Khairy disabotaj supaya ahli Umno tidak bertemunya – Malaysiakini

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut tidak terlepas daripada dirinya disabotaj oleh pihak tertentu yang menyekat anggota parti bertemu dengannya.

Ahli Parlimen Rembau itu, yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO, berkata beliau mempunyai bukti di setengah tempat pada majlis yang dihadirinya wujudnya pihak meminta anggota Umno tidak pergi ke majlis berkenaan.

“Saya ada bukti ada yang cuba menyekat anggota Umno daripada mengenali pemimpin mereka.

“Bagi saya semua anggota parti berhak untuk mengenali pemimpin mereka dan mendekati saya, jadi tidak perlu adanya sekatan begini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pemberian wang zakat kepada anak yatim dan warga emas di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO meminta tindakan menyekat anggota parti bertemu dengan pemimpin atau calon-calon dihentikan dengan segera.

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Khairy, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor. BERNAMA (mstar)

nota: nasib yang serupa juga menimpa Pemuda Cawangan Jalan Enggang tempohari tetapi sikit berlainan cara sabotajnya. baca sini

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Khairy disabotaj supaya ahli Umno tidak bertemunya – Malaysiakini

  1. asamkedut

    pekung khairy dah terlalu besar…..terlalu busuk.tak dapat nak ditutup lagi….

  2. Kg Jawa

    kah kah kah … senjata pulang ke tuan rasain!

  3. suara de kota

    Apo kono er…
    Kau kono tahan tak boleh rompoh ahli-ahli lain.
    Mano deh kekobalan engkau…
    Cuba laei…

  4. Salam,
    Bukanlah sokong sangat khairy itu tapi dalam UMNO sekarang dah satu trend baru telah wujud.Trend menyekat kebebasan mendengar pendapat orang lain terutamanya menghalang ahli akar umbi mendengar apa saja yang ingin diperkatakan calon yang ingin bertanding.Ia adalah menghalang sistem demokratik dalam parti.UMNO perlu ubah…ubah dari pradigma lama.Dunia semakin canggih tapi UMNO sentiasa kebelakang ;kita perlu anjakan demi keutuhan parti.Bagaimana kita akan menghadapi persaigan parti lain sekiranya pemikiran dan tingkah laku kita masih dalam di tahun 50-an.Parti ini bukan untuk individu yang egoist dan opportunist.Bina UMNO millenium dengan ideology yang baru untuk rakyat Melayu yang dahagakan pembaharuan yang realistik dalam menghadapi cabaran akan datang.Wassalam.

  5. umno dh x relevan mamak oi. hidup pakatan rakyat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s