Akui terima habuan seks, PKR pusat mahu Zul dipecat – Malaysiakini

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Lee Boon Chye menggesa kerajaan negeri Perak memecat ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkan sebagai “sedekah.”

Dr. Lee berkata, dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terlibat dalam skandal seks.

“Apabila sesuatu yang tidak senonoh ditawarkan anda seharusnya menolak tawaran itu,” kata beliau selepas merasmikan kempen menderma darah di sini hari ini.

Kata beliau, Majlis Kerajaan Negeri juga wajar menggugurkan Zul daripada keanggotaan dalam Majlis Daerah Perak Tengah dengan segera sebaik apabila ia mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada PKR sendiri akan mengambil tindakan terhadap Zul yang juga ahli parti tersebut.

Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail baru-baru ini membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran Abdullah yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Ketika ditemui selepas membuat laporan di Jabatan Agama Islam, Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa “seks seperti menerima sedekah” dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Kelmarin, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan Zul bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu “kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.”

“Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah,’ katanya.

Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Dalam pada itu, laporan Bernama yang memetik Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamarul Zaman Shaharudin menyebut, kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan.

Beliau berkata, perkataan “seks” adalah contoh bahasa yang mudah dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.

Ketika ditanya sama ada kenyataan itu tidak disengajakan, Kamarul Zaman berkata: “Pada saya itu bukan kesilapan bahasa sebab itu bahasa yang mudah.”

“Mesti dia tahu apa yang dia sebutkan. Kecuali kalau itu perkataan teknikal, mungkinlah… boleh salah,” katanya.

Katanya, perkataan sedekah itu diketahui umum sebagai suatu perkara yang baik dan berharap pihak-pihak tertentu tidak menyalahgunakan perkataan itu.

“Pihak berkenaan mungkin mencari sebab untuk mempertahankan diri (dengan kenyataan itu),” kata Kamarul Zaman.

– Amat memalukan apatah lagi bila seseorang itu beragama ISLAM dan Melayu. Tindakan menerima habuan seks ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan rendah akhlaknya, Bukankah ISLAM melarang seks dan juga rasuah??

Advertisements

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Akui terima habuan seks, PKR pusat mahu Zul dipecat – Malaysiakini

  1. Salam Lebaran..

    Kata orang dulu-dulu
    Terlajak perahu boleh diundur..
    Terlajak kata buruk padahnya..

    Kata orang lama-lama
    Kerana pulut santan binasa..
    Kerana mulut badan binasa..

    Kata orang tua-tua..
    Sesal dahulu pendapatan..
    Sesal kemudian tidak berguna..

    Nafsu ini sebenarnya merupakan pati dalam kehidupan..ditanamkan nafsu dalam diri manusia adalah supaya manusia dapat mengecapi nikmat dunia dan juga menjadi tanda aras keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT..

    Pemimpin yang bertuankan nafsu tidak selayaknya diikuti segala pandangan dan arahannya..ibarat beraja di mata, bersultan di hati..semua yang dibuat tersirat satu niat..memenuhi nafsu semata..dan amatlah menyedihkan melihatkan seorang lagi Melayu yang layu..melupakan hak yang di rumah..demi nafsu serakah..

    Dalam hal ini, tidak timbul soal diperangkap atau tidak..itu dah terkeluar dari chapter BERZINA ini..ini lebih merupakan isu moral..isu yang sering dicanang2 oleh pemimpin pembangkang bahawa mereka merupakan yang terbaik, teradil, terbersih dan teramanah..namun Allah lebih mengkehendaki bahawa bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan daun kelapa..yang busuk itu tetap berbau busuk jugak..semoga PR sedar bahawa tidak ada satu parti di dunia ini yang berhak mengatakan mereka 100% bebas & bersih, apatah lagi telus dan luhur..

    Bukan niat hendak menidakkan Qada’ & Qadar tapi seandainya “mereka-mereka” itu benar2 beriman kepada Allah SWT seperti mana yang dicanang2..maka tak akan timbul soal berzina & diperangkap BPR..sedangkan Nabi Yusuf A.S mampu mengelakkan godaan Zulaikha, wanita tercantik di zamannya..itu membuktikan kekuatan iman yang akan menjadi benteng menentukan samada maksiat mampu dihindarkan ataupun dituruti..dan perlu diingat, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memerintah mengikut akal fikiran, bukan berkiblatkan hawa nafsu..

    Putera sedar mungkin ada yang tidak bersetuju apabila Putera meletakkan sejarah Nabi Yusuf sebagai rujukan kepada kes ini..tapi Putera yakin, dengan pesanan ustaz bahawa kita seharusnya berusaha meletakkan diri kita sebaik2 yang mungkin..dan sehampir2 yang boleh dengan para nabi dan rasul..dan kita dianjurkan supaya sentiasa bermuhasabah diri dan menilai apakah kita sudah berjaya mencapai skala 1/1,000,000 dari kualiti Nabi SAW..Putera takut daripada sejuta umat Islam sekarang, mungkin hanya seorang yang mencapai kualiti itu..dan Putera jugak mungkin jauh dari mencapai skala kualiti itu..Nauzubillahiminzalik..

    p/s: radio pagi tadi ada menyiarkan bahawa kerajaan Perak telah memecat Exco itu..kalau begitu..Alhamdulillah..

  2. tan, tanjong bungah

    Hi semua,

    Saya setuju dan menyokong tindakan diambil terhadap ahli politik yang salah laku sama ada dari segi moral ataupun agama.

    Tindakan tegas mesti diambil oleh Pakatan Rakyat mahupun BN jika terlibat ahli mereka. Ini adalah satu kemajuan positif dalam politik negara supaya rakyat Malaysia boleh berbangga dengan mutu politik dalam negara – janganlah lagi maruah negara dipandang hina oleh negara lain!

  3. AntiPKR

    hah!..baru berapa bulan berkuasa.dan pandai minta seks dah…ini kah keadilan yg korang dok melalak-lalak siang malam 2…xhabis-habis dgn seks je korang ni…habuan seks la, seks songsang la…lepas ni apa lagi, ubat seks, kuat seks, seks rambang, seks cara PKR. Dah menang 2 3 negeri, bukan nak bangunkan negeri yg menang 2, xde apa pun yg korang buat utk org melayu, yg dok kalut nk ambik malaysia apa pasai? 2 3 negeri pun x boleh nk tadbir. Lepas ni boleh minta seks lagi. Parti Seks. Hahaha…

    p/s: kalau dah jahil jgn dok guna agama, nilai2 murni utk tipu pengundi. Xlama pun tuhan nk tunjuk. Balik buat seks dgn bini la bang oi..dok cari puak mkn babi 2 apasal? Atau Pemimpin2 PKR memang suka hal2 babi ni..boleh jadi juga..asyik membabi je..

  4. AntiPKR

    lagi satu yg aku rasa benar tentang pemimpin PKR. Kalau x semua benar pun, kebanyakkan 2 ada la…Pemimpin2 PKR adalah pemimpin yg gila kuasa dan tidak dapat tempat dalam parti2 komponen BN atau PAS atau DAP, so diorang ni dok pulun la kt PKR. Manalah tahu boleh jadi menteri. Kalau bab nk berjuang, membela agama dan bangsa, aku rasa diorg ni tidak benar2 ikhlas. Mungkin ada org PKR yg benar2 ikhlas, tetapi mereka ni yg 2 3 org bawahan je. Yg dok pulun tampal poster setiap kali berkempen.Yg dpt letih je.Yg sedap…paham2 je lah..Eh!lupa nk tanya, pe cerita terbaru ‘HERO’ korang 2? xnk bagi tarikh baru ke? Baik ko cakap nk ambil alih kerajaan pada 32.12.2008. Hah! senang, xde la puak2 yg dok pulun pecaya.Haha…

  5. jgn salahkan kerajaan pakatan coz kerajaan baru dlm mcari pemimpin rakyat yg betul2 boleh buat keje.kes diorong ni tak mustahil kot org umno atau konspirasi

  6. konspirasi…atau org umno lama kot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s