Peralihan Kuasa: Signal Awal Dari Bahagian Bermula – Malaysiakini

Difahamkan UMNO Bahagian Cheras di Wilayah Persekutuan Ahad malam mengambil langkah pertama kearah peralihan kepimpinan yang ditetapkan pada bulan Mac tahun depan dengan mengistiharkan akan calonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam mesyuarat UMNO Bahagian itu pada 12 Oktober ini.

UMNO Bahagian Titiwangsa sejurus itu mengikut jejak UMNO Bahagian Cheras dengan mengumumkan keputusan yang sama.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Sulaimen Mohamad mengumumkan demikian dalam ucapan mereka di Majlis Berbuka Puasa bersama Ibu Tunggal dan Golongan Orang Kurang Upaya di dewan UMNO Bahagian Cheras di Jalan Peel Kuala Lumpur.

Ia disusuli pula dengan UMNO Bahagian Besut yang mendapat liputan Bharian.

UMNO Bahagian Besut akan mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada mesyuarat perwakilannya pada 11 Oktober ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata cadangan itu dibuat oleh sebahagian besar perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat bahagian.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, katanya, pergerakan bahagian itu akan mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun pada mesyuarat perwakilan Pemuda pada 10 Oktober.

Sementara itu, semua jawatan utama dalam UMNO Bahagian Besut iaitu ketua, timbalan dan naib tiada pertandingan selepas pengesahan calon ditutup kelmarin.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan bakal diisi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad selepas penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin menarik diri.

Apakah akan terjadi dengan pencalonan Tengku Razaleigh. Adakah akan terbahagi kepada 3 pencalonan bagi jawatan Presiden. Ku Li masih belum menamakan regu beliau bagi pertandingan ini manakala Datuk Seri Najib pula masih belum menyuarakan apa2 pendapat mengenai pencalonan beliau sebagai presiden walaupun pada awalnya beliau telah meminta agar cawangan2 agar tidak mencalonkan beliau sebagai presiden.

Pak Lah masih berteka teki. Tanding atau tidak…seawal minggu hadapan baru diumumkan.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Peralihan Kuasa: Signal Awal Dari Bahagian Bermula – Malaysiakini

  1. Salam,

    Too many grassroots leaders in UMNO are only willing to defend rights that are personally important to them.It’s selfish ignorance and it’s exactly why totalitarian UMNO are able to get away with trampling on grassroots members.Freedom in UMNO does not mean freedom just for the nomination and election.Freedom should be empahsize in greater view and level.This Freedom should be for all of us.If the grassroots level leaders not speak up for the grassroots members rights,there will come a day when they will lose their own like right now happening in UMNO!.Remember the sheperd always tries to persuade the sheep intrests and his own are the same!

  2. TOKEYBELACAN

    tahniah kepada bhgn2 yg berani berubah ini.jgn lupa,paklah mungkin akan mansuhkan sistem kuota agar beliau juga boleh pertahankan jwtn presiden.bila kuota dimansuhkan,tempoh kempen pjg,maka paklah boleh guna masa tersebut utk memujuk perwakilan bhgn dgn pelbagai rayuan dan penghargaan awal.oleh itu,ingatlah para perwakilan bahawa anda harus bijak menilai utk jangka panjang!

  3. tubir

    Umno akan berpecah lebih besar sekiranya kedaangalah keperingk dibendung.TMY dengan pandanganya .Naijb pun begitu juga ,Pak lah pun sama…..Apa saja cakap pak lah orang kuatdi dalam umno cuma angguk didepan tapi dibelakang cakap macam macam.Semua dah tamak gila jawatan dan wang…….INGAT umno ni harta mak bapak kau orang punya ke ingat ingat lah sikit.Umno dah tua …tapi parti umno tak nanyok ….yang nanyok adalah pemimpin parti…..Buang semuapemimpin yang ada sekarang ,bermula dari peringkat bahgian ,cawangan ,dan majlis tertinggi…..dia orang ni semua dah karut…..tamak ..dan dah kurang maruah diri ..dek kerana jawatan ……….Ingat lah pemimpin umno anda ada tugas besar yang belum selesai …..Jika umno berpecah dan hancur melayu akan susah ….tiada parti lain selain dari umno boleh membela nasib orang melayu ….Walaupun saya bukan ahli umno tapi saya mengikuti setiap perjalanan umno ….keluarga saya semua nya ahli umno johor ……..dimana umno itu dilahirkan ……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s