MP Kapar sah mahu letak jawatan PKR Selangor – Malaysiakini

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan yang beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Timbalan Badan Perhubungan PKR Selangor ekoran tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)merobohkan sebuah kuil bulan ini.

Wakil rakyat itu berkata, beliau telah membuat pendirian untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut jika pucuk kepimpinan negeri gagal menangani isu berkenaan.

Bagaimanapun Manikavasagam berkata, beliau belum lagi menyerahkan surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, sebaliknya mahu memberi masa kepada Pengerusi PKR negeri itu mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai kanan MPAJ.

Selain itu beliau mahu kuil berkenaan dibina semula.

“Saya akan tunggu, saya akan tunggu… saya hendak melihat apa tindakan Menteri Besar ke atas MPAJ. Lepas itu saya akan muktamadkan keputusan saya,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Mengenai tempoh yang akan diberikan, Manikavasagam berkata, “kita tunggu sehingga selepas sambutan Aidilfitri ini, mungkin minggu depan.”

“Tak perlu tunggu sebulan…,” katanya.

Manikavasagam mengakui bahawa masyarakat India kini marah dengan tindakan MPAJ merobohkan kuil berkenaan di sebalik janji kerajaan Pakatan Rakyat.

“Selain merobohkan kuil itu, kami difahamkan notis untuk merobohkan beberapa kuil sudah dikeluarkan.

“Apa yang kami hairan ialah tindakan MPAJ diambil tanpa pengetahuan Majlis Kerajaan Negeri sedangkan surat pekeliling sudah dikeluarkan bahawa jika ada kuil atau rumah ibadat hendak dirobohkan perlu dimaklumkan kepada Exco terlebih dahulu,” katanya.

Sehubungan itu, kata Manikavasagam, beliau mahu tindakan diambil ke atas Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Pengarah Penguat Kuasa MPAJ kerana ingkari arahan kerajaan negeri.

“Jika tidak saya akan letak jawatan (sebagai Timbalan Pengerusi PKR).

“Saya sebagai Timbalan Pengerusi PKR, yang turut bertanggungjawab atas hal ehwal masyarakat India, berhadapan dengan situasi masyarakat India marah dengan tindakan MPAJ, kerana sebelum ini kerajaan negeri sudah berjanji tidak akan merobohkan rumah ibadat,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau belum menemui Menteri Selangor sehingga petang ini.

“Jika Menteri Selangor memanggil saya, saya akan menemui beliau,” katanya sambil menambah, Setiausaha Politik beliau sudah memaklumkan Pejabat Menteri Besar mengenai pendiriannya.

Beliau mengumumkan pendiriannya di Kulai kelmarin dan mahu menyerahkan surat kepada PKR Selangor hari ini.

Blognya juga ada menyebut secara ringkas mengenai keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri.

Sambil mengesahkan mesej yang disampaikan di Kulai, blog tersebut berkata: “Saya bukan seperti pemimpin-pemimpin lain memegang jawatan meskipun tahu penolakan Rakyat.”

Dalam pada itu, pemimpin kanan PKR pusat ketika dihubungi berkata, keputusan Ahli Parlimen berkenaan masih belum muktamad.

“Perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Besar Selangor (yang juga Pengerusi PKR Selangor),” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Sebelum kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan telah memberi jaminan tidak akan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan dan Ketua Penerangannya, Tian Chua menafikan yang Manikavasagam telah keluar parti.

Kata mereka, memang ada SMS sedemikian tetapi menafikan Manikavasagam telah keluar daripada PKR.

Gobalakrishnan berkata, beliau yakin Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatan.

“Saya ada bercakap dengan beliau dua hari lalu, jangan percaya pada SMS ini,” katanya.

“Saya tidak tahu mengenainya dan tidak percaya beliau akan berbuat demikian,” kata Tian Chua. Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar mengesahkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik dirobohkan oleh MPAJ awal bulan ini walaupun dinafikan pemimpin PKR sebelum itu.

Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan MPAJ merobohkan Kuil Sri Mahakaliamman tanpa kebenaran kerajaan negeri. – mstar

nota: Takkan roboh kuil terus nk letak jawatan. Tunggu la dulu, dapat penerangan dulu dari MPAJ.

Advertisement

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “MP Kapar sah mahu letak jawatan PKR Selangor – Malaysiakini

  1. zackdanial

    Kerbau2 yang berkerja dgn MPAJ adalah org2 Umno . Jgn buat tak tahu pulak . Kerajaan Negeri mmg tak keluarkan arahan roboh tapi kerbau2 kat MPAJ yang berbuat demikian . Gerai2 Haram kerbau2 tak robohkan kerana pemilik kedia sentiasa bagi rasuah . Kuil mana ada bagi rasuah , so mmg lah kerbau2 rajin robohkan .

  2. Why Cares

    Can we just retire off the MPAJ officers that displayed ‘clear defiance which reeks of sabotage’ ?

    Let the old BeEnd ‘s MOLES fade away for their own sake.

    They are like cancerous cells !

  3. Equaliser

    zackdanial,

    Ha ha ha I suka u punya comment. KERBAU – itulah perkataan paling sesuai untuk binatang- binatang yang kerja kat MPAJ dan lain-lain majlis seumpamanya yang tunjuk terror kepada yang lemah.

  4. tubir

    Kuil tu didirikan ditanah kerajan tampa permit atau kelulusan ……Ini lah cara untuk dilihat dan mendapat kelulusan dari kerajaan………Dah lama ia bermula sekitar tahun 97 lagi.mula bawa barang barang masuk sedikit demi sedikit .Kita kena lihat apa yang sebenarnya yang di hajati oleh orang orang tertentu .Kepada sesiapa yang sering lalu dan masuk kekawasan sekitarnya tau apa yang berlaku dan bila ianya mula berlaku cuma kita buat diam ja …….nak tengok sejauh mana rentak dan tarinya ………….sekarang ni masa yang tepat….kepada adun kapar tak payah lah nak letak jawatan ………..nak buat gimik ja ………mesti lulus punya kuil tu………..hemmmmmm

  5. hahhahaha kerbau, dulu apa? parpu?

  6. tubir

    Sebab itulah kerajaan suruh daftar semua rumah ibadat termasuk surau dan misjid. Kita tak mahu perkara seperti ini berlaku .nak buat memang senang jumpa ja pokok dan batu ke boleh buat…tak kira lah tanah kerajaan ke atau apa pun …bila kerajaan ambil tindakan ..kata kerajaan kejam …….NI siapa yang cetus kekalutan …..buat dulu mohon kemudian ……..bila tak lulus dan kena roboh merika bising bising …..perkara seperti ini sering berlaku ……..kerajaan tempatan atau jabatan kerajaan kena bertindak tegas….jangan takut pada golongan yang menanguk diair yang keruh ni.Malaslah nak cerita nanti ada yang sakit hati ………lihatlah sekeliling kita dan rakam apa juga gambar dan simpan ………..mungkin boleh dijadikan bahan bukti satu hari nanti …………

  7. pirut

    macam mana nak roboh gerai haram, time nak roboh ja puak puak PKR dtg buat rusuhan siap nak begaduh lagi…aloo kawan sapa yg undi Pas PKr ko tau ke?…mana la tau dalam MPAJ tu seua undi Pas Pkr.. ni la dia bodoh tak bole di ajar pandai tak bole di ikut…

  8. tubir

    Kan saya dah katakan kuil tu akan dapat kelulusan dan tempat baru dari kjn selangor .lepas ni buat lah lagi kat tempat lain pulak ya .HEMMMMMM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s