Habuan Seks = Sedekah?? – Malaysiakini

Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disarankan supaya bertaubat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau juga meminta ulama khususnya daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.

“Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan,” katanya.

Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Zainol Fadzi, yang juga Ketua Pemuda Umno Perak, berkata pengakuan seorang lagi anggota PKR, Fairul Azrim Ismail, 30, bahawa dia (Fairul Azrim) telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China juga membuktikan amalan rasuah telah berlaku dalam sebuah kerajaan (Pakatan Rakyat Perak) yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan.

“Malah kepada Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anakanak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam,” katanya.

Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangun di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua Exco Perak dari PKR, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Adun Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, kini menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

PKR Perak dijadual mengadakan satu sidang akhbar berhubung kontroversi kenyataan Zul dan pengakuan Fairul Azrim itu di sini pada 10 pagi esok. – BERNAMA (mstar)

Nota: WOW !!!!……seronoknya kalau ini perumpamaan politik terbaru, sudah tentu ramai akan melakukan perkara yang sama atas ‘precedent’ yang telah ditetapkan oleh YB Zul Hassan. Apa komen MB Perak?? Janganlah matlamat menghalalkan cara. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal!!!

Advertisements

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Habuan Seks = Sedekah?? – Malaysiakini

  1. RKP

    It was a joke that if someone sedekah prostitute, we must accept the sedekah. Wouldn’t it be better to admit sex with friend (like what Chua Soi Lek) did, resign and get on with life.

  2. asamkedut

    tafsirannya mudah sahaja……

    sedekah jariah yang dibuat tanpa ada keikhlasan dan menunjuk-nunjuk disertai promosi lebih-lebih di dada akhbar dan tv, samalah dengan apa yang dikatakan oleh Zul Hassan tu!

  3. Parameswara

    Kalau anggota kerajaan PR buat salah bawa ke pengadilan. Tak boleh tutup sini tutup sana. Salah tetap salah. Betul tetap betul. Dakwa mereka di mahkamah barulah kita tahu hujung pangkalnya timbul kesalahan itu betul atau tidak. Mungkin juga org2 itu bekas org2 UMNO jadi terbawa-bawa budaya UMNO. Belum biasa lagi dgn budaya PR yg telus dn iklas bekerja utk rakyat.

  4. suara de kota

    Salam Taubat…

    Terlalu banyak yang perlu saya ketahui dalam hal-hal bersangkutan agama suci kita…

    Maklumlah, kita insan…

    Tetapi tentang bab sedekah ‘Habuan seks’ telalu buruk dan jijik untuk disebut.

    Dalam sebuah drama, begini dailognya :

    Peminta Sedekah : Tolong bantu Tuan… saya
    dah dua hari tak makan…

    (Pinta seorang peminta sedekah pada seorang wanita cantik)

    Wanita Cantik : (Berhenti dan sempati)
    membuka bag tanganya dan
    menghulurkan RM10.00 dan
    ingin pergi)

    Peminta Sedekah : Terima kasih… Terima kasih,
    semoga Allah merahmatimu..

    Wanita Cantik : Sama-sama (Dan pergi)

    Saudara-saudari, bayangkanlah kalau dailog drama ini kita tukar, tukar kepada memohon sedekah untuk seks, tak payak ceritalah apa akan terjadinya episod ini.

    Gilalah… Habuan Seks dikatakan sedekah?. Layak ke pemimpin macam ni?… Apa dah jadi???.

  5. Mok

    Salam,

    Ini adalah contoh ahli PKR yang memualkan, dangkal agama, tipis keimanan, gugur kelayakkan memimpin, memalukan agama, bangsa dan negara. Tak layak langsung menjawat jawatan ahli majlis. Pergi bertaubat dulu.. ikut saranan para mufti dan alim ulamak. Astaghfirullah…

  6. Pemimpin tersebut disaran letak jawatan

  7. Salam semua

    Sebab tu selalu dicanang2 bahawa PR menjanjikan kesenangan yang diimpikan oleh orang-orang muda..kebebasan melakukan yang terlarang dan kebolehan menutup cela yang berlaku dengan firman2 & hukum ketetapan Ilahi..segala yang salah dibolehpakai dengan meletakkan syarat2 tertentu..matlamat menghalalkan cara..

    Allah juga pernah berfirman bahawa sesungguhnya ketika mati nanti akan ada 10 golongan yang mana hanya satu sahaja golongan yang akan masuk ke syurganya..dan baki 9 golongan lagi salah satunya adalah golongan yang menganiayai dirinya dan sahabat2nya di dunia dengan tidak berbuat kebaikan..dan diceritakan juga ramai ulama2 akhir zaman yang turut dihumbankan ke neraka Allah kerana menggunakan sunnah dan hadis untuk kepentingan diri sendiri & pengikut2nya..

    Dan terbukti wujud golongan sedemikian..sebab itu timbul isu Allah itu samseng..Allah juga mencarut..astagfirullahalazim…dan sekarang dengan angkuh mengatakan bahawa penzinaan itu menjadi halal dengan menggunapakai konsep sedekah??? Pemimpin sebegitukah yang akan memimpin Islam di akhir zaman ini..

    Dunia jugak dah hampir ke penghujung..semasa Nabi SAW melalui peristiwa Isra’ Mikraj dulu..Baginda melihat seorang yang amat tua dan memegang tongkat..itulah gambaran bumi pada masa itu, yang mana pada hari ini pastinya sudah terlalu tua dan mengira2 masa untuk ditarik nyawanya oleh Allah SWT..disebabkan dunia dah di akhir zaman, maka timbullah satu golongan yang mana orang jahil dijadikan pemimpin, orang munafik mengimamkan solat dan mcm2 lagi..

    Semua ini sebenarnya membuka pekung di dada sendiri..busuk2 pun bangsa Melayu beragama Islam yang membuat kenyataan sebegitu..busuk2 pun keturunan Adam Hawa..busuk2 pun umat Nabi Muhammad SAW..

  8. Bakal PM

    jd kesimpulan yang boleh dibuat kat sini bukan semua pemimpin PKR tu bersifat mulia…. Manusia ada berbagai2 ragam dan berbagai2 karenah… kita x dapat nak jangka setakat mana keburukan & kebaikan mereka…. Oleh itu berhentila berprasangka buruk sesama manusia… Bg penyokong kerajaan mana yng rosak didalam kerajaan kita betulkan dan bg pembangkang x perlula tukar kepimpinan negara kerana kerajaan yg sedia ada setakat ini tetap menjaga kebajikan kita dan mengutamakan agama islam sebagai agama rasmi…. Belum tentu kita tukar kerajaan kepada pembangkang kita dijanjikan kesenangan kerana sudah terbukti belum apa2 lg bnyak berlaku salah laku didalam Pakatan Rakyat… So x payah la kita berbalah hanya untuk menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat yg kononnya membela nasib rakyat sedangkan Pembangkang yg mereka sanjung juga mempunyai kelemahan bukannya kebal dari melakukan kesilapan…. Sekian…. Slamat Hari Raya… Maaf Zahir & Batin….

  9. assalamuaikum semua!
    yang salah tetap salah …
    yang hukum tetap hukum..
    jadi jangan berani cuba mencabar dan mempermainkannya
    tiada siapa yang akan susah
    tetapi insyallah tuhan tetap menjanjikan
    samada didunia atau akhirat … tak kan terlepas
    azab yg telah dijanjikan…tetap..tetap serta pasti

    sekupang dua memohon maaf pada semua sempena hari raya… ziarah lah dengan semua ummah, kerana .menziarah adalah salah satu sunah dan amalan rassullullah…amin
    allahuakbar walilail ham!

  10. amacam ok tak …bukan susah nakmenyamar jadi nadrah….he he he ..tapi teman tak sanggupler pulak nak jadi pembelot macam nadrah awww pongringan

    kepada nadrah
    janganlah nak menyamar….disini orang kenal dengan hati budi seorang pejuang…..kalau pembelot tu tukar nama pun orang kenal…mengaku jer ler …setakat nama ni tengokler sekupang dua pun boleh tukar nama… sahabat teman cukup kenal sebenornya dengan tulisan miker… dah tak larat menahan asakan menyamar jadi nadrah kalau betul buktikan ler…. awww awwwww

  11. tubir

    Salam untuk semua
    hubungan sex memang satu sedekah sekiranya dilakukan oleh pasangan yang sudah bernikah dengan perempuan atau lelaki ,suami isteri lah ……Selain dari itu hukumnya tetap zina ….jangan nak main main dengan hukum ya …..
    mungkin pemimpin PKR dan pakatan rayaat serta pas ada pandangan lain ….maklumlah kerana dia orang tu banyak yang bertaraf ulamak …dan warak.Kesimpulan nya disini kita manusia adalah insan yang lemah ….dan sering tersalah haluan dan tersesat jalan ….maka oleh itu allah membuka pintu taubat sepanjang masa .Setiap hari kita kena bertaubat dari kesalahan yang kita lakuakan .tak payah lah saya terangkan jenis jenis taubat kepada semua …rasanya anda sedia lebih ariff tentang ini.
    Kepada pemimpin parti politik yang berugama aislam jangan lah anda berselindung dan mempergunakan ugama islam sebagai toping untuk memancing undi .Ingatlah anda sebagai sebagai ketua dan jagalah tingkah laku dan kawalah nafsu.Sekiranya anda mahukan dan sukakan yang itu bernikahlah ….maka ia akan menjadi halal untuk kamu .Ataupun suruh lah ulamak dari pas buat fatua tentang hubungan sex ini khusus untuk orang PR .

  12. Ramli, Qatar

    Apa jua bentuk kepimpinan Melayu tetap akan cenderung kpd penyelewengan sekiranya tidak berteraskan islam dan keimanan. Melayu tetap Melayu. Melayu mudah lupa, leka kpd keseronokan!. Oleh yang demikian, pilihlah pemimpin melayu yang lebih islam dan beriman contohnya Tuan Guru Nik Aziz. Kesimpulan nya, bukan UMNO, bukan PKR yang boleh menyelamatkan umat Melayu,

  13. topoi

    semekom.

    bila pulak si zul tu jadi yb,,,
    teror hang pi belit fakta…
    memang dasar umno kan menipu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s