Bom petrol pulak – Malaysiakini

Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.
Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.

Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.

Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.

Semasa dalam tahanan, Teresa juga telah membuat laporan polis terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, editor kanannya, Zaini Hassan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menuduhnya terbabit dalam isu tersebut.

Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair

Advertisements

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Bom petrol pulak – Malaysiakini

  1. Teresa has just been dealt with an extremely unjust arrest which has brought much physical and mental anguish to her. In a moment of anger and frustration due to her plight from such unresponsible and dispicable action by the authority, she miscalculated her comment. But since she has subsequently apologised why can’t the people accept it and move on? If we want to continue raising the issue of the egg, then what about those polotical morons who make remarks which hurt the feelings of others and disturb the peace? Shouldn’t we rain on them too? It is easy to comment in the comfort zone without the real experience which Teresa has gone through at such high handedness. Why not the rakyat send a million petitions to the authority to condemn her arrest since we are so issue conscious. I think most decent malaysian who are peace loving will not accept such terrorist behaviour. The act of such people is like lawless gangster which goes against all moral and religious standard. And for those political morons who condone such act to intimidate others for their selfish intention, they better look at the mirror and see whether they are fit to be leaders of the rakyat or they look like dispicable warlords.

  2. Salam,

    Ada kalanya rakyat terlalu bosan dengan tindak-tanduk ahli politik yang ingin berjaya dalam kariernya sama sekali tidak mahu ambil peduli tentang perasaan kaum lain.Agama Islam adalah agama yang paling bertoleransi tetapi ia ada hadnya.Sebagai seorang Islam kita mempunyai tanggung jawabnya sendiri untuk membela agama ini ke tahap syahid!.Banyak kumpulan radikal Islam di negara-negara asia barat terwujud adalah kesan daripada tindak-tanduk kerajaan yang tak memperdulikan kesucian Islam itu sendiri.Seperti dalam perlembagaan Malaysia kedudukan Islam di letakan paling tertinggi daripada perkara politik.Islam adalah dalam naungan Yang Di Pertuan Agong dan Pemerintahan negara adalah dibawah naugan Perdana Menteri yang memerintah!.Dalam erti-kata soal kedudukan Agama Islam di negara ini tidak boleh disentuh oleh siapa jua walau pun pemerintah atau pun ahli politik.Orang menyentuh kedudukan Islam seperti menyoal kedudukan Raja Perlembagaan.Pihak Pemerintah perlu memahami perkara ini dan ambil tindakan lebih berkesan terhadap ahli-ahli politik yang mula mempersoalkan kedudukan Islam.Ahli politik seperti ini perlu diambil tindakan yang keras.Pihak pejabat peguam Negara perlu mengkaji undang-undang sedia ada dan kalau perlu buat penyesuaian mengikut keadaan semasa.

    Walau bagaimana pun kita janganlah mengambil undang-undang ditangan kita dan jadikan diri kita radikal!.Walau apa pun alasan orang yang melakukan perbuatan jenayah seperti ini perlu ditangkap.Salah tetap salah!.

  3. tubir

    Mungkin botol dan minyak yu teresa yang punya dia buat sendiri supaya dapat mengambarkan ada orang cuba ugut dia nak cari simpati ..dia ni memang pandai mengambil kesempatan ………..

  4. Turtledove

    It is sad that in moments where someone’s life is at stake, people like Tubir feels no sympathy. What will it take for fellow Malaysians to feel the fear and pain of others? Death? A life? What? Pray tell me. No one in the right mind would be so cruel and cold. Islam does not teach you to be cruel, to hurt others, to avenge…it teaches us to be humble, to be kind and most of all tolerant. Do you see any of these here. We were Malaysians once upon a time and today I don’t know what has become of us. How can we forget we are human beings first then everything else??

  5. anti-keganasan

    Memang pengecut! Guna keganasan untuk menakut-nakutkan Teresa Kok! Adakah ini caranya UMNO hendak terus berkuasa? Dengan menggertak orang lain? Guna bom petrol, keris ? Ceh tak malu lar! Bini kat rumah tu pun sekali ye? Puak pengganas mana pula dah terlepas nie?

  6. Apai Ngelai

    Anti-keganasan,

    Berhati-hati kalau bercakap. Cara awak menulis komen ni pun dah menunjukkan yang awak itu sebenarnya sakit. Jangan menuduh orang lain kalau awak tidak tahu menahu pasal hal ini.

    Seperkara lagi nasihat saya. Awak yang baru masuk kat webblog ni, kalau boleh jangan menunjukkan pemikiran kanak-kanak awak. Tak ada orang yang hendak memuji awak dengan penulisan sedemikian.

  7. Anti-Keganasan

    Nama tak melambangkan keperibadian..hang kata hang anti benda2 ganas nie tapi aku tengok komen hang boleh tahan gnas..mcm orang hilang akal pun ada..rileks la brader..yang hang nak marah sangat pasai hal nie pasaipa..si Teressa tu mak angkat hang ka sampai nak mengamuk2 macam nie..

    Atas asas apa hang nak tuduh kata semua tu perbuatan orang UMNO??? Apa bukti dia? Hang jumpa logo UMNO kot kat botol tu!!! Jangan nak tuduh kalau tak dak bukti..aku rasa ada kemungkinan jugak ni semua didalangi oleh musuh dalam selimut si mangKok tu..saja ambik kesempatan..sebab depa tau orang2 melayu terutama UMNO memang agak “panas” dengan tingkah laku si mangKok tu..so apa lagi..baling batu sembunyi tangan la..tak mustahil kan? Jadi mcmana pun bukan depa yangkena tuduh..memang kafir harbi dari dulu berperangai mcm tu..nak pulak kena penyokong bangang mcm hang nie..tak dak apa2 siasatan terus melenting tuduh UMNO..kalau nak jadi budak2..jangan di sini..pi kat tadika Kemas ka..Pasti ka..belajar balik pendidikan moral ye..

  8. Salam

    Yang pastinya kami orang2 UMNO pun tak bersetuju dengan tindakan dan perilaku sebegitu..kami bukan macam sesetengah orang yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat peribadi..yang salah tetap kami kata salah..sementara kes nie dalam siasatan, aku rasa ada eloknya hangpa kaum2 pembangkang jangan membuat andaian melulu..simpan dulu peluru2 hangpa tu..bukan apa, takut jadi peluru sesat..tertembak kawan sendiri..

  9. Big8

    Salam semua,

    anti-keganasan…
    Dah baligh belum budak ni?
    Kita dikurniakan Allah otak untuk berfikir. Jadi berusahalah untuk tidak dipersiakan nikmat yg Allah kurniakan.

    anti-keganasan…
    Dah baligh belum budak ni?
    Belajarlah dari yg berilmu.
    Contohilah dari kalangan org2 yg beriman kpd Allah.
    Bela-membelalah kamu sesama agama(Islam)

    anti-keganasan
    Dah baligh belum budak ni?…
    Nampakkah kamu, UMNO yg buat?

    anti-keganasan
    Dah baligh belum budak ni?…
    Berbaloikah membela cina Teresa itu?

    p/s: Biar UMNO, biar PAS, biar PKR (yg Melayu Islam sahaja)…mereka semua saudaraku..tetapi bukan DAP.-Ini pendirian politikku.

  10. GabanX

    Salam…

    Ish2..xpernah ku kesian kt dia sekeluarga.
    Tapi xpernah pula ku doakan kehancuran kt dia sekeluarga…
    hehe…kepada yg buat 2(xkisah dari musuh atau memang lakonan dari nyonya teresa sendiri) gunakanlah bom tangan ke, baru ada hasil. Kalau macam ni, buat menyemak surat khabar je.

  11. tubir

    Didalam apa juga kedaan orang umno dan islam akan dituduh pelampau oleh bukan melayu dan islam.begitulah kedaan sebenar apa yang berlaku sekarang ini .Perkara ini mesti diperbetulkan ….didalam proses ini ada halangan dan kerenahnya .orang melayu mesti bijak menyusun langkah agar tidak kecundang .pemikiran melayu pertengahan dan golongan muda sudah banyak yang terpesong…kerana asakan oleh gelombang baru yang ditiup oleh anuar.dengan ungkapan semua sama dan hak warganegara malaysia.Ungkapan itu bahaya dan mesti dipertangung jawabkan .
    Kepada turtedove saya bukan orang kejam dan tidak ada peri kemanusiaan serta sifat kasihan sesama manusia . tetapi saya sayangkan negara kita .Kenyataan YB amat sinsitif dan kurang ajar…beliau sepatutnya berfikir sebelum bercakap ………jangan menghasut rayaat dengan isu yang mudah menyingung perasaan .beliau ni sunguh licik dan pandai perpura pura …..saya bnyak mendengar ucapan beliau walaupun dimana saja beliau pergi.saya fasih berbahasa cina dan wajah saya pun macam orang cina .Sendiri mahu ingat lah …..tak semua orang cina suka pada apa yang dia cakapkan tu.Hubungan orang cina dam orang melayu pada dasarnya baik ,kami boleh berkerja sama ,begitu juga dengan orang india …..kenapa dia nak keruhkan dan membuat semua orang rasa tak tenteram …curiga mencurigaai.ini kan tak baik untuk semua .
    kita mahu hidup secara harmoni dan muhibah . Sepatutnya kita tidak terperangkap dengan isu ini …..tingalkan teresa ni ….beliau jahat dan berhati busuk kepada orang melayu dan islam .berlajarlah dari sejarah lampau …….tak ada yang akan untung sepenuhnya ………Kalau sakit satu …sakit lah semua nya …begitu juga kalau sihat satu sihat lah semua nya …begitulah adat berkelurga ……walaupun tak seugama dan berlainan bangsa ……kita boleh mencapai itu semua kalau kita bermufakat.tapi jangan bakar semangat perkauman ….jangan hina ugama orang lain terutama islam sebagai ugama resmi negara kita ini.Kami tak pernah usik ugama kamu rumah ibadat kamu….kenapa nak usik kami …….sarang tabuan jangan dijolok nanti bengkak muka dan badan disengatnya ……..itulah nasihat saya dengan iklas kepada YB YB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s