MT Umno berhak tangguhkan AGM – Malaysiakini

Penangguhan mesyuarat dan Perhimpunan Agung Umno ke Mac depan tidak melanggar manamana peraturan perlembagaan parti, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno berhak menetapkan tarikh Perhimpunan Agung.

“Kalau ikut perlembagaan Umno, kuasa tertinggi adalah Majlis Tertinggi selain Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi berhak untuk menetapkan tarikh mesyuarat-mesyuarat termasuk Perhimpunan Agung dan yang terkini, Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menangguhkannya maka saya tidak nampak bagaimana ia melanggar perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ibu Tunggal dan Golongan Orang Kurang Upaya di sini malam ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu melihat penangguhan berkenaan dalam konteks yang lebih besar iaitu untuk menyelesaikan masalah peralihan kepimpinan dan atas dasar persefahaman kepimpinan, MT memutuskan tarikh berkenaan dan dianggap sesuai dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Diminta mengulas mengenai hasrat bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden, beliau berkata, hasrat Tengku Razaleigh sudah lama disuarakan dan bukan sesuatu yang baru.

“Itu hak dia, kita menghormati hasrat dia hendak bertanding bagi jawatan Presiden, terserah kepada ahliahli perwakilan di bahagian sama ada untuk mencalonkan beliau atau tidak,” kata Muhyiddin.

Kelmarin, mesyuarat khas MT menangguhkan pemilihan dan Perhimpunan Agung Umno ke Mac depan untuk membolehkan peralihan kuasa dipercepatkan daripada yang dijadualkan pada 2010.

Pada majlis berkenaan, Muhyiddin menyampaikan sumbangan RM5,000 oleh Yayasan Pendidikan Cheras kepada Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Sumbangan RM5,000 juga turut diberikan kepada Badan Kebajikan Anak Yatim, Fakir Miskin Dan Balu. – Mstar

nota: memanglah berhak, tetapi keputusan yang dibuat ini disokong oleh seluruh ahli UMNO ker? Keputusan yang di ambil berdasarkan pendapat akar umbi ker?

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “MT Umno berhak tangguhkan AGM – Malaysiakini

  1. anti-keganasan

    Pembunuh demokrasi! Pengamal dasar perkauman yang ekstrim! Pengamal dasar apartheid! Penyokong Nazisme! Penyokong Holocaust! Penyokong kezaliman sesama manusia! Penyokong Osama bin Laden! Penyokong penyembelihan manusia! Penyokong fasisme! KAMI akan laporkan kepada pihak AS supaya Malaysia akan dikenakan tindakan terhadap segala kezaliman yang dilakukan oleh pihak UMNO!

  2. tubir

    hai anti keganasan kau ni budak mentah ..apa yang kau cakapkan tu tak ubah sperti orang mabuk ….dah berapa rami orang bukan melayu yang orang melayu bunuh jangan cakap ikut sedap mulut aja nanti kena santau …..Nak reort dengan US …….US pun tengah nazak sekarang ni ,tak ada masa nak layan aduan kau tu ….US tu cuma kocak kocak air dalam baldi ja nak test markit kat malaysia ni ……cubalah kalau nak tengok ……..orang melayu ni lain sikit ……….orang melayu sabar orangnya ……tapi ada tahapnya …kepada yang cuba cuba main dengan api tu awas nanti terbakar………….orang melayu tak rugi banyak………………..ingat ya!!!!!!! anak anak

  3. ASKUM TAN SRI : JANGAN DITANGGUH LAGI. KAAMI PEMERHATI BEBAS NI DAH TAK MAMPU NAK MENANGKIS SERANGAN PEMBANGKANG SEKIRANYA IA DITANGGUNGHKAN LAGI. PERALIHAN PERLU DISEGERAKAN . MAC. SATU LAGI GALAKKAN PEMUDA DAN PUTERA UNTUK MEMBUKA BLOG-BLOG. SEGERAKAN. KAMI BLOGGERS BEBAS INI MELIHAT TAK ADA ATAU SIKIT SANGAT BLOGGERS DARI UMNO SENDIRI. BERBANDING PEMBANGKANG, MENGGUNAKAN BLOGGERS MEREKA SEPENUHNYA. LETIH KAMI UNTUK MENANGKIS SERANGAN MEREKA WALAUPUN MASIH BOLEH BERTAHAN WALAUPUN TANPA BANTUAN DAN SOKONGAN KERAJAAN. SEGERAKAN TAN SRI DAN BILA TAN SRI DILANTIK SEBAGAI TIM. PRESIDEN UMNO. TENTUKAN LAMAN BLOG INI DIPERBANYAKKKAN DARI KALANGAN PUTERA DAN PUTERI DENGAN MEMBERI PANDUAN / LATIHAN KEPADA MEREKA.

  4. Kuntakinte

    salam, sdr ari formar, teman doakan padangan sedara diterima oleh pimpinan atasan UMNO, tetapi berjuang terus berjuang demi agama bangsa dan negara jangan ikut cara haprak sekor tu anti keganasan, nick name tak selari dengan perangai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s