Najib ‘tutup mulut’ tentang pelan peralihan kuasa – REF Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini enggan menjawab sebarang soalan politik, sambil berkata ianya hanya akan dijawab esok.

Sehubungan itu, Najib yang timbalan presiden Umno, mengesahkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya petang ini, beliau bagaimanapun mengelak menjawab soalan mengenai khabar angin bahawa pemilihan parti mungkin ditangguhkan hingga tahun depan.

“Soalan mengenai politik hanya akan dijawab esok,” katanya.

Reaksi Najib itu memanaskan lagi spekulasi mengenai status kepimpinan Umno.

Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB,  New York, Ahad ini.

Sebelum ini, pihak media dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar esok.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi – dalam usaha untuk mengelak cabaran terhadap jawatan presiden – telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno ke tahun depan.

Juga timbul desas-desus yang mengatakan Abdullah mungkin akan menyerahkan kuasa kepada Najib tahun depan – setahun lebih awal daripada pelan peralihan 2010.

Mulai 9 Oktober hingga 9 November depan, semua 191 bahagian Umno akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing di mana mereka akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta bagi kerusi MT.

Manakala pemilihan bagi peringkat pusat ialah pada 16-20 Disember depan.

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Najib ‘tutup mulut’ tentang pelan peralihan kuasa – REF Malaysiakini

  1. Salam,

    Abdullah tetap nombor satu,
    Tapi Kurang menentu,
    Ekonomi Negara bertambah celaru,
    Rakyat Jelata semakin keliru.

    Kini Anwar berkata bersabar,
    BN sudah setengah abad bermakhota,
    Tugas Nuar makin Melebar,
    Kata orang Melayu kata mesti dikota.

    p/s:Tidak siapa boleh menghalang kita membuat teori,telahan dan tekaan.Rundingan antara Pak Lah dan Najib sedang berlaku mengenai isu peralihan kuasa!!!

  2. najib ko kan dh pegang kewangan bila lg nk bg minyak turun lg.:
    Kpd Rejim BN yg xbrhati perut,

    please la… please la…
    jangan la tipu rakyat lagi..?
    kami yang menaggung,
    apa guna jika kerajaan yang ada kini hanya menjaga kepentingan diri bukan untuk menjaga kepentingan rakyat…

    please la…
    please la…
    kami bukan bodoh?
    maklumat kini dihujung jari saja…
    rakyat dikampung kurang menerima kesan langsung diatas kenaikan inflasi…
    walaupun hakikatnya rakyat dikampung pendapatan mereka kecil tetapi mereka boleh menyara hidup dengan bertani @ sebagainya…

    saya bukan tak haraukan kesan yang diterima rakyat dikampung tetapi cuba fikir² kesan yang diterima rakyat dibandar, semua benda duit…?
    tambahan pula pelajar dibandar?
    dulu RM10 cukup makan sehari kini mau RM15-20… itu belum lagi kita fikir pekerja disektor kerajaan yang bertempat dibandar… berbanding kampung…?

    please la…
    please la…

    nah…?aku dapat sumber ‘harga patut’ minyak yang perlu kita bayar untuk satu liter kini… tapi apa yang kita kena tanggung…?

    Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

    Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
    1 Tong bersamaan dengan 159 liter
    Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
    Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

    Subsidi kerajaan = RM 0.30
    Harga sepatutnya > RM 2.01 – RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
    Harga sekarang = RM 2.45 sen

    Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 – RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s