“Pintu Umno sentiasa terbuka untuk ahli SAPP” Bung Mokhtar – Malaysiakini

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini berkata ruang untuk menjadi anggota Umno sentiasa terbuka kepada kaum bumiputera dari Parti Progresif Sabah (SAPP) yang meninggalkan parti itu, sekiranya mereka ingin meneruskan perjuangan di dalam Barisan Nasional (BN).

Bung yang juga Timbalan pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata beliau cukup yakin walaupun Umno merupakan sebuah parti yang menjadi wadah perjuangan kaum Melayu, namun ia tetap mengamalkan konsep terbuka.

“Kami melihat perjuangan bumiputera melalui Umno adalah lebih baik. Ia tidak diskriminasi mana-mana anggota, termasuk anggota bukan Muslim iaitu daripada Kadazandusun juga sertai Umno, dan ada yang memegang jawatan ketua di peringkat bahagian, ketua wanita dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, malam ini.

“Ini merupakan contoh yang menunjukkan bahawa Umno adalah pragmatik,” katanya semasa mengulas tindakan 2,000 anggota dari 15 cawangan SAPP yang beramai-ramai bertindak keluar dari parti itu di Sandakan baru-baru ini.

Katanya BN dapat melihat bahawa SAPP tidak bersatu hati kerana terdapat anggota dan pemimpin yang tidak bersetuju dengan tindakan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan bahawa parti itu mengambil keputusan keluar dari BN pada 17 September lepas.

Bung Moktar juga percaya Yong membuat keputusan itu kerana terpedaya dengan janji-janji palsu yang ditaburkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab itu saya melihat tindakan SAPP keluar dari BN tidak merugikan BN, sebaliknya merugikan anggota-anggota SAPP itu sendiri,” tambah beliau, sambil berkata tidak mudah bagi pembangkang mengambil alih kerajaan di peringkat persekutuan. / Bernama

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s