Harga minyak turun lagi 10 sen – Malaysiakini

Harga minyak dijangka akan diturunkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.45 seliter selepas pengurangan 15 sen bulan lalu.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan secara rasmi petang ini, lapor laman web akhbar New Straits Times.

Perdana menteri semalam berkata beliau berharap harga petrol dan diesel dapat dikurangkan susulan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengurangan harga akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pagi ini.

“Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam kabinet.

“Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu.

“Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

nota: Alhamdulillah…sekiranya ia benar, walaupun 10sen….cukup lah. Kekadang kita lupa utk bersikap ‘ain’ terhadap sesuatu benda yang terjadi. Sekiranya konsep ‘ain’ dapat diterapkan di dalam banyak hal pasti kita akan mensyukuri dengan nikmat yang kita ada.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Harga minyak turun lagi 10 sen – Malaysiakini

  1. Anak Melayu

    Assalamualaikum…
    pegi daaaa..turun 10 sen takde maknenya utk rakyat..Pak Lah tolong dengar suara rakyat, turunlah dari tampuk pemerintahan..bagilah peluang muka2 baru…cuba bagi Presiden KMS Ampang jadi PM..dah tentu minyak akan turun lagi 0.55 sen…seringgit sembilan posen tue………Yahooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!

  2. abar

    Assalammualikum;

    Pertama kali masuk blog ni. Turun 10 sen ke 20 sen ke 30 sen ke dah tak bermakna kerana menaikan harga mingak sampai 70 sen dengan terburu-buru dulu telah menaikan harga barang-barang dan inflasi ke tahap yang tertinggi. Tiada menteri yang nak mengaku salah. Begitu juga semua ahli parlimen BN yang menyokong.

    Nasi dah jadi bubur. kalau bubur lambuk tu best juga buat buka puasa dan sahur.

    Selamat menyokong BN…….

    Allahualam.

  3. Salam

    Anak Melayu janganla terikut-ikut perangai Mat Jenin..jangan berangan benda yang tak munasabah..buat kajian secara ilmiah dan mendalam tentang faktor & teori minyak dunia dan negara kemudian baru nak bersorak yer..takut menang sorak kampung tergadai..wassalam

  4. penyapoo

    Salam,

    Alhamdulillah

  5. Harga Sebelum Nih

    1 barrel(tong) = 159 liter
    1 USD = RM 3.471
    harga minyak semasa = USD92.92 setong

    Dulu USD145 x 3.03 (Rate semasa) / 159 liter = RM3.00 – RM0.30 (Subsidi) = RM2.70
    Skrg USD92.92 x 3.47 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.03 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.73

    Kerajaan jual => RM2.55
    Harga tanpa subsidi => RM2.00

    Kita tanggung kerajaan = RM0.52 per liter.
    Skrg kita lak yg subsidi kerajaan bukannya kerajaan kasi kita subsidi..minyak dunia dah turun terlampau banyak tapi kerajaan
    still senyap ngan isu minyak ni
    Harga Baru
    Kalo Ikut harga pasaran sekarang ni $107.98per barrell – New Price
    rase-rase korang Pak Lah, turunkan harga minyak tak
    Berapa sen Rasa-rasa???
    1 barrel(tong) = 159 liter
    1 USD = RM 3.471
    Harga Minyak Semasa = USD107.98
    USD107.98 x 3.47 (Rate Semasa) / 159 liter = RM 2.36 – RM0.30 (Subsidi) = RM2.06

    Kerajaan Jual => RM2.55
    Harga tanpa subsidi => RM2.36

    Cuba kira tengok
    Formula : Harga Jual – Harga tanpa subsidi = ?

    Pak Lah,Najib memang bijak….sebab tu pecacai akan tetap undi depa ni

  6. Anak Melayu

    sokong firedownbelow!!
    Putera81 tolong ambik iktibar..banyakkan membaca dari mencerca..
    Lawan Tetap Lawan..

    **selalu jugak pusing2 masjid & surau Area AMPANG sembahyang Terawih tapi jarang sangat jumpa ngan PEMUDA2 UMNO..kemana hilangnya???

  7. Salam

    Anak Melayu..nak gie sembahyang takkan nak pakai label UMNO kat songkok plak kot..bukan fanatik mcm hangpa tu..stiker keta letak gambar nik aziz..ntahapahapantah..dalam rumah Allah pun nak berpolitik..patutla ada segolongan orang PAS nie sanggup tak pi sembahyang kat masjid yang kononnya diimamkan oleh orang UMNO..sesama Melayu pun sanggup mengkafirkan..memang jelas pasaipa ketaksuban hangpa menutup mata hati dari berfikir..

  8. Bakal PM

    salam… Putera81…
    aku rasa org2 PKR ni konon2nya terlampau kuat agama nya sampai nak sembahyang pun kena taruk logo kat serban…. Tu yang Ahli PKR perak buat pengakuan melakukan hubungan seks dgn wanita china selamba jer… pastu sebab kebangangan nya ahli PKR ni (Fairul Azrim Ismail ) dia boleh samakan tawaran seks tu dgn sedekah??? Aku petik skit …’kalau org bg sedekah kat U x kan U x ambil???’…. Mcm tu la yg dia tanya… Bodohnya manusia yg sorang ni… Pg tanya Nik Aziz tu sedekah ker??? Kalau org bg sekalipun dah tak tau ker berzekan mana yg elok & mana yg x elok??? Alahai lemahnya fikiran pemimpin Pakatan rakyat ni sama lemah dgn ahli2nya… Kalau kita tgk betul2 PKR ni banyak mengarut jer… lantik ahli exco kat selangor pun yang ada latar belakang kes jenayah… agaknya dah xde calon berkaliber lg kat PKR ni… so ambik jela mana yg ada….. Rosakla bangsa kalau seks tu dianggap sedekah…. Agak2nya dia nak x kasi sedekah yg mcm tu kat org lain kalau sedekah tu melibatkan keluarganya???

  9. Anak Melayu

    Anak Melayu Orang UMNO bukan PKR..

  10. Salam

    Anak Melayu..kalau betul pun hang orang UMNO..spresis mcm hang nie la parasit dalam UMNO..tapi aku rasa hang nie sebenaqnya spesis lalang..ikut ja mana yang bagi kenyang perut hang..sebab tu timbul soal jarang nampak Pemuda UMNO p sembahyang terawikh kat masjid are ampang..sedangkan otai2 UMNO pun masih tak MEMBEZAKAN antara UMNO atau PR dalam rumah ALLAH…

    Macamana nak tau orang yang p sembahyang tu orang UMNO ke PR?? Hang ada cara nak kenal ka? Atau kalau pakai songkok hitam orang UMNO, kalau pakai kopiah putih orang PAS??? Gitu??? Tok Wan aku pun orang UMNO tapi pakai kopiah putih jugak..

    Hang nasihatkan aku banyakkan membaca dari mencerca..tapi aku tengok hang lagi senang2 nak mencerca pemuda UMNO kononnya jarang nampak di masjid..jadi nasihat aku pulak kepada Anak Melayu..banyakkan mengkaji dari mengeji..banyakkan ilmu sebelum layu..wassalam

    p/s: kalau Anak Melayu mengaku UMNO, sedarla bahawa setiap saat musuh orang Melayu berusaha merendahkan martabat dan merenggangkan ukhwah antara melayu..jangan terikut rentak pembangkang yang selalu mensensasikan fakta tanpa kajian yang berilmiah..setakat assumption sendiri, budak sekolah pun boleh..

  11. sekupang dua tak heran sangat kerana sekupang dua sememang jati di negeri perak …. banyak lagi pekara yang haram dihalalkan … jadi bila sek sebagai sedekah orang perak dah paham benor dan kenapa pas sendiri yang sebenarnya tidak mahu menegakan syiar islam ..berselindung dengan tuan guru nik aziz dan cara pemerintahannya.
    lebih dari tu pun ada bercakap jer tentang agama tetapi lansung tak buat apa-apa tentang hukum hakam malah membuat istilah sendiri.. ikut suka dia nak buat fatwa…..astagfirullahulazim!

    sekupang dua tengah meneka kenapa orang mula muak kemasjid..jawapannya setiap kali majlis yang dihadiri sultan maka ….MB pun sibuk nak mencelah mendahului tazkirah… mlm nio di batu gajah contohnya…, pelik betoi ler kenapa tazkirah tak di buat semasa sultan ada sekali… paham jer ler… semua maklum..pas di perak ..apa pun keramaiannya mula dengan selawat dan puji-pujian keatas nabi … tapi lepas tu.. confirm mengumpat.. memfitnah ..mengutuk..mencarut seolah-olah selawat dari mula sebagai syarat yang membolehkan penceramah menghina, mengutuk, menyalah etika adab rasa kemanusian dan lain-lain sesuka hati bapak dia.

    sekupang dua muak nak tunjuk baik .. tazkirah lah di depan sultan… kenapa sultan tak mahu dengar ker, atau pun tak boleh mencarut sesuka hati.
    muak juga bila nak tunjuk alim kononya walhal semua orang tahu ….bila bersama rakan dari parti yang lain cukup takut nak angkat kepala, janganler nak menunjukan jihad utk umah, orang yang kuat agama, warak …kononya tapi tak pernah menentang kemungkaran didepan mata rakyat yang tak tahu pemimpin mereka kononya mengaku warak…amin

    sekupang dua mohon ampun utk semua sahabat…tuah, mok , mamak, putera 81, kuntakinte, dan sahabat seperjuangan yang lain salam lebaran… moga adilfitri dapat mengeratkan semuala salitulrahim umat dan bangsa yang semakin berpecah…amin, allahuakbar walilailham!

  12. amacam ok tak …bukan susah nakmenyamar jadi nadrah….he he he ..tapi teman tak sanggupler pulak nak jadi pembelot macam nadrah awww pongringan

    kepada nadrah
    janganlah nak menyamar….disini orang kenal dengan hati budi seorang pejuang…..kalau pembelot tu tukar nama pun orang kenal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s