luar Negara. Kok kerja siapa ni?…

    Kok saya, eluk kita jejak mereka ni, hingga ke lubang cacing dan sumbatkan mereka dipenjara… guna diberikan penginsafan dan kembali ke pangkal jalan – tetapi yang pasti, hidangan makanan begitulah yang terdaya disediakan.

    Jadi, untuk tidak ingin merasa, jangan kita melakukan kesalahan!…

    Satu lagi, berani biarlah bertempat!… ramai pengikut-pengikut setia yang amat taksub pada sesaorang itu, buat refomasi…kalau kita ditangkap siapakah yang susah!!!… Anak bini yang merana kan?…

  13. Horn

    Tak semua masuk penjara bersalah , ustaz aku dulu pernah cakap, seadil2 hakim, di akhirat nanti telinga dia akan busuk sebelah..tu suruh ikut hukum islam hudud, qisas atau berpandu al-quran dan sunnah.kalau ikut hudud dan qisas, agak2 ramai ke tidak org dalam penjara…tu lah fikir tak nak dok bagi alasan je. Marah pasal kutuk azan,Kalau Islam sejati mari perjuangkan hukum Islam..
    Ramai yg bagi komen seolah2 semua yg masuk penjara tu bersalah…bila kerajaan kata berilah sokongan kepada banduan yg telah dibebaskan pasti muka2 ni akan jadi hipokrit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s