Daily Archives: September 25, 2008

Najib ‘tutup mulut’ tentang pelan peralihan kuasa – REF Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini enggan menjawab sebarang soalan politik, sambil berkata ianya hanya akan dijawab esok.

Sehubungan itu, Najib yang timbalan presiden Umno, mengesahkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya petang ini, beliau bagaimanapun mengelak menjawab soalan mengenai khabar angin bahawa pemilihan parti mungkin ditangguhkan hingga tahun depan.

“Soalan mengenai politik hanya akan dijawab esok,” katanya.

Reaksi Najib itu memanaskan lagi spekulasi mengenai status kepimpinan Umno.

Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB,  New York, Ahad ini.

Sebelum ini, pihak media dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar esok.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi – dalam usaha untuk mengelak cabaran terhadap jawatan presiden – telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno ke tahun depan.

Juga timbul desas-desus yang mengatakan Abdullah mungkin akan menyerahkan kuasa kepada Najib tahun depan – setahun lebih awal daripada pelan peralihan 2010.

Mulai 9 Oktober hingga 9 November depan, semua 191 bahagian Umno akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing di mana mereka akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta bagi kerusi MT.

Manakala pemilihan bagi peringkat pusat ialah pada 16-20 Disember depan.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Identiti Pemuda Pas Kini Terancam oleh PKR? – Malaysiakini

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh walau pun dimenangi dengan selesa oleh Parti PKR tetapi kesan berceramah pilihanraya dan tindak tanduk Pemuda Pas semasa berkempen di Permatang Pauh memberi kesan yang mudrat bagi Parti Pas.Seperti biasa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperggunakan persahabatan akrab dari PAS terutamanya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai batu loncatan untuk kepentingan dirinya.Menyedari perkara ini Datuk Mustafa Ali dari Parti Pas telah mendakwa Datuk Nik Aziz  Nik Mat lebih tebal fanatiknya terhadap Datuk Sri Anwar berbanding semangat mempertahankan dasar Parti Pas itu sendiri!.

Sasterawan terkenal dari parti PAS Azizi Abdullah pula mengiritik hebat kelakuan Pemuda-Pemuda dari Parti PAS  sangat terpengaruh dengan PKR Khususnya dalam Kempen Pilihan Raya ke-12 terutamanya di Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.Katanya “Mereka Laungkan Reformasi dari Melaungkan kata hikmat Parti Pas Takbir!Allah Akbar!!!!.Mereka juga berbadan Pas tetapi berbaju PKR!!!!!.

– Mamak Penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemilihan UMNO Jun Tahun Depan – Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan kemungkinan pemilihan parti Disember ini akan ditangguhkan ke Jun depan.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai perkara itu.

Beliau diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa pemilihan parti Disember ini akan ditangguhkan sehingga pertengahan tahun depan.

mStar Online difahamkan perkara tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Khamis lalu.

Malah, syor supaya pemilihan parti ditangguhkan bukan baru kerana ia pernah dibangkitkan sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, antara lain bagi membolehkan Umno memberi tumpuan terhadap proses pemulihan terlebih dahulu.

Kini, idea tersebut muncul semula ekoran wujudnya pandangan agar pelan peralihan kuasa Jun 2010 antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dikaji semula.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ditemui wartawan selepas merasmikan Forum Ekonomi Malaysia-India di sini sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai pandangan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno wajar dipertandingkan, Muhyiddin berkata, beliau menyokong kenyataan tersebut.

“Apa yang dicadangkan oleh Rais adalah munasabah dan perlembagaan parti membenarkannya,” katanya.

Jelas beliau, perkara tersebut bukan sesuatu yang luar biasa dan sebahagian daripada proses demokrasi.

Apabila ditanya mengenai jawatan yang akan ditandingi beliau, Muhyiddin berkata, adalah terlalu awal untuk mengumumkan pendiriannya ketika ini.

“Saya belum membuat keputusan lagi… bila sampai masanya, saya akan umumkan,” kata beliau. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selangor sokong peralihan kuasa jika MT sepakat – malaysiakini

Ketua-ketua bahagian Umno di Selangor telah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perjumpaan malam tadi, bahawa mereka boleh menyokong pelan peralihan 2010 dengan syarat ia juga diterima sebulat suara oleh kesemua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Perjumpaan tersebut berlangsung selama lebih sejam di pejabat Umno bahagian Tanjung Karang selepas majllis berbuka puasa dan sembahyang Terawih malam tadi.

Menurut sumber yang layak dipercayai, ketua-ketua bahagian mengambil peluang tersebut untuk mendapat penjelasan mengenai pelan peralihan parti dari Abdullah kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dalam penjelasannya, Abdullah meminta ketua-ketua bahagian menyokong pelan peralihan tersebut “dalam menghadapi cabaran besar yang dihadapi oleh Umno sekarang”.

Abdullah juga, katanya, berkata semua ahli Umno perlu bersatu dalam satu pasukan dan kerana itu mereka perlu menyokong formula peralihan kuasa 2010.

Bagaimanapun, katanya, ketua-ketua yang bangun bercakap memberitahu Abdullah bahawa mereka boleh menerimanya dengan syarat, ia dibuat secara ikhlas dan disokong sebulat suara oleh ahli MT.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Peralihan kuasa Jun 2009 – Malaysiakini

sumber tak rasmi memberitahu bahawa peralihan kuasa 2010 akan dipercepatkan ke Jun 2009. Kesahihan berita ini belum dipastikan. Tetapi apa2pun tarikh baru peralihan kuasa akan dibuat sebelum mesyuarat Bahagian UMNO bermula oktober ini.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar berita tentang Pemilihan Pemuda Negeri-Negeri – Malaysiakini

sumber bharian

Pertandingan di Negeri Sembilan diramal sengit

SEREMBAN: Perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian di negeri ini dijangka sengit apabila tujuh daripada lapan bahagian menyaksikan pertandingan, manakala seorang penyandang jawatan di bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin menjadi pemimpin tunggal berjaya mengekalkan jawatannya tanpa bertanding.

Naib Ketua Pemuda itu yang juga Ahli Parlimen Rembau dipilih buat penggal kedua berturut-turut selepas mendapat 99 pencalonan, mengetepikan cabaran Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian, Azman Mohd Sah yang gagal melepasi kuota 15 peratus pencalonan.

Bagaimanapun, penyandang di bahagian Teluk Kemang dan Rasah, iaitu Mohd Faizal Ramli yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dan Mohd Helmy Din menghadapi pertandingan satu lawan satu, manakala pemangku Ketua Pemuda Jempol, Fadhil Aziz pula berdepan saingan tiga penjuru. Fadhil memangku jawatan itu pada 2005 selepas penyandangnya, Mohd Salim Shariff digantung keahlian Umno kerana kesalahan politik wang, akan ditentang Mohd Nizam Aman dan Nor Mohd Azhar Shaharuddin, manakala Mohd Faizal dicabar AJK Pemuda bahagian, Saiful Kamaruzzaman dan Mohd Helmi berdepan Hassan Ayob.

Empat lagi bahagian iaitu Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.

UMNO Selangor

18 Ketua Pemuda di Selangor dicabar

SHAH ALAM: Hanya satu bahagian Pemuda Umno di Selangor menang tanpa bertanding, manakala 18 bahagian lain berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini termasuk tiga penjuru.

Zurihan Yusof menang tanpa bertanding Ketua Pemuda Bahagian Kuala Langat selepas lawannya tidak cukup pencalonan.

Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Pemuda Umno Selangor, Al Ghazali Abdul Latif, berkata calon Ketua Pemuda Bahagian Ampang, Kota Raja dan Shah Alam juga kemungkinan besar menang tanpa bertanding tetapi belum boleh disahkan kerana ada bantahan.

“Kita belum dapat memberi pengesahan kemenangan tanpa bertanding tiga bahagian ini sehinggalah mesyuarat Pemuda bahagian bermula 9 Oktober ini,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Al Ghazali berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Selayang kerana melebihi had umur.

Katanya, Shukur akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Selayang menentang bekas Adun Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.Sementara, Timbalan Ketua Pemuda Umno negeri yang juga Ketua Pemuda Bahagian Kapar, Faizal Abdullah juga tidak mempertahankan jawatan itu selepas menang tanpa bertanding Timbalan Ketua Bahagian Kapar.

Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang dilaporkan menang tanpa bertanding sebelum ini akan dicabar Harumaini Omar.

Mohamed Idris mendapat 93 pencalonan. manakala Harumaini mendapat 36 pencalonan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Janji Anwar kepada PAS – Boleh Percaya Ker – Malaysiakini

artikel ini dipetik dari blog pemudabesut

Begitulah tajuk utama Sinar Harian hari ini 24 Sept. Dato’ Seri Anwar berjanji tidak akan pinggirkan pemimpin parti Islam ( PAS ) sekiranya PAKATAN berkuasa di peringkat Nasional.
Alhamdulillah , sekurang – kurangnya ada asas untuk semua pihak menyokong PAKATAN membentuk kerajaan baru kelak .

Saya doakan agar benar janji dikota dan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua pimpinan PAKATAN untuk memacu perjuangan yang tiada tepinya ini agar al haq terus bertakhta .

Saya yakin dan percaya , sebarang pertemuan dan perbincangan yang menemukan 3 pimpinan teringgi PAKATAN ini , kiranya bertolak dari hati yang ikhlas untuk Islam akan terus meletakkan UMNO dan BN dalam resah dan gelisah .

nota: sedangkan janji DSAI kepada berjuta rakyat nak bentuk kerajaan sebanyak dua kali telah GAGAL, boleh percaya janji yang DSAI tabur kat pemimpin PAS??? Penyokong PAS, sedarlah bahawa anda sedang dipergunakan oleh PKR.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda