Umno hukum 10 ahli termasuk 3 tahun digantung – Malaysiakini

Lembaga Disiplin Umno memutuskan seramai 10 ahli parti itu bersalah kerana terbabit dengan rasuah politik dan sabotaj parti.

Seorang daripada yang tertuduh diberi amaran manakala sembilan anggota lain dikenakan hukuman digantung keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan bermula 22 September lalu.

Tertuduh yang terbabit terdiri daripada ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.

Senarai ahli diputuskan hukuman

  • A. Malek Daing A. Rahaman (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2, 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Mohamadon Abu Bakar (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Musa Ngaman (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Muszaide Makmor (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Mohammad Taha Madon (Kota Tinggi) – Perkara 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Datuk Mohd Zain Ismail (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Ghazali Ismail (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Fauzi Omar (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Pauziah Che Wook (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Datuk Ismail Hassan (Tanah Merah) – Perkara 5.1.2 & 5.5, dan Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno

A. Malek merupakan individu yang mencabar Datuk Seri Syed Hamid Albar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi.

Kecuali Mohammad Taha, tertuduh yang lain dikenakan hukuman digantung keahlian selama tiga tahun.

Kes sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno dan rasuah politik pula diputuskan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli Umno.

Ahmad Rithauddeen berkata, keputusan itu adalah hasil daripada persidangan Lembaga Disiplin pada 22 hingga 24 September lalu.

Tahun 2008 merupakan tahun pemilihan parti.

Cawangan-cawangan Umno telah mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan Julai hingga Ogos manakala persidangan perwakilan bahagian akan bermula 9 Oktober ini.

Berdasarkan siasatan atau pendengaran pertuduhan, statistik aduan yang diterima secara keseluruhannya adalah sebanyak 475.

Berikut adalah butiran statistik aduan diterima dan diambil tindakan

Jumlah keseluruhan aduan: (475)

Jumlah aduan telah disiasat (Panel Penyiasatan): 115

Jumlah aduan belum dimulakan siasatan: (49)

Jumlah aduan perlu dokumen tambahan (Borang A): (38)

Jumlah aduan kategori tiada tindakan lanjut (NFA): (85)

Jumlah aduan bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin: (74)

Jumlah aduan baru: (110)

Disimpan untuk perhatian: (4)

Jumlah aduan telah disiasat (Panel Penyiasatan) dan didapati tiada kes prima facie: (22)

Jumlah kes telah didengar (tribunal Lembaga Disiplin): (10) – mstar

nota: Baguslah kalau macam ini. Tapi lagi bagus kalau keputusan dibuat dengan lebih cepat. Janganlah dah habis cawangan2 bersidang baru nak keluar keputusan. Sebenarnya lebih elok kalau Jkuasa disiplin lebih proaktif. Jangan hanya tunggu laporan baru nk siasat. Pasang lah mata-mata kat Bahagian.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Umno hukum 10 ahli termasuk 3 tahun digantung – Malaysiakini

  1. Ahmad Ismail yg memalukan Najib dan Abdullah dan lain lain?

  2. tubir

    Kenapa nak gantung …..buang saja orang seperti ini perosak bangsa ….bangsat kaprak ….sial harambejadah …………ada banyak lagi didalam umno tu cuma tak tertangkap ja lagi .

  3. tubir

    Amoker napa dengan ahmad ismail? apa yang dia dah buat sampai najib dan paklah malu sangat………betul pa yang dia cakapkan tu ………najib dan pak lah yang lemah tulang serangka.tulang dah kosong…..tiada isi harap kan besar ja .

  4. AntiPKR

    En Tubir..

    Saya paham perasaan saudara, saya paham semangat saudara, tahniah kerana memiliki semangat sedemikian. Cuma saudara perlu ingat, jgn terlalu ikut perasaan, jgn terlalu ikut amarah saudara, bebanyak istifar. Ingat Allah. jgn ikut perasaan mcm perjuangan sesetengah parti. Berjuang menegak keadilan, menegak agama, habis org seagama pun dia bantai. Ini bukan tuntutan agama kita. jgn mempermudahkan tugas musuh Islam utk menghancurkan Islam. Jgn kita bergaduh sesama Islam. Jika mampu, kita cuba elak sedaya upaya. Semoga saudara2 ku yg membenci sesama Islam akan sedar sebelum terlambat.

  5. pemerhati

    terharu pun ada dgn kisah pengantungan 9 ahli umno…..eh…apesal dah zaman leni?cuba renubg….1..dlm suasana saat nak sanbut hari raya sibuk dok gantung keahlian umno…esh…mcm penting sgt seolah nak warwar org ni hebat sabgat kalo tak siar sebelum raya pasti akan jadi ape ekk…bodoh la cm ni…..2…..sesama umat islam…3…..sesama dlm parti umno….4……cuba kaji lah dulu apa betul sabotaj atau sekadar nak cantas konon seseorang yg takut pada bayang2 sendiri….sy sbg pemerhati rasa terkilan la….kalo mcm ni dlm parti nak jatuh kan sesama sendiri mcm mana lah parti umno sendiri nak terus aman…..cuma la fikir…jgn kerana fitnah boleh menjatuhkan maruah 9 org ini…kaji lah duluuu…..mari sama2 fikir apa matkamat org yg buat fitnah ini?

  6. pemerhati

    menyampah dengan kerja org yg suka menabur fitnah…..

  7. pemerhati

    kita org melayu dulu saling sefahaman..kini sesama melayu bergaduh, jangan kata sesama melayu yg lebih memalukan sesama parti umno. kalau mcm ni mcm mana nak bersatu padu? sikit lago kaum lain akan gelak sampai guling guling bilamana parti umno semakin nak tumbang semakin nak berpecah belah….sy risau jika suatau hari parti umno akan berkubur..dan paling ditakuti jika nanti dah berkubur batu nesan umno di sepak terajang oleh kaum lain….kita org melayu marilah bersatu padu….kesian anak warisan kita kelak kerana nenek moyanh telah tiada tiada pula bangsa melayu……ayuh org melayu mari kita sedarkan org melayu di malaysia ini bahawa kena bersatu….ingat jgn menabur fitnah sesama bangsa…kaum lain ketawa terbahak2. cuba ingatkan kesilapan org atasan sana tuh…nak gantung 9 ahli umno tu memang tak patut….sy sebagai pemerhati dah pun lihat inti pati sebab2 di gantung..masyaallah..tidak masuk akal lah nak kena gantung keahlian…..begini sajalah..cantas mencantas ni kerja org umno yg tak puas hati…nak sy nyatakan…..ahli perniagaan yg di gantung tu sebenarnya org yang paling banyak membantu dalam parti….tidak wajar di dikatakan ada masalah disiplin. anda semua tak kenal siapa ikmal hisham abd aziz tu…siapa ali akhbar mayim tu….kalo anda nak tahu sila tanya kepada vateren umno kelantan khasnya di tanah merah la siapa manusia hipokrik tuh. sama jga dengan ketua bahagian rantau panjang..kesian la . kalo mcm ni sikap org yg tanpa soal selidik yang sahih membuat hukuman, maka hancurlah umno…….dan mungkin kelak 9 org tersebut rasa amat keciwa sekali…….jgn nanti mereka ucapkan good bye sayonara umno sudahlah……renungkan lah………..

  8. pemerhati

    salam buat en tubir……anda sebenarnya suka cakap hentam belakang, mcm org tak punya otak. kalo nak ngata org cuba kenali dulu siapa org yg anda nyuruh buang terus 9 ahli umno tu dari di hukum gantung ahli. wi……tubir ko kena tau apa matlamat org suka cantas org. kao kena gi tanah merah, gi rantau panjang ko caro makhluk yg buat fitnah kpd 9 org ni. baru kau nganga sebab org yg menabur fitnah tu sebenarnya penghianat bangsa. cilako la ikmal hisham dan dollah cina rantau panjang.penyangak bangsa melayu. dia sebenarnya politik kotor..main secara kotor.manusia mcm tu kalu masih ada org nak dengar fitnah dia maka tak siuman lah org melayu kelak…dia bukan boleh jadi ketua bangsa..dia pengkhianat bangsa melayu…..nak je aku meraung kat atas gunung supaya semua org tahu siapa sebenarnya pengkhianat parti umno. mampus je lah dia. kepada 9 ahli umno bersabarlah….kelak anda mendapat balasan……kejeujuran anda terhadap perti diucapkan jutaan terima kasih. semoga saudara saudari akan mendapat pujian selepas ini,,,dan kepada pengkhianat bangsa……anda perlu bertaubat la. sayangi lah bangsa melayu kita ini….anda bertanggung jawab perbetulkan nasib 9 ahli u,mno.jika tidak allah melaknat anda yg menabur fitnah.

  9. anak melayu

    politik memang kotor….
    kalau ikmal hisham tu pengkhianat bangsa, sama lah jugak dgn dato’ ismail hassan yang sanggup buat apa saje untuk adiknya dato’ shaari…….org2 politik semuanya sama je, tak perlu menuding jari pada sesiapa pun sbb ini lah dunia politik…..tikam sesama sendiri, kawan makan kawan…….semuanya demi kuasa dan nama…..

  10. daud

    salam untuk anak melayu..
    amboi2 sedapnya buat kenyataan.. mu kenal ke dok dato ismail n dato shaari tu. jangan main tuduh jah. semua ni satu konspirasi untuk jatuhkan mereka tu. yang naik tahun ni pun bukanya betul sangat. piiiiiiirahhh

  11. anak melayu

    daud budiman…..
    sape yang betul, sape yang salah hanya Allah yang Maha Mengetahui……
    semoga semuanya dilindungi olehNYA……

  12. sihai

    Datok Najib,
    Datok Muhyidin,
    Datok Pa,

    saya telah menetap di rantau panjang, kelantan hampir 35 tahun. dalam hidup bermasyarakat, saya sering minum kopi diwarung dan boleh dikatakan disetiap pelusuk rantau panjang, kelantan. dulunya saya ni penyokong kuat parti pas dan setelah lama perhati dari dekat, saya selalu dibuat macam tunggul dan menunggu janji kosong akan bantuan kerajaan pas yang ingin membantu saya dalam membimbing urusan yang tidak saya ketahui(berkaitan kerja kampong). dalam saya menunggu janji dengan parti pas ini, saya tertarik dengan individu bernama Datok Saari Mathusin yang saya dengar suka membantu orang susah macam saya. dalam pada itu, saya berjumpa lah dengan Datok Saari Mathusin untuk minta bantuan yang saya dah mohon dengan parti pas sebelum ni. dalam perhatian yang telah saya nampak, orang kuat dia pun tak napak berjaya pun, apatah lagi orang macam saya ni.
    Lepas tu pulak, dalam saya minum kopi disekitar kampong di rantau panjang ni, saya banyak dengar orang berpakat untuk mengkianat Datok Saari ni, saya pun cuba tra tanya sedikit sebanyak berkaitan perkara pakatan tadi tu macam mana. apabila sudah dengar cerita tu, saya pun terpikir lah pulak kenapa orang kuat Datok Saari pun tak senang, kumpulan Cik Mat Jeng dan jugak cikgu jali rupanya suruh orang kampung untuk buat huru hara di rantau panjang ni supaya umno rantau panjang ni digantung. dengar ko crito tu pulok, dia nak suruh umno sini digantung biar umno negeri ambik alih sebab kata nya Datok Muhyidin dengan cikgu deris tu orang dia dah akan kabir kalau umno sini keno gantung. saya pun jadi pelik lah dalam umno ni pulak sebab masa saya ada dalam pas dulu macam lain. rupanya dalam umno ni banyak dok makan sama sendiri. jadi macam lah saya nak yakin dengan umno?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s