PAS Bagi AMARAN Lagi – Malaysiakini

Selepas tarikh 16 September berlalu tanpa kejutan, PAS pula mengulangi pendiriannya tidak akan menyertai kerajaan Pakatan Rakyat jika kerajaan baru persekutuan yang dicita-citakan, majoritinya dikuasai oleh wakil rakyat bukan Islam kelak.

Pendirian itu dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Isu-isu Semasa di Dungun, Terengganu minggu lalu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang lebih mengharapkan wakil rakyat Umno menyertai PAS jika mahu membina kekuatan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dipetik Harakah menerusi edisi terbaru bertarikh 29 September (hari ini), Abdul Hadi berkata, apabila jumlah wakil rakyat bukan Islam melebihi kerusi anggota Dewan Rakyat beragama Islam, maka PAS akan membuat keputusan – sedia menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, PAS telah meletakkan syarat agar kerajaan Pakatan Rakyat itu dikuasai oleh wakil-wakil Islam Melayu.

Jika Islam tidak majoriti, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, pembentukan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan disertai oleh PAS.

“PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak mendapat majoriti Islam. Itu syarat pertama,” kata beliau.

Susulan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Barisan Nasional (BN) mempunyai 140 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang pula 82 anggota.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS masing-masing mempunyai 31, 28 dan 22 anggota Dewan Rakyat.

Salah satu parti komponen BN, Parti Maju Sabah (Sapp) telah keluar dan kini bertindak sebagai Bebas di Parlimen. Seorang lagi anggota Dewan Rakyat juga merupakan wakil Bebas.

Idea pembentukan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Rakyat telah diutarakan oleh pembangkang pada 1 April lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan 16 September yang lalu bagi mencapai sasaran tersebut.

Bagaimanapun tiada perkembangan menjelang 16 September, sebaliknya Pakatan Rakyat menerusi Anwar telah meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan dengan pembangkang bagi membincangkan peralihan kerajaan pusat secara aman.

Surat pertemuan itu ditandatangani Anwar, Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kemudian Anwar meminta Abdullah memanggil sidang khas Parlimen pada 23 September.

Kedua-dua permintaan itu ditolak Abdullah dan tarikh baru Pakatan Rakyat membentuk kerajaan ialah 1 Oktober.

Syarat kedua yang ditentukan Abdul Hadi ialah kerajaan yang bakal dibentuk itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh, bermakna terdiri daripada wakil rakyat yang konsisten (istiqamah).

“Kita (PAS) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syarat mestilah kerajaan itu lebih baik daripada yang sedia ada (BN).

“Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih buruh tetap mesti lebih baik,” kata Abdul Hadi.

Pada minggu lalu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi di Kota Bharu bagi membincangkan perkembangan terbaru mengenai sasaran tersebut.

Difahamkan, dalam pertemuan itu Anwar sekali lagi memberi jaminan tidak akan meminggirkan PAS apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru persekutuan. – Mstar

nota: Pening la DSAI….dah janji macam2 ni..satu pun tak tunai…!!! hehehe masak masak!!! Tapi awas…ramai musang berbulu ayam(penyokong kuat Anwar) di dalam PAS….gerakan meliberalisasikan PAS sedang bermula.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “PAS Bagi AMARAN Lagi – Malaysiakini

  1. ml

    cukup lah tu politik.letih dah

  2. Deol Abdul

    Aiyoo … blog macam ini pun ada ka ! Fu-yoo Macam Macam pun ada …

  3. Salam

    Kepada penyokong2 PKR yang sentiasa menghentam UMNO..apa cerita sekarang? Nampaknya ada yang dah tidak senada dalam PR..tahniah jika itu pendirian Pas..jangan di ali-babakan oleh DAP seperti PKR..berjuang kerana Islam..

    Dan mungkin akan ada lagi suara2 yang mengatakan aku berlagak alim..sekali lagi ingin aku tegaskan, aku bukan alim orangnya..sekarang cuba memperbaiki diri dan tidak akan sesekali menegakkan benang yang basah..dan jika UMNO itu kotor dan jijik seperti dakwaan Murid Tok Guru, cuba bagi ulasan sikit pasal statement Hadi Awang nie:

    “Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang lebih mengharapkan wakil rakyat Umno menyertai PAS jika mahu membina kekuatan orang Melayu dan Islam di negara ini.”

    Jika UMNO itu tidak pernah membangunkan Islam, kenapa Pas mahu mengajak UMNO bersatu dengannya..najis tetap najis..kalau UMNO itu kafir, kenapa perlu “berkahwin” dengan seorang lagi “kafir” kerana bencikan kafir yang lain..renung2kan lah..UMNO tidak seburuk yang hanpa sangkakan..

  4. malayamuda

    UMNO fanatik Melayu/ Islam. PAS fanatik Islam. Kedua dua parti ini harus berganding bahu untuk menilai setakat maner kekuatan mereka sebenar nyer.

    Jangan sembunyi belakang buntot bukan Melayu/Islam.

    Berani kerana Benar !!!

  5. Minang Kg Jawa

    Fraksi UMNO dalam PAS bercakap dah. Siapa tak sayang Islam; kalau Islam macam UMNO …. mana lebih bahaya Munafik atau Kafir?

  6. tubir

    hai minang jawa kau cakap biar baik sikit ,Jangan senang senang ja tuduh orang umno kafir ….Kau tuhan ke ? apa yang kau ingat yang berserban berbelit belit tu islam sangat ke ?Belum tentu lagi !!! jangan menilai orang dari pakaian ,,dan jangan menilai orang dari pandai berkata kata ….Putar belit 3-40 hadis ….dan ayat quraan nampak macam alim ulamak …tapi hati busuk nak buat apa …….ini kena tanya nik aziz ……

  7. Big8

    Salam

    Minang Kg Jawa…Adakah semua ahli UMNO munafik? Sempurnakah solat ahli-ahli PAS? Mana yg akan saudara tolong, org UMNO yg saudara anggap munafik itu atau org kafir kesayangan saudara? Jgn kerana membenci nama sesuatu parti sehingga terbawa-bawa kpd perpecahan sesama Islam. Apa alasan saudara memusuhi saudara seislam. Diwaktu yg sama, saudara dan sahabat2 seangkatan bersekongkol dgn puak2 kafir…apa faedah dan tujuan sebenar. Cuba saudara jelaskan kpd saya yg tidak berapa jelas ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s