Jeanne cadang budak cacat sebab mercun, merempit jadi atlet paralimpik – Malaysiakini

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah mencadangkan agar kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat kerana nahas jalan raya tetapi berbakat dalam sukan disenaraikan sebagai atlet paralimpik.

Dengan ini, katanya, negara akan mempunyai lebih ramai atlet Orang Kurang Upaya untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

“Semasa saya berada di Beijing bagi menyaksikan Sukan Paralimpik baru-baru ini, saya telah melihat banyak perkara yang boleh kita lakukan, dan walaupun atlet kita ada sedikit sahaja tetapi kita mampu masuk sehingga ke pusingan akhir,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri sempena program Semai Bakti Kedah di sini hari ini.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh menguji bakat kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat akibat kemalangan bagi mengenal pasti bidang sukan yang boleh mereka sertai.

“Kanak-kanak OKU merupakan anugerah yang istimewa walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal namun saya percaya mereka mempunyai bakat tersendiri yang tidak ada pada orang biasa,” katanya.

Jeanne juga menggesa orang ramai menjadi sukarelawan bagi membantu program pemulihan OKU di negara ini. / Bernama

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Jeanne cadang budak cacat sebab mercun, merempit jadi atlet paralimpik – Malaysiakini

  1. TOKEYBELACAN

    aduh,tadaq idea lain yg lebih bernas,membina ke?kalau OKU,saya sgt setuju mrk diberi peluang.tp tang budak cacat sbb main mercun,saya saran DS Jeanne dan pemikir beliau carilah kaedah lain utk bantu mrk.paralimpik utk OKU secara semula jadi dan yg cacat krn khidmat utk negara atau sebab2 ‘malang tidak berbau’ yang lain.main mercun ni dah diharamkan kerajaan kenapa masih nk buat??

  2. Salam Tokey belacan!

    Ini salah satu idea Milinium…ha!ha!..taukeh… teringin Datin Jeanne lebih aktif dalam NGO seperti Puan Sri Asmah!.MSM pun berilah sedikit ruang untuk Datin untuk tonjolkan diri.Jangan menyisihkan!.

  3. anon

    jadi, pada tokey belacan. OKU tu terhad kepada orang yang cacat sejak lahir lah? orang yang cacat by way of accident and other malapetaka tak layak digelar OKU? sejak bila pulak cacat ni sesuatu yang ‘diminta’?

    iye, saya setuju, mungkin mat-mat rempit atau anak2 yang main mercun tu tak fikir panjang tentang keselamatan mereka. tapi, bila benda dah jadi, kita biarkan lah diorang ye? kita just cakap, “ha tulah, main mercun lagi, merempit lagi, kan dah cacat?”

    what about bekas penagih dadah, tokey? tu lah, siapa suruh menagih dulu, sekarang dah tak menagih nak sibuk2 carik kerja lah, nak join balik masyarakat lah.

    nasihat saya, be more forgiving. kita tak berada di tempat mereka. they deserve a second chance.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s