Sekitar berita tentang Pemilihan Pemuda Negeri-Negeri – Malaysiakini

sumber bharian

Pertandingan di Negeri Sembilan diramal sengit

SEREMBAN: Perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian di negeri ini dijangka sengit apabila tujuh daripada lapan bahagian menyaksikan pertandingan, manakala seorang penyandang jawatan di bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin menjadi pemimpin tunggal berjaya mengekalkan jawatannya tanpa bertanding.

Naib Ketua Pemuda itu yang juga Ahli Parlimen Rembau dipilih buat penggal kedua berturut-turut selepas mendapat 99 pencalonan, mengetepikan cabaran Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian, Azman Mohd Sah yang gagal melepasi kuota 15 peratus pencalonan.

Bagaimanapun, penyandang di bahagian Teluk Kemang dan Rasah, iaitu Mohd Faizal Ramli yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dan Mohd Helmy Din menghadapi pertandingan satu lawan satu, manakala pemangku Ketua Pemuda Jempol, Fadhil Aziz pula berdepan saingan tiga penjuru. Fadhil memangku jawatan itu pada 2005 selepas penyandangnya, Mohd Salim Shariff digantung keahlian Umno kerana kesalahan politik wang, akan ditentang Mohd Nizam Aman dan Nor Mohd Azhar Shaharuddin, manakala Mohd Faizal dicabar AJK Pemuda bahagian, Saiful Kamaruzzaman dan Mohd Helmi berdepan Hassan Ayob.

Empat lagi bahagian iaitu Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.

UMNO Selangor

18 Ketua Pemuda di Selangor dicabar

SHAH ALAM: Hanya satu bahagian Pemuda Umno di Selangor menang tanpa bertanding, manakala 18 bahagian lain berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini termasuk tiga penjuru.

Zurihan Yusof menang tanpa bertanding Ketua Pemuda Bahagian Kuala Langat selepas lawannya tidak cukup pencalonan.

Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Pemuda Umno Selangor, Al Ghazali Abdul Latif, berkata calon Ketua Pemuda Bahagian Ampang, Kota Raja dan Shah Alam juga kemungkinan besar menang tanpa bertanding tetapi belum boleh disahkan kerana ada bantahan.

“Kita belum dapat memberi pengesahan kemenangan tanpa bertanding tiga bahagian ini sehinggalah mesyuarat Pemuda bahagian bermula 9 Oktober ini,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Al Ghazali berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Selayang kerana melebihi had umur.

Katanya, Shukur akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Selayang menentang bekas Adun Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.Sementara, Timbalan Ketua Pemuda Umno negeri yang juga Ketua Pemuda Bahagian Kapar, Faizal Abdullah juga tidak mempertahankan jawatan itu selepas menang tanpa bertanding Timbalan Ketua Bahagian Kapar.

Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang dilaporkan menang tanpa bertanding sebelum ini akan dicabar Harumaini Omar.

Mohamed Idris mendapat 93 pencalonan. manakala Harumaini mendapat 36 pencalonan.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s