Raja Petra Kena ISA 2 Tahun -Malaysiakini

Raja Petra Kamarudin yang ditahan pada 12 September di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting, Taiping untuk tahanan selama dua tahun.

Arahan tahanan dikeluarkan malam tadi.

Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Raja Petra didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Raja Petra, pengendali blog Malaysia Today memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi pada 16 September lalu agar beliau dibebaskan daripada ditahan mengikut ISA.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.

Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting.

Raja Petra merupakan antara tiga orang yang ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu.

Dua yang lain ialah Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh dan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Kedua-dua mereka telah pun dibebaskan. – mstar

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Raja Petra Kena ISA 2 Tahun -Malaysiakini

  1. maw

    hairan bin ajaib habeas corpus hari ini baru nak didengar dimahkamah.arahan tahanan dikeluarkan sebelum hari pembicaraan?tunggu bila allah berbicara nanti,keatas kezaliman yang anda bn/umno lakukan dimuka bumi ini.

  2. Palaniappan

    Saya baru pulang dari mahkamah dan begitu sedih mendengar RPK telah dihantar ke Kamunting untuk menjalani tahanan selama 2 tahun. BN/UMNO begitu licik dan mereka berjaya menutup suara seorang pejuang keadilan tapi mereka dah lupa tentang kuasa rakyat. Semoga pengambilalihan kerajaan oleh Pakatan Rakyat berjalan lancar dan cepat agar tahanan-tahanan ISA dapat dibebaskan dengan segera.

  3. wrd

    sama-sama kita berdoa, kezaliman kita tumpaskan, kebenaran kita tunjukkan. Ade org kata kalau cuma atap jek yang bocor kenapa mesti nak pindah rumah tapi kalau rumah dah setengah abad takkan cuma atap jek yg bocor, kalau nak repair atau nak bina baru kita mesti kena pindah dulu……..

  4. Melayu2008

    Salam..

    saya lagi sedih bila saudara seislam tidak merasa sedih bila org menghina Islam. Saya bertambah sedih bila org Islam ini sedih melihat org yg menghina Islam ini dihukum.

  5. Free Raja Petra, his the real fighter. True Hero!

  6. suara de kota

    Salam

    Kalau pernah menonton filem ‘ Hang Jebat’ mungkin kita akan terdengar dan melihat lakonan pelakon handalan arwah Noordin Ahmad… “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Maka itu, sesiapa yang berbuat baik, baiklah balasannya dan barang siapa yang berbuat jahat, maka jahatlah yang diterima…

    Kenapalah agaknya, kita ‘tergamak’ nak memalingkan diri daripada menghargai dan berterima kasih kepada parti teras yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

    Tak semua ahli UMNO yang sangat-sangat tidak disukai oleh PKR dan PAS termasuk dalam kategori yang sering diperkatakan perkara-perkara negatif oleh PKR dan PAS. Kalau seorang dua ahli UMNO yang dikatakan berperangai tak baik – tetapi masih ada lagi ribuan ahli-ahli UMNO yang punya jiwa murni… mengenai DAP sampai-sampai bila-bilapun tak hormat apatah lagi bersetuju dengan UMNO…

    Cuba kita lihat, ada ke tidak kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan-kerajaan Negeri yang di pimpin PR… Begitulah kekandang kita… nak mengata, renunglah diri sendiri terlebih dahulu…

    Konon nak perangi rasuah???… ada ke tidak berlakunya sogokan wang dan kedudukan yang ditawarkan kepada bakal-bakal yang melompat ke Pakatan Rakyat. Rasuah?.

    Itulah kita, begitu hebat dan kauat pengaruh kuasa dan kedudukan…

  7. Akhirnya:

    R.P.K = Rest Peacefully in Kemunting.Balik nanti boleh saman negara untuk 1 billion damages!.

    Ini adalah pengajaran bagi yang terlampau taksub dengan Mat jenin akan jadi PM dan bebaskan dia!.Terlalu yakin dengan kawan macam itulah!.Cuma sedih adalah keluarganya yang tak berdosa!.Kadangkala kita perlu ingat:

    “For what appears to be truth to the one may appear to be error to the other”.

    “If you use violent ,coercive,unjust means,whatever ends you produce will necessarily embeded that justice”!.

    “If we want to cultivate a true sprit of democracy,we cannot afford to be intolerant.Intolerant betrays want of faith in ones cause”

    This elderly advice to all bloggers want to champions in politics!.

  8. Sekolah Atap

    Apa yang menghairankan saya ialah; semua rahsia kerajaan mahupun rahsia individu terutama orang-orang penting dari kerajaan yang memerintah begitu senang sekali RPK perolehi dan dedahkan kepada umum. Saya hairan memikirkan dari mana, bagaimana dan cara mana? beliau memperolehi maklumat sedemikian yang boleh dianggap sulit, rahsia besar dsb yang entah betul entah tidak….

  9. ooo pandai berkata2… konon hanya 2 – 3 orang BN-Umno tak baik hati… tapi apa hal tak nak suruh diaorang keluar je dari parti atau pecat je… malahan dipuji dan disokong pula ape2 tindakan keji dorang… tau tak kesimpulanya… ngkorang dan ribuan yang ko ingat baik hati tu sama je sehati dan sejiwa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s