Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang, Ampang Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung laman ini. Sekiranya terdapat nukilan yang menyebabkan hati tersentuh, sepuluh jari disusun mohon maaf. Semoga Ramadhan yang akan berlalu memberi kita keinsafan dan rahmat.InsyaAllah. Bagi para pengunjung yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya.
Salam Mr Moderator dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang, Ampang Selangor ,
Selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI 2008. Begitu juga teman-teman bloggers yang beragama Islam sekalian. Maaf Zahir Batin.
Salam Lebaran khususnya kepada Mr. Moderator yang tak jemu2 membaca dan menampal komen2 bloggers sekalian
Buat Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..terima kasih kerana membuat satu platform ilmu yang berguna untuk panduan generasi muda..semoga terus aktif selepas ini
Untuk kesekian kalinya..buat rakan2 seperjuangan Abang Tuah, Kuntakinte, Mamak Haji, Mok, Bakal PM, Apai Ngelai, Big8 dan lain2 yang tak jemu2 menyumbangkan buah fikiran dan pandangan yang bernas..teruskan perjuangan selepas Aidilfitri ini..Berhati2 memandu ketika menziarahi sanak saudara..jangan lupakan mereka yang kurang bernasib baik & sedekahkanlah Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada..Putera pohon kemaafan sekiranya sepanjang penglibatan Putera di sini, tidak banyak yang dapat Putera sumbangkan..namun semangat kalin semua amat Putera sanjung dan banggakan..
Buat semua yang tak sekutu & sebulu dengan kami pemuda-pemuda UMNO..Selamat Hari Raya jua..& maaf atas segala kekasaran yang mungkin timbul akibat kegagalan Putera mengawal amarah..sungguh pun sedemikian, Putera tetap menganggap pembangkang2 Melayu beragama Islam sebagai saudara seagama..cuma diharapkan kesempatan yang akan datang, lebih terbuka hati agar dapat menilai kembali kebaikan yang telah dinikmati hasil perpaduan orang Melayu sedikit masa dahulu..apa pun semoga segala yang terbentang di hadapan mata dapat dijadikan ikhtibar & pedoman untuk hangpa semua kembali ke pangkuan UMNO..INSYAALLAH
Selamat Hari Raya 2008 & Maaf Zahir dan Batin!!!
Salam
Selamat Hari Raya kepada brader Penyapoo & Ikan Kecil jugak..lama tak dengar cerita Ikan Kecil..hehe sibuk buat lemang kot..
Salam,
P/S:
Selamat Hari Raya untuk Moderator dan UMNO Pemudaenggang,Abang Tuah,Kuntakinte,Sekupangduas,Putera81,Mok,Bakal PM,Apai Ngelai,Big8,Yeop,Battle ship,Attasichi,penyapoo,Ikan Kecil,Penangkia,Kerisilau,Nadrah,Taukebelacan,Ketua PKR dan lain-lain blogger.Dengan Mamak Haji Mohon maaf sekiranya ada komen mamak telah terguris hati sesiapa,”Tujuan perdebatan ialah bukan untuk kemenangan,tapi untuk kemajuan Islam dan Bangsa Melayu yang kita cintai”.Mamak juga menyusun sepuluh jari Mamak sekali lagi mohon kemaafan kalau Mamak terlanjur dalam komen Mamak!.Kita bertemu kembali selepas Hari Raya Aidil Fitri ini!.
Nasi Kandaq kedai Mamak,
Anak mami juai pasemboq,
Lepas Raya usah dok teriak,
Kalau kena lagi semboq!
Ha!ha!Ha!……
“I disapprove of what you say,but I will defend to the death your right to say it”. -Freedom of speech.
Salam lebaran Moderator dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang
Juga xlupa ucapan ini ditujukan kpd sahabat2 (AbangTuah,Kuntakinte,Sekupangduas,Putera81,Mok,BakalPM,ApaiNgelai,MamakPenang,Yeop, Battleship,Attasichi,penyapoo,IkanKecil,Penangkia,Kerisilau,Nadrah,Taukebelacan,Ketua PKR dan lain-lain blogger yg sentiasa mencetuskan pendapat2 yg bernas, supaya kita sama2 dpt memuhasabah diri. Semoga perlakuan kita diredhai Allah. Kesempatan ini saya memohon kemaafan dari sahabat2 pembaca sekalian sekiranya sepanjang penglibatan Big8 di sini telah menyinggung perasaan atau rasa tidak senang saudara2 pembaca sekalian. Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin.