Laporan ‘Gila’ – Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan laporan agensi berita AFP bahawa perundingan sedang dibuat antara wakil pembangkang dan kerajaan mengenai peralihan kuasa sebagai ‘laporan paling gila’ yang pernah didengarnya setakat ini.Perdana Menteri menegaskan, pihak berkenaan sepatutnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan laporan seumpama itu.

“Ini laporan ‘paling gila’ yang pernah saya dengar.

“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Laporan AFP mendakwa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebagai berkata bahawa pakatan pembangkang telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa selepas “mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.”

Laporan itu yang dilihat sebagai sebahagian daripada perang saraf PKR mendakwa Abdullah enggan bertemu dengan Anwar tetapi para pegawai dipetik sebagai berkata ‘kontak’ dibuat melalui orang tengah. – utusan

nota: mana tidaknya jadi gila…sudah menabur pelbagai janji…..tetapi perkara asas utk bentuk kerajaan pun GAGAL!!!! ibarat macam nak berkahwin…berjanji macam2 dengan pasangan…tapi bila hantar rombongan meminang…rombongan DITOLAK!!!!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Laporan ‘Gila’ – Malaysiakini

  1. Bakal PM

    Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.
    Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

    So ni la pemimpin2 yg dilabelkan mulia oleh penyokong2 pembangkang… Jgnla mengatakan UMNO tu rasuah, salahgunakuasa kalau diri sendiri tu x betul… Cakap BN rupanya PR yg lebih… Baru dpt kuasa dah pandai nak telan rasuah…

  2. i setuju sebulat suara awww tapi bang nuar best tau

  3. Salam

    Betulla kata Mamak, Kuntakinte & SekupangDua

    Pompuan nie dah kemaruk jantan la..dah sampai “masanya” kot..

    “nadrah
    September 25, 2008 at 1:02 pm

    i setuju sebulat suara awww tapi bang nuar best tau”

    Ntahapahapa..laki orang tu oiii..tak kesian ka kat wan azizah??? Pompuan sama pompuan pun nak berlaku kejam..memang spesis lalat taik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s