Selangor sokong peralihan kuasa jika MT sepakat – malaysiakini

Ketua-ketua bahagian Umno di Selangor telah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perjumpaan malam tadi, bahawa mereka boleh menyokong pelan peralihan 2010 dengan syarat ia juga diterima sebulat suara oleh kesemua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Perjumpaan tersebut berlangsung selama lebih sejam di pejabat Umno bahagian Tanjung Karang selepas majllis berbuka puasa dan sembahyang Terawih malam tadi.

Menurut sumber yang layak dipercayai, ketua-ketua bahagian mengambil peluang tersebut untuk mendapat penjelasan mengenai pelan peralihan parti dari Abdullah kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dalam penjelasannya, Abdullah meminta ketua-ketua bahagian menyokong pelan peralihan tersebut “dalam menghadapi cabaran besar yang dihadapi oleh Umno sekarang”.

Abdullah juga, katanya, berkata semua ahli Umno perlu bersatu dalam satu pasukan dan kerana itu mereka perlu menyokong formula peralihan kuasa 2010.

Bagaimanapun, katanya, ketua-ketua yang bangun bercakap memberitahu Abdullah bahawa mereka boleh menerimanya dengan syarat, ia dibuat secara ikhlas dan disokong sebulat suara oleh ahli MT.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Selangor sokong peralihan kuasa jika MT sepakat – malaysiakini

  1. suara de kota

    Salam perjuangan…

    Ketua-ketua bahagian Umno di Selangor telah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perjumpaan malam tadi, bahawa mereka boleh menyokong pelan peralihan 2010 dengan syarat ia juga diterima sebulat suara oleh kesemua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

    Betul ke?… saya tidak fikir begitu…

    Mana ada akan diterima sebulat suara oleh MT. Nampaknya tentu akan ada pertandingan Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

    Siapakah calon?… Pahang Johor ke?… tapi tidaklah Kelantan Johor???.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s