Anwar: ‘Deadline’ bukan isu – Malaysiakini

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa kerajaan pusat dan permintaan diadakan sidang khas Parlimen.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

“Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

“Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini pagi semalam.

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata, Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan.

Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggota-anggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,” katanya.

Sementara itu dalam blognya hari ini, Anwar berkata, beliau dan teman-teman dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan.

“Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.”

Kata Anwar, beliau tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri.

“Kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalah tafsir,” katanya lagi. – mstar

nota: hehehe…kelakar melihat tindak tanduk DSAI. Setelah gagal mengotakan janji belia sebanyak dua kali iaitu membentuk kerajaan pada 16 September dan 23 September, kini beliau tetap yakin dapat membentuk kerajaan baru tanpa perlu memaklumkan tarikh baru. Inilah yang dikatakan janji ahli Politik dan bukan janji dari seorang Pemimpin. Ahli politik akan membuat keputusan populis utk menarik perhatian ramai.

Kredibiliti DSAI agak tercabar akibat 2 kali gagal melunaskan janji untuk membentuk kerajaan baru. Kini, PR cuba pula cara lain. Ingatlah wahai semua pembaca. Kita hamba yang merancang, Allah SWT penentu segalanya. Janganlah kita bersifat angkuh dan gila kuasa, kerana semua akan terjadi dengan izinNya.

Kepada penyokong PR dan pemimpin PR, jangan Khianati pilihan rakyat pada PRU yang lepas. Barisan Nasional telah pun dipilih melalui proses DEMOKRASI pada PRU yang lepas utk memimpin negara. Janganlah sanggup khianati rakyat dengan cuba menubuhkan kerajaan baru. Perlu ingat, pilihanraya yang lepas TELUS. Sekiranya tak telus, sudah tentu PR tidak dapat bentuk kerajaan di lima negeri.

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Anwar: ‘Deadline’ bukan isu – Malaysiakini

  1. 916 akan datang …

    Latest opinion in conjunction with ISA and the 10 sen drop in Fuel Price etc.

    “Who do you DISLIKE or HATE most in Malaysia?”
    Poll @ http://thexstories.blogspot.com/

  2. Salam,

    Parti Pembangkang Cakap tak serupa Bikin!

    Janji-Janji PR12 dikenang semula:-

    Menteri Besar Selangor,
    1.Air Percuma – Dilaknakan dengan paksaan!
    2.2o% Potongan Cukai tafsiran harata?
    3.10% Potongan cukai harta Komersial?
    4.Nak bawa pelaburan Ke Selangor USD10 Billion?.

    Ketua Menteri Pulau Pinang,
    1.Kes rasuah tanah?Ada yang kena hadapkan Mahkamah?.
    2.Hasil Lawatan Ke Korea Selatan?berapa
    billion dah depa labur?

    Menteri Besar Perak ?
    1.Nak majukan Negeri Perak dah jumpa lombong emas atau perak?.yang untuk ada yang dapat gren tanah….lagi dua tahun tak tahu macam mana nak bayar gaji kerajaan negeri!

    Menteri Besar Kedah?
    1.Tak bagi peruntukan federal mau potong kayu balak!
    2.Kemajuan?

    Menteri Besar Kelantan?
    1.Tak apa rakyat Kelantan pii kerja kat KL balik undi PAS cukup!.Apa perlu majukan Negeri?

    Ketua De Facto PKR bakal PM Mat Jenin!,

    Kalau saya jadi PM saya akan bawak pelaburan USD1 Trillion.Untuk pengetahuan saudara – saudari AS pun sekarang meleleh,tak thu macam mana nak kontrol inflasi dan kegawatan ekonomi yang hacui…nak bantu DSAI sorrylah beb!.

    kesimpulannya cakap memang senang nak laksanakan yang susah…susah…bertahan je..lah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s