Majlis Peguam Kecewa RPK Ditahan

Majlis Peguam kecewa dengan keputusan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin selama dua tahun.

“Perintah tahanan itu sehari sebelum permohonan habeas corpus beliau didengar menyusahkan kerana ia menjejaskan permohonan itu,” kata Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, jika kesalahan dilakukan, Raja Petra boleh didakwa di mahkamah tetapi ISA digunakan terhadapnya ketika cara lain yang membolehkannya membela diri masih ada.

“Ia mengesahkan anggapan bahawa ISA digunakan untuk tujuan selain daripada keselamatan nasional. Ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat,” katanya.

Pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana menulis artikel yang dipercayai menghina Islam dan umat Islam. BERNAMA

nota: artikel yang menghina Islam bukan lah sesuatu yang dianggap perbezaan pendapat. Ia boleh menyebabkan perasaan marah di kalangan umat ISLAM. Kebebasan yang ingin dilaungkan perlu ada batasnya. Pemikiran jangan lah pula terlalu liberal dan terlalu jumud.

Di dalam suasana politik yang tak menentu, kebebasan bersuara bukanlah kebebasan yang mutlak!

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Majlis Peguam Kecewa RPK Ditahan

  1. Salam,Dah tak faham dengan Majlis Peguam ini dari dulu?Mungkin Majlis peguam ini diwakili oleh para peguam yang tak dapat jadi Hakim ke?.Majlis peguam ini kian hari kian jadi agen untuk parti pembangkang!.Siapa saja yang bangkang kerajaan mereka sokong dan siapa saja kerajaan sokong mereka bangkang….dah jadi parti pembangkang tak berdaftar!.

    Yang mamak heran apabila peguam-peguam mereka buat salah-laku tidak pernah pulak ambil tindakan ke atas mereka.Sebagai rakyat kita tak pernah pulak ketahui mereka ini ambil tindakan ke atas mereka!.Mungkin lawyer kat negara ini semua baik-baik belaka cuma jahat kerajaan kot?.Majlis peguam negara ini terlalu berfikiran politik daripada membimbing para peguam secara profelisma!.Mamak harap yang baru lantik itu lebih baik jaga kertas soalan peguam tak bocor lagi kali ini!.Hah!ha!ha!..lawyer pun pass pakai tangkal nanti!!!!!!

  2. tubir

    Sebagai rayaat yang cintakan keamanan kami lagi rasa keciwa yang teramat sangat dengan sikap majlis peguam kebelakangan ini .Nampak gayanya majlis peguam ada ajinda yang tersirat . Adakah majlis peguam ingin berplitik? atau adakah ingin dilihat sebagai pelindung dan pendokong demokrasi …….Marilah kita sebagai rayaat yang inginkan keamanan dan kesejahteraan kita tentang majlis peguam …..kepada kerajaan awasi individu didalam majlis peguam ini .Kalau dilihat tindak tanduk majlis peguam semengak kebelakangan ini ingin meracuni pemikiran rayaat..dengan kepakaran nya .Berselindung disebalik demokrasi ……..dan hak bebas bersuara .Jangan bermain dengan api……
    Mejoriti siapa yang hadir dimusyaraat majlis peguam yang lalu?……..Fikirkan lah mencegah lebih baik dari merawat. Ingatan kepada majlis peguam jangan jadi penghasut dan pencetus ketidak setabilan keselamatan didalam negara …….kerajaan harus bertindak tegas……Dan jangan berlembut .Kerajaan mengambil tindakan betul dan tepat walaupun lambat sedikit didalam menahan RPK dibawah ISA.Sepatutnya ramai lagi yang mesti ditahan…….dalang dalangnya masih dan semakin berani mencabar dan mempermainkan kerajaan,Bila kerajaan lemah macam macam boleh mereka cakapkan .Kepada menteri dalam negeri bertindaklah jangan cakap aja lebih .Tunjukan kedaulatan pemerintahaan dan pertahankan keamanan.Rayaat berada dan menyokong kerajaan.Yang sebenarnya rayaat masih menyokong kerajaan .tak berapa kerat yang menyokong pakatan pembohong rayaat tu .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s