Bunga Melati 5 dibebas, Bunga Melati 2 belum lagi – Malaysiakini

Kapal tangki Malaysia, MT Bunga Melati 5, sebuah daripada dua buah kapal milik MISC yang ditawan lanun di Teluk Aden di perairan Somalia, telah dibebaskan.

Kesemua anak kapal MT Bunga Melati 5 berada dalam keadaan sihat dan kapal itu kini belayar menuju Djibouti (Timur Afrika).

“Di atas kapal ada satu pasukan perubatan dari Kementerian Pertahanan terdiri daripada doktor, pembantu perubatan dan kaunselor,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmmad Badawi selepas rakaman perutusan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini. Abdullah, yang juga Menteri Pertahanan berkata, rundingan untuk pembebasan sebuah lagi kapal, MT Bunga Melati 2 masih lagi diteruskan.

Beliau berkata, terdapat tanda positif berkaitan rundingan itu dan beliau berharap rundingan itu akan mencapai penyelesaian segera supaya kapal berkenaan dapat meneruskan perjalanan menuju ke destinasi lain.

“Saya juga hendak ingatkan keluarga anak kapal supaya bertenang. Kita akan buat apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan keselamatan anak kapal… itu adalah penting,” katanya.

Kapal milik MISC, MT Bunga Melati 2 dengan 39 anak kapal 29 warga Malaysia dan selebihnya warga Filipina dirampas oleh lanun di Teluk Aden di perairan Somalia dan Yemen pada 19 Ogos.

Seorang daripada anak kapal warga Filipina itu terbunuh akibat terkena sebutir peluru yang tersasar.

Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal milik MISC, MT Bunga Melati 5, dengan 36 anak kapal warga Malaysia dan lima warga Filipina, dirampas di perairan yang sama semasa dalam perjalanan dari Yanbu, Arab Saudi ke Singapura.

Malaysia menghantar dua buah kapal perang KD Lekiu dan KD Inderapura, dan sebuah kapal peronda pesisir pantai, KD Pahang untuk melindungi kapalkapal MISC yang melalui perairan itu ekoran kejadian rampasan MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5. BERNAMA

nota: Alhamdulillah, harap anak2 kapal bunga melati 2 selamat da dapat dibebaskan juga.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Bunga Melati 5 dibebas, Bunga Melati 2 belum lagi – Malaysiakini

  1. ida

    alhamdulillah dh selamat…dengarnya melati 2 pun dh bebas jgk!..my brother kt dalam kapal tu..doa2 sihat & selamat la smua kru2 smpi di m’sia…amin

  2. Salam

    Ida..tahniah & bersyukurlah kepada Allah yang menentukan bahawa abang awak selamat dibebaskan dan rasanya itulah hadiah terbaik untuk keluarga awak menjelang lebaran..semoga awak sekeluarga akan lebih menghargai jasa kerajaan..wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s