Umno cabar Anwar umum nama MP BN – malaysiakini

Umno mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa telah menyatakan sokongan untuk melompat ke perikatan pembangkang itu.

“Nampaknya drama Penasihat (Parti Keadilan Rakyat) PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hari semakin tidak ada penghujungnya.

“Sepatutnya ‘drama’ tersebut berakhir pada 16 September lalu, tapi nampaknya kena disambung lagi. Itupun tidak tahu bila?” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini.

Pada 1 April lalu, Anwar mengumumkan pembentukan Pakatan Rakyat dan sekali gus menetapkan 16 September sebagai tarikh membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun Isnin lalu, Anwar hanya mengumumkan pihaknya sudah ada cukup anggota untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan peralihan kerajaan secara lancar dan aman.

Abdullah telah menolak permintaan itu dan satu lagi permintaan Pakatan Rakyat, yang mahu Parlimen mengadakan sidang khas pada Selasa ini – yang hanya boleh dibuat dengan arahan Perdana Menteri.

Malah, Abdullah juga telah meminta supaya Anwar dan Pakatan Rakyat mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang telah pun menyatakan sokongan kepada mereka.

Oleh itu, kata Muhammad yang juga anggota Kabinet, bagi menamatkan ‘drama’ tersebut, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk umum atau mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang kononnya telah bersetuju menyertai pembangkang.

“Tempoh 48 jam itu bermula semalam, Sabtu dan menjelang Isnin jika benar ada Anwar perlu mengumumkan nama-nama tersebut,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu memberitahu, Anwar terus memainkan sentimen rakyat dengan menggembar-gemburkan isu Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Pusat, sedangkan “ia hanyalah lakonan semata-mata.”

“Kita cabar siarkan dalam tempoh 48 jam ini, siarkan kalau betul ada angka seperti mana yang dia dakwa, apa dia nak takut-takut,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Muhammad mengakui, memang Umno dan BN tidak menafikan ada seorang dua yang akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi jumlah itu tidak sehingga parti pembangkang boleh mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan.

“Saya ingat yang nak ‘lompat’ pun dua tiga orang sahaja daripada parti yang telah mengumumkan keluar daripada BN, yang lain tak ada.

“Ada pula timbul cerita, kononnya Anwar akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jika mendedahkan nama-nama ahli BN terbabit merupakan satu lagi gimik Penasihat PKR itu sambil menyifatkannya seperti ‘macam budak-budak’,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Muhammad, beliau berharap rakyat dapat menilai sendiri tindak-tanduk Anwar yang terus menggambarkan keadaan ekonomi dan politik negara ini sedang bergolak sehingga boleh melemahkan serta mencemarkan imej negara.

Tegasnya, rakyat perlu berhenti daripada melihat ‘drama’ dan mempercayai pelbagai spekulasi yang dibangkitkan pembangkang terutamanya Anwar dan memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk memimpin negara ini selepas diberi mandat sekali lagi pada pilihan raya Mac lalu. – mstar

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Umno cabar Anwar umum nama MP BN – malaysiakini

  1. umNOO!

    He..he..
    Apa ke bengong nyer Umno ni(maaf…ditujukan buat pemimpin bukan kpd penyokong ye!). Jgnla ingat org lain pun bengong mcm korang yg dah bengong tu. Ada ke buat taktik tahan ISA klu umumkan nama tu… Dei…otak letak kat kepala lutut ka! Takkan sendiri pun takbleh pikir kot pasal apa org tak dedahkan nama tu awal2. Lawak..lawak

  2. tubir

    tak payah nak cabar ketua pembangkang dan ketua pembohong pakatan rayaat ni ,Kalau betullah dia ada nama dan angota yang cukup dah lama dia buat .bukan kita tak tau perangai anuar ni gelojoh tak habis habis dari dulu lagi sehingalah kini,satu malaysia dah tau Ini termasuklah kawan kawan baru nya dalam pakatan.Tapi merika semua diam ja kerana beliau digunakan untuk kepentingan parti parti masing masing.ketua pembangkang ni memang tidak dinafikan memang pandai berhujah dan pandai memutarbelitkan isu sema …..beliau ni rajin buat homwork .Ialah homwork untuk rasuk pemikiran rayaat.Kenapa beliau mendapat sokongan dari kaum cinadan india ? Itu senang saja Kita cuba ingatkan apa yang anuar janjikan kepada dia orang semua .Bukan kah ia sesatu yang menarik.Dan kenapa pula orang melayu memberi sokongan kepada anuar? golongan ini telah terpengaruh dengan masa lampau beliau didalam kerajaan.Beliau ni merupakan sebutir bintang yang akan menyinar disatu hari nanti jika beliau bersabar dan tidak gelojoh.Nampaknya beliau gagal beliau terlalu extrim dengan cara pemikiran beliau.Beliau masa itu berdarah muda …..dan telah dilantik sebagai TPM.Saya tidak akan menyentuh tentang sodomi dan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dimasa lampau ,itu antara beliau dengan allah.Allah maha adil dan bijaksana….hanya segelintir orang melayu bersama beliau itu pun golongan muda .ingatkah anda beliau pernah menjadi menteri pelajaran ?Apa yang beliau rangkakan amat meningalkan kesan kepada pemikiran pelajar .Dan sekarang ini pelajar tersebut telah diwasa dan ada diantara nya terpelajar .Sebab itulah sistem pelajaran ini penting digarap dengan hati hati kerana ia nya akan memberi kesan jangka panjang,sesatu sistem pelajaran itu tidak akan menunjukan kesan didalam satu dua tahun .kesan nya adalah jangka panjang.
    Berbalik soal diatas saya rasa anuar tidak mempunyaai sokongan yang cukup untuk menubuhkan kerajaan oleh yang demikian pihak kerajaan yang memerintah jangan peduli apa yang beliau katakan lantaklah ,penat nanti beliau akan berhenti …….Kerajaan kena teruskan dengan kerja membantu rayaat dan kawal kedaan dengan baik .buat masa ini sokongan pada anuar ni menurun yang sebenarnya .iaakan terus menurun dari masa kemasa jika BN pandai mengemudi kedaan dan berindak pada masa yang tepat .Tak payah pakai isa nak lawan anuar ni ……gunakan sekologi songsang sudah memadaai untuk melawan beliau .selamat mencuba .Kalau tak tau bertanya ya !!!

  3. tubir

    Sebab tak ada nama yang nak melompat la tu. cakap kosong ja ……..rayaat dah mulam bosan

  4. Big8

    Salam

    umNOO!

    Bagus lah kalau saudara jenis manusia yg boleh berfikir. Saudara boleh fikir kenapa DSAI xnk umum nama. Kemudia buat spekulasi yg xtentu sahih. ISA lah ape lah..kenapa saudara xfikir, kenapa DSAI dok heboh2 pasal nk ambil alih kuasa. Kemudian dok heboh sudah cukup Ahli Parlimen yg nk lompat parti. Tapi xlompat2 pun..Mungkin parit yg nk dilompat 2 luas sgt kot, takut jatuh..hehe..Kalau DSAI benar2 berkemampuan mengambil alih kerajaan, dia akan laksanakan tanpa sebarang alasan. Ingatlah, orang yg banyak alasan adalah org yg kuat menipu.

  5. yico

    dah terbukti kepimpinan UMNO dlm mentadbir krajaan banyak membantu rakyat menaiktaraf pendapatan dgn mewujudkan pelbagai bidang lebih-lebih lagi didlm sektor pertanian.PKR buat apa?lu pk lah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s