Daily Archives: October 3, 2008

Tindakan Hindraf boleh gagal rundingan bebas tahanan ISA – Malaysiakini

Tindakan Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyerbu rumah terbuka Aidilfitri Perdana
Menteri dan menteri boleh menggagalkan rundingan bagi membebaskan lima pemimpinnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil melahirkan rasa kecewanya, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan kira-kira 1,000  penyokong Hindraf menyerbu rumah terbuka itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PwTC), Kuala Lumpur kelmarin boleh menyebabkan segala rundingan antara MIC dengan kerajaan bagi membebaskan lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di Kamunting gagal.

Katanya, kerana taksub untuk menjadi ketua, terdapat pihak yang sengaja menjadikan perkara itu sebagai isu dengan tujuan supaya kelima-lima tahanan
terbabit terus ditahan.

“Sebenarnya ada pemimpin yang akan tertekan sekiranya tahanan ini bebas, segala penipuannya yang dijalankan semata-mata ingin menjadi ketua yang
disanjungi dan dihormati akan berkubur.

“Saya mahu semua kaum India yang menganggotai kumpulan ini berhenti mendengar segala nasihat dan tohmahan yang dikeluarkan pemimpin kumpulan ini serta meninggalkannya,” katanya seperti laporan Bernama.

Samy Vellu turut mencabar pemimpin Hindraf P  Waythamoorty, yang berada di London, untuk kembali ke tanah air dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya mengenai semua persoalan
termasuk wang hasil kutipan Hindraf selama ini.

“Jelaskan kepada mereka (pengikut Hindraf), adakah permergiannya ke London untuk menuntut hak RM1 juta untuk semua pengikut Hindraf atau menghabiskan semua duit anggota kumpulannya yang dikutip dan lari ke sana,” kata Samy Vellu.

nota: kesian pengikut Hindraf……buat hal kat sini, ketua dia Waythamoorty di London sedang bersenang lenang…….alahai bagusnya melancong dengan gunakan duit kutipan dari orang ramai

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

1986- Gambar Kenangan Anwar Ibrahim Menang KP UMNO – Malaysiakini

sila klik utk imej besar. Arwah ayahanda penulis berada paling kiri gambar selaku timbalan pengerusi tetap pemuda umno Malaysia 1986.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hindraf keterlaluan – Malaysiakini

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mengutuk keras dan menyifatkan perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Islam sebagai keterlaluan, biadap dan menghina kesucian 1 Syawal.

Sambil membayangkan tindakan pertubuhan haram itu didalangi individu tertentu dengan tujuan menghancurkan perpaduan negara, mereka meminta kerajaan bertegas dan tidak melayan tekanan daripada kumpulan yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perbuatan kumpulan berkenaan adalah menghina perayaan besar umat Islam, tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan tujuan mereka menimbulkan kekecohan dalam suasana Perdana Menteri dan rakyat jelata meraikan 1 Syawal, seolah-olah cuba memberi gambaran negatif bahawa mereka langsung tidak mendapat peluang bertemu Perdana Menteri pada hari lain.

Katanya, insiden itu dikhuatiri didalangi pihak-pihak tertentu dengan mempergunakan suasana perayaan dan kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengganggu serta memberi imej buruk kepada negara luar.

Beliau berkata, kejadian itu bukan menunjukkan perjuangan tulen tetapi mengambil kesempatan merosakkan imej negara selain memberi gambaran seolah-olah Malaysia tidak mengamalkan budaya tolak-ansur.

“GPMS meminta kerajaan supaya jangan melayan mereka kerana Hindraf bukan pertubuhan sah. Mereka patut dikenakan tindakan, tidak kisah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang lain.

“Biar ia menjadi pengajaran. Tidak pernah berlaku insiden sebegini dalam sejarah 50 tahun kita merdeka. Ini perbuatan berani tidak bertempat dan dipengaruhi demonstrasi jalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.

“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata Shanti.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kumpulan itu mengambil peluang suasana rumah terbuka untuk menonjolkan isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain.

Katanya, perbuatan itu tidak kena pada masanya iaitu ketika sambutan Aidilfitri bagi meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadat puasa dan merapatkan hubungan sesama rakyat.

“Mereka tidak menghormati orang Islam yang merayakan Aidilfitri,” ujarnya.

Pengerusi Persatuan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, perbuatan penyokong Hindraf itu sepatutnya membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya kumpulan yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Kita selalu memikirkan orang lain dan tidak mengambil kira perasaan sendiri. Mereka sudah melampau dan tidak prihatin kepada suasana 1 Syawal yang menjadi perayaan besar umat Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Pribumi Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Hindraf adalah pertubuhan haram yang semakin mencabar undang-undang serta nampak bersedia menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Katanya, Hindraf langsung tidak mempedulikan dan menghormati perayaan besar umat Islam menyambut 1 Syawal.

Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron pula menganggap Hindraf dan pihak yang mendalangi kumpulan itu sebagai pengkhianat kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berkata, perbuatan mereka cuba menguji kesabaran orang Melayu dan kerajaan serta berniat mahu menghancurkan negara dan perpaduan yang dibina lebih 50 tahun lalu.

“Kita perlu siasat siapa dalang mereka dan beri peringatan keras supaya mereka tidak terus mencuba mencetuskan ketidakseimbangan sosial negara” tegasnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Helmi Ismail pula berkata, perbuatan kira-kira 1,000 anggota kumpulan itu langsung tidak kena pada tempatnya dan keterlaluan kerana mengganggu majlis rasmi yang dianjurkan oleh pemimpin kanan negara.

Katanya, selain itu, tindakan kumpulan itu yang sering menggunakan kanak-kanak sebagai barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan adalah tindakan pengecut.

nota: APA DOSA2 UMNO?? MANA PEMBERSIHAN ETNIK SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN??MANA PEMIMPIN HINDRAF YANG LARI KE LUAR NEGARA?? KENAPA LARI KALAU BENAR??

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sudah …cukup lah ….- malaysiakini

penulis terpanggil utk memberi komen terhadap penulis blogger Kickdefella. Baca di sini. Cukuplah dari membuat dakwaan tanpa bukti di internet. Tidak dinafikan blog saudara sheh sudah menerima jutaan pengunjung. Janganlah minda pembaca asyik dipengaruhi dengan berita2 negatif tanpa bukti. Janganlah selalu membuat tuduhan melulu tanpa bukti. jangan terlalu asyik menulis kerana ramai pembaca ingin melayari blog saudara. Dibulan mulia ini banyakkan amalan utk simpanan akhirat.

Tidak dinafikan berita di laman blog mudah diresapi oleh rakyat. Tetapi adakah setiap berita ini sahih?? Janganlah menjadi seperti orang lain yang taksub menulis sehingga boleh mempertikaikan kemuliaan Rasulullah SAW.

Memang bagus sekiranya pendedahan saudara berasas dan disertakan dengan bukti. Apa nak ditakutkan sekiranya ada bukti bertulis@hitam putih. Berani kerana Benar!!! Janganlah mensensasikan cerita yang tidak ada asal usul.

Kesian pada rakyat yang tidak tahu mana kaca mana berlian. Janganlah kita memanipulasi pemikiran rakyat yang rata-rata kurang melakukan -due diligence- terhadap sesuatu berita.

Bukanlah penulis ingin mempertahankan Pak Lah … tetapi menjadi prinsip penulis tidak akan mempertahankan sesuatu perbuatan yang sahih kesalahannya…..

saudara sheh@kickdefella..

sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri….

Selamat Hari Raya Aidilfitri….Maaf Zahir Batin!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sejarah Tercipta???..Perlu Dibanggakan ker??? MasyaAllah…- Malaysiakini

Ya Allah!! inilah yang skuad Batu Cave banggakan di dalam bulan Ramadan Al Mubarak dan Menjelang Syawal yang mulia. baca sini.  Ingatkan apa yang dibanggakan ialah sesuatu amalan yang dibuat utk bagi menambah pahala pada bulan puasa. Rupa2nya patung Besar ANWAR di Batu Caves. Rakan2 PR dalam PAS, nasihatkan lah rakan2 anda di Skuad Batu Caves ni yang jelas sudah terpesong…selamatkan mereka dari terus memuja Anwar selain dari ALLAH.

Baca penjelasan mereka di sini,

Bismillahirahmanirahim,

Salam perjuangan dan reformasi
Kami terpanggil dengan isu replika DSAI di Batu Caves, Sessungguhnya apalah yang dikata kan patung, Bena atau Tugu, boleh kita bezakan semua? Dalam masalah ini replika DSAI diperbuat dari kayu dan diwarnakan. Dan kami menyediakan replika ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau. Tentang penyembahan tidak mungkin terjadi sebab penyokong tetap dengan kalimah tauhid “tiada tuhan melainkan allah”
Hanya orang berfikiran sebaliknya yang berpegang pada berhala..
Tentang Pembiayaan replika ini diderma oleh orang perseorangan.

Sayang manusia tak mengenal akan Aku,
Kenal Dirimu! baru kamu akan mengenal Aku
Siapa mengenal Aku Baru mengenal Tuhan Nya.

Masih ingin menegakkan benang yang basah….teguran ramai masih diingkar.. Alhamdullilah masih bisa mengingati Allah. Ingatlah skuad Batu Caves, ketaksuban anda kelak memakan diri sendiri!!! Ya betul anda tidak akan menyembah patung Anwar ini tetapi…bagaimana dengan orang lain..?? jangan disebabkan ketaksuban anda, orang lain yang jadi SESAT!!!! Robohkan lah Patung ini…kembali semula ke Jalan ALLAH!!

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Berjaya!! -Malaysiakini

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada Saudara Noor Ali Hj Abdul Razak (Exco Pemuda Jalan Enggang) yang kini berada di Beijing bagi mewakili Malaysia di dalam Pertandingan Sukan ‘World Mind Games”.

Semoga beliau memperoleh kejayaan cemerlang di samping mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Perjuangan saya belum selesai” – Malaysiakini

Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan, menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai “perjuangan belum selesai” dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.

“Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

“Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti,” katanya.

Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.

Kali terakhir blognya dihiasai tulisannya ialah 1 Ogos lalu.

Kali ini, dia yang turut menyentuh tentang sambutan 1 Syawal kali ini berkata, “berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah (ibu) kelmarin (Sabtu lalu).”

Katanya, walaupun sudah empat bulan tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik.

“Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

“Tahun ini genap empat tahun Syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Halina Mohd Alip.

“Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang Syawal. Kuih tart dan kek buah sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.” katanya.

Saiful menambah, tahun ini juga buat pertama kalinya dia tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta.

“Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin,” katanya.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan bahawa ia mengumumkan pada 7 Oktober ini sama ada membenarkan atau tidak permohonan pendakwaan agar perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, 60, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika didapati bersalah, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. – mstar

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Zahid Hamidi Tawar Diri Sebagai Timbalan Presiden – Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengesahkan yang beliau bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

Ketika dihubungi mStar Online hari ini, anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata: “Ya, ya, saya akan bertanding (jawatan Timbalan Presiden).”

Kata Zahid, beliau akan memenuhi kehendak ahli jika dicalonkan untuk jawatan tersebut dan akan membuat pendirian rasmi apabila memperoleh pencalonan kelak.

Zahid menjelaskan, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden susulan perubahan senario politik dalam Umno sekarang dan atas permintaan ahli-ahli akar umbi parti yang mahu beliau ‘berganding’ dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memimpin Umno.

“Ekoran mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini (26 September lalu) di mana (Presiden Umno), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan akan dipercepatkan, senario dalam Umno sudah mula berubah.

“Oleh itu, rakan-rakan (saya) merasakan bahawa saya perlu mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden… justeru, saya perlu memenuhi kehendaki akar umbi agar bertanding jawatan nombor dua,” kata beliau.

Desas-desus kedengaran sejak Khamis lalu, yang Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995, bakal menjadi gandingan Najib apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno yang kemungkinan dikosongkan Abdullah dalam waktu terdekat.

Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini sama ada bertanding jawatan Presiden ataupun sebaliknya.

Persidangan perwakilan bahagian bermula 9 Oktober ini.

Zahid, 55, merupakan bekas Ketua Pemuda Umno sebelum beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 1998.

Ekoran pilihan raya umum 2004, Abdullah melantik Zahid sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan dua tahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

Dalam Kabinet Mac 2008 beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada pemilihan Umno pusat 2004, Zahid berjaya mempertahankan kerusi MT dengan memperoleh undi kedua terbanyak.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan gandingan Najib pada pemilihan Mac depan, Zahid berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

Bagaimanapun jelas Zahid, beliau akan berbincang dengan Najid dalam waktu terdekat.

“Saya akan mendapatkan tarikh temu janji untuk menemui Najib dalam waktu terdekat,” katanya.

Awal minggu ini, Umno Bahagian Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan mengumumkan akan mencalonkan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, salah seorang Naib Presiden semasa, masing-masing untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Zahid memberitahu, berdasarkan pengalaman dalam Umno selama ini beliau mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan peluang.

“Ketua Pemuda Umno (yang disandang dari 1996 hingga 1998) juga setaraf dengan Naib Presiden, dan kini saya merupakan anggota Majlis Tertinggi,” katanya. – mstar

nota: DSAI, bagaimana?? Khabar angin juga mengatakan Tan Sri Mat Taib dan Datuk Ali Rustam juga berminat utk bertanding bagi jawatan Timb Presiden.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda