Mukhriz: Tunda pemilihan beri impak negatif – Malaysiakini

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan Perhimpunan Agung parti yang dijadual Disember ini ke Mac depan yang dilihatnya memberi impak negatif.

 

Beliau berkata, tindakan MT itu menyebabkan anggota Umno menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah Perhimpunan Agung Umno perlu ditangguhkan.

 

Katanya, beliau sendiri tidak faham kenapa penangguhan itu perlu dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota akar umbi.

 

“Daripada maklum balas yang saya terima dari seluruh negara, penangguhan Perhimpunan Agung Umno itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut,” katanya.

 

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anggota Umno Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di sini.

 

Mukhriz berkata, penangguhan yang mengambil masa hanya tiga bulan dari tarikh asal itu juga tidak relevan dan tidak memberikan sebarang kelebihan dalam menguatkan semula parti. BERNAMA

nota: Berani Berubah!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Mukhriz: Tunda pemilihan beri impak negatif – Malaysiakini

  1. Tarikh tunda lagi!.Kenapa?

    1.Kemungkinan peralihan kuasa mungkin berlaku selepas tiga bulan.Najib memerlukan masa untuk mengambil alih.Dan pucuk pimpinan dan MT tidak mahu melihat kembali ada perpecahan dalam parti itu sendiri.Itu dalam pandangan positif.

    2.Pandangan Negatif pulak.Kemungkinan Pak Lah ingin melihat berapa ramai yang sokong beliau atau “all my men”semasa pemilihan ketua bahagian yang tidak ditunda.Dari hasil analisa ini Pak Lah mungkin ada rancangan tersendiri bagaimana nak pulihkan sokongannya dengan cara tersendiri.Beliau hanya memerlukan masa sebelum Mesyuarat Agong!.Bagi pihak akar umbi peralihan kuasa ini seperti gimik politik yang tak berkesudahan.

    3.Najib pula perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Muhyidin Yasin.Kerana Muhyidin yang mula mengorak langkah dengan berani sekarang.Boleh kah team Najib berkerjasama dengan team Muhyidin itu.Ini satu lagi persoalan yang perlu dijawab.kemungkinan Najib yang perlukan masa?.

    4.Teka-teki beginilah yang membuatkan calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam keadaan resah dan keliru!.Segala strategi telah diatur tiba-tiba ditunda memang membosankan!.Itu alasan calon yang nak tanding!.

    5.Bagi kita yang jadi akar umbi masih keliru dan kurang faham politik yang melampau di UMNO sekarang.

    p/s:Mamak suka kuih “Serabai”!!!!!!

  2. tokeybelacan

    tidak masuk akal sama sekali keputusan tangguh pemilihan sebegitu lama.percayalah akan berleluasalah gejala politik wang kerana tempoh pemantauan terdapat kerja2 kempen juga panjang dan kebiasaannya kerja2 pemantauan jangka pjg(6bulan) ni kurang berkesan.
    tapi apa yg paling penting, lebih lama paklah di kerusi itu,lebih marah ahli2 yg selama ini memprotes.

  3. sudah terang lg bersuluh umno sudah menuju ambang kemusnahan. mari beramai2 kita seberang ke pakatan rakyat. sebelum kapal umno tu tenggelam.

  4. tubir

    siapa yang sebenarnya bosan ? orang orang biasa didalam umno atau porang orang yang ada cita cita pribadi melebehi hasrat dan nawatu berpati …yang sakit diubat,,,,,yang lemah dipapah…yang tidur dikejutkan…Bukan dibunuh…..wahai orang orang umno (Melayu) umno itu melayu dan melayu itu umno…..tapi tak semua orang melayu masuk dan sokong umno….tapi menompang tuah hasil perjuangan umno.Tapi tak pernah berterima kasih pada umno……Nak harapkan pas ..sampai kesenja lah orang melayu tak habis habis bercakaran ….siapa yang lebih islam ……Buang masa dan karen aja ….Islam perlukan ilmu dunia dan kekyaan untuk ditegakan …kalau kita miskin dan tidak berpelajaran islam akan rebah…dan tak mustahil akan jadi adat sahaja …..fikir fikirkan lah ya …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s