KRISIS EKONOMI DUNIA KIAN MERUNCING

Pada tahun 1997 apabila Krisis ekonomi yang melanda Negara Asia Timur Kerajaan AS begitu pandang rendah dan kecam kononnya Negara-negara Asia yang terbabit dalam kegawatan ekonomi termasuk Malaysia tidak amalkan kerajaan Transpirasi,Melindungi nilai sebenar pasaran saham tempatan,tidak berjaya mengukuhkan badan sekuriti pasaran saham tempatan dan lain-lain.Tetapi apabila kejatuhan Merril Lych &Co di Amerika semua tuduhan itu seperti Pepatah Melayu sebutkan “apabila meludah ke langit akhirnya jatuh juga ke muka sendiri”!.

Apabila Negara Malaysia pada masa itu mengambil langkah membendung krisis ini dengan merendahkan  faedah kadar pinjaman berbagai-bagai tomahan dilemparkan oleh Kerajaan AS dan juga IMF.Datuk Anwar Ibrahim yang pada masa itu  Menteri Kewangan amat menyokong dan terlalu taksub dengan saranan IMF, mula menentang pimpinan kerajaan yang melaksanakan penurunan Faedah pinjaman itu untuk berkuasa dalam kerajaan.Akhirnya Negara ini adalah Negara yang pertama  berjaya membendung kemelut krisis ekonomi ini.Wal hal Kerajaan Amerika kini  mengikuti dasar kewangan Malaysia pada masa itu dengan menurunkan kadar faedah pinjaman ini sebanyak 50 mata asas kepada 4.75% bagi merangsang semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat krisis Gadai Janji Subprima.Kita perlu bangga dengan kerajaan yang dipimpin TDM kerana telah mengambil tindakan sewajarnya menghadapi krisis ini.Di Amerika kini,Kerajaan dan agensi kewangannya telah membelanjakan USD600 Billion (RM2,100 Billion) untuk menyelamatkan berbagai-bagai Institusi kewangan (Bail-out).Di Britain sejumlah Bank  di dalam keadaan tenat kerana masalah’Liquidity’. Bank-bank di Amerika juga dalam keadaan paling tenat.Pasaran Saham Wall-Street sedang menjunam!.

Menteri Kewangan kedua Tan Sri Nor Mohamed  (Beliau adalah salah seorang penasihat ekonomi yang dilantik era Tun Dr.Mahatir) Berkata Negara Malaysia tidak akan mengalami kesan langgsung daripada krisis Gadai Janji Subprima ini seperti yang gembar-gemburkan oleh parti pembangkang sekarang.Walau bagaimana pun kesannya akan berlaku disebabkan Negara AS adalah rakan niaga No.1 negara dalam bidang pembuatan barangan Elektronik.Oleh kerana Dollar Amerika tak ditambat(pegged) Nilai dollar Amerika akan jatuh keparas terendah berbanding Ringgit Malaysia.Barangan ekspot Malaysia ke Amerika akan menjadi lebih mahal berbanding dulu.Pembeli di Amerika yang dilanda krisis teruk ini akan berkurangan.Dengan ini Permintan barangan dari Malaysia akan berkurangan,dengan itu Kilang-kilang sekitar Pulau Pinang dan Perak terpaksa mengurangkan produktiviti pengeluaran mereka.Ini akan mengakibatkan pengurangan pekerja.Apabila keadaan ini berlaku secara tak langgsung Negeri-negeri berkenaan terpaksa berdepan dengan masalah penganguran.

IMF anggarkan Hutang Subprima dunia akan mencapai USD 1.1 trillion.Pengarah Urusan IMF Dominique Strauss-Kahn telah memberi amaran krisis ini adalah krisis kewangan paling teruk selepas Perang Dunia kedua.Pelabur-pelabur sedang menarik semua dana kewangan mereka.Peralihan Kuasa Datuk Sri Najib Kepada Menteri Kewangan akan memberi nafas baru untuk mengatasi Krisis kewangan ini.Datuk Najib adalah seorang yang berpengalaman dalam Kewangan dan juga pernah dilantik menjadi Timbalan Kewangan Malaysia.Berdasarkan pengalaman beliau dan juga kemampuan Menteri kewangan kedua Tan Sri Mohamed Nor Negara ini boleh mengatasi masalah krisi kewangan dengan jayanya.Rakyat Negara ini perlu bersedia menempuh krisis ini dengan memperkasakan keadaan Politik Negara dan mengambil langkah-langkah berjimat-jimat dari sekarang.

Walau pun Ketua pKR semasa kegawatan Ekonomi tahun 1997-1998 menjadi Menteri Kewangan tak mampu menangani masalah tetapi kini mengambil kesempatan untuk tonjolkan diri sebagai wira yang boleh menanggani masalah ini amat meragukan.

– Mamak Penang

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s