Daily Archives: September 24, 2008

Harga minyak turun lagi 10 sen – Malaysiakini

Harga minyak dijangka akan diturunkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.45 seliter selepas pengurangan 15 sen bulan lalu.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan secara rasmi petang ini, lapor laman web akhbar New Straits Times.

Perdana menteri semalam berkata beliau berharap harga petrol dan diesel dapat dikurangkan susulan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengurangan harga akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pagi ini.

“Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam kabinet.

“Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu.

“Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

nota: Alhamdulillah…sekiranya ia benar, walaupun 10sen….cukup lah. Kekadang kita lupa utk bersikap ‘ain’ terhadap sesuatu benda yang terjadi. Sekiranya konsep ‘ain’ dapat diterapkan di dalam banyak hal pasti kita akan mensyukuri dengan nikmat yang kita ada.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Majlis Peguam Kecewa RPK Ditahan

Majlis Peguam kecewa dengan keputusan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin selama dua tahun.

“Perintah tahanan itu sehari sebelum permohonan habeas corpus beliau didengar menyusahkan kerana ia menjejaskan permohonan itu,” kata Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, jika kesalahan dilakukan, Raja Petra boleh didakwa di mahkamah tetapi ISA digunakan terhadapnya ketika cara lain yang membolehkannya membela diri masih ada.

“Ia mengesahkan anggapan bahawa ISA digunakan untuk tujuan selain daripada keselamatan nasional. Ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat,” katanya.

Pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana menulis artikel yang dipercayai menghina Islam dan umat Islam. BERNAMA

nota: artikel yang menghina Islam bukan lah sesuatu yang dianggap perbezaan pendapat. Ia boleh menyebabkan perasaan marah di kalangan umat ISLAM. Kebebasan yang ingin dilaungkan perlu ada batasnya. Pemikiran jangan lah pula terlalu liberal dan terlalu jumud.

Di dalam suasana politik yang tak menentu, kebebasan bersuara bukanlah kebebasan yang mutlak!

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laman Blog Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia – Malaysiakini

1. YB Datuk Mukhriz Mahathir

2. YB Khairy Jamaluddin

3. YB Dato’ Seri Khir Toyo

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Produk Negara China –

Berikut adalah senarai produk dari Negara China yang telah ditarik semula oleh AgriFood & Veterinar Authority of Singapore (AVA). Ini berikutan dengan masalah makanan susu yang melanda Negara China.
Adalah dinasihatkan supaya para pembaca mengikut perkembangan ini dari masa ke semasa dan penulis amat berbesar hati sekiranya pembaca dapat berkongsi informasi mengenai masalah ini. Ketepikan sementara isu politik. Untuk makluman pihak AVA telahpun menggantung semua produk tenusu dari China.

Terima kasih

1. M&M
2. Snicker
3. Mento’s Yoghurt Bottle
4. Dove chocolate
5. Oreo Wafer sticks
6. Monmilk
7. Dutchlady sterilised milk
8. Wall’s all natural mango
9. Mini poppers ice-cream
10. Moo sandwich ice-cream
11. Magnum ice-cream
12. Mini cornetto
13. Youcan ice-cream
14. White rabbit milk candy
15. “Wan Wan” Rice cracker product

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Terus Berdolak-dalik – Malaysiakini

Anwar terus berdolak dalik mengenai bila pakatan pembangkang dapat mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN), tetapi kali ini nada Penasihat PKR itu jelas berbeza kerana ia tidak seyakin seperti sebelum kegagalannya membentuk kerajaan menjelang 16 September lalu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, faktor utama yang menghalang peralihan kuasa tersebut adalah prosedur Parlimen yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk memanggil persidangan khas.

“Kalau (kita) tengok prosedur Parlimen, hanya kuasa Perdana Menteri untuk memanggil sidang khas bagi usul undi tidak percaya. Peruntukan Parlimen pula tidak jelas mengenai kedudukan untuk membawa usul khas seperti ini,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan PKR Kelantan di Kota Bharu petang ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak pernah menggunakan khidmat orang ketiga untuk bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan peralihan kerajaan.

“Saya bersetuju dengan Abdullah bahawa memang tidak ada pertemuan dengan pihak ketiga secara langsung walaupun ada usaha daripada pelbagai pihak untuk memastikan pertemuan itu berhasil.

“Dengan ini saya memperbetulkan kekeliruan daripada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua yang dibuat baru-baru ini,” katanya.

Anwar, bagaimanapun, tidak memohon maaf kerana membiarkan Tian Chua membuat dakwaan yang tidak benar itu kepada wartawan AFP. – utusan

15 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan ‘Gila’ – Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan laporan agensi berita AFP bahawa perundingan sedang dibuat antara wakil pembangkang dan kerajaan mengenai peralihan kuasa sebagai ‘laporan paling gila’ yang pernah didengarnya setakat ini.Perdana Menteri menegaskan, pihak berkenaan sepatutnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan laporan seumpama itu.

“Ini laporan ‘paling gila’ yang pernah saya dengar.

“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Laporan AFP mendakwa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebagai berkata bahawa pakatan pembangkang telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa selepas “mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.”

Laporan itu yang dilihat sebagai sebahagian daripada perang saraf PKR mendakwa Abdullah enggan bertemu dengan Anwar tetapi para pegawai dipetik sebagai berkata ‘kontak’ dibuat melalui orang tengah. – utusan

nota: mana tidaknya jadi gila…sudah menabur pelbagai janji…..tetapi perkara asas utk bentuk kerajaan pun GAGAL!!!! ibarat macam nak berkahwin…berjanji macam2 dengan pasangan…tapi bila hantar rombongan meminang…rombongan DITOLAK!!!!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda