Hindraf keterlaluan – Malaysiakini

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mengutuk keras dan menyifatkan perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Islam sebagai keterlaluan, biadap dan menghina kesucian 1 Syawal.

Sambil membayangkan tindakan pertubuhan haram itu didalangi individu tertentu dengan tujuan menghancurkan perpaduan negara, mereka meminta kerajaan bertegas dan tidak melayan tekanan daripada kumpulan yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perbuatan kumpulan berkenaan adalah menghina perayaan besar umat Islam, tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan tujuan mereka menimbulkan kekecohan dalam suasana Perdana Menteri dan rakyat jelata meraikan 1 Syawal, seolah-olah cuba memberi gambaran negatif bahawa mereka langsung tidak mendapat peluang bertemu Perdana Menteri pada hari lain.

Katanya, insiden itu dikhuatiri didalangi pihak-pihak tertentu dengan mempergunakan suasana perayaan dan kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengganggu serta memberi imej buruk kepada negara luar.

Beliau berkata, kejadian itu bukan menunjukkan perjuangan tulen tetapi mengambil kesempatan merosakkan imej negara selain memberi gambaran seolah-olah Malaysia tidak mengamalkan budaya tolak-ansur.

“GPMS meminta kerajaan supaya jangan melayan mereka kerana Hindraf bukan pertubuhan sah. Mereka patut dikenakan tindakan, tidak kisah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang lain.

“Biar ia menjadi pengajaran. Tidak pernah berlaku insiden sebegini dalam sejarah 50 tahun kita merdeka. Ini perbuatan berani tidak bertempat dan dipengaruhi demonstrasi jalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.

“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata Shanti.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kumpulan itu mengambil peluang suasana rumah terbuka untuk menonjolkan isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain.

Katanya, perbuatan itu tidak kena pada masanya iaitu ketika sambutan Aidilfitri bagi meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadat puasa dan merapatkan hubungan sesama rakyat.

“Mereka tidak menghormati orang Islam yang merayakan Aidilfitri,” ujarnya.

Pengerusi Persatuan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, perbuatan penyokong Hindraf itu sepatutnya membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya kumpulan yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Kita selalu memikirkan orang lain dan tidak mengambil kira perasaan sendiri. Mereka sudah melampau dan tidak prihatin kepada suasana 1 Syawal yang menjadi perayaan besar umat Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Pribumi Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Hindraf adalah pertubuhan haram yang semakin mencabar undang-undang serta nampak bersedia menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Katanya, Hindraf langsung tidak mempedulikan dan menghormati perayaan besar umat Islam menyambut 1 Syawal.

Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron pula menganggap Hindraf dan pihak yang mendalangi kumpulan itu sebagai pengkhianat kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berkata, perbuatan mereka cuba menguji kesabaran orang Melayu dan kerajaan serta berniat mahu menghancurkan negara dan perpaduan yang dibina lebih 50 tahun lalu.

“Kita perlu siasat siapa dalang mereka dan beri peringatan keras supaya mereka tidak terus mencuba mencetuskan ketidakseimbangan sosial negara” tegasnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Helmi Ismail pula berkata, perbuatan kira-kira 1,000 anggota kumpulan itu langsung tidak kena pada tempatnya dan keterlaluan kerana mengganggu majlis rasmi yang dianjurkan oleh pemimpin kanan negara.

Katanya, selain itu, tindakan kumpulan itu yang sering menggunakan kanak-kanak sebagai barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan adalah tindakan pengecut.

nota: APA DOSA2 UMNO?? MANA PEMBERSIHAN ETNIK SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN??MANA PEMIMPIN HINDRAF YANG LARI KE LUAR NEGARA?? KENAPA LARI KALAU BENAR??

Advertisements

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Hindraf keterlaluan – Malaysiakini

  1. malayamuda

    so lelaki Melayu yang dok kat stor bilik belakang kedai bukan melayu masa bulan Ramadhan , makan dan minum tuh tak menghina agama Islam ke ?

    Tak main suruh isteri tutup aurat !

  2. Big8

    Salam lebaran..

    Kepada Umat Islam, anda semua telah diajar batas2 kesabaran yg dibenarkan oleh Islam. Semua umat Islam tahu. PKR? RPK?

    Kepada Pemimpin Islam, apa komen anda. Kepada pihak kerajaan, kami xmahu dgr apa2 alasan. kerana kami xnk negara tunduk dgn segelintir org yg kurang ajar ini. Jgn hancurkan berjuta-juta hati umat Islam utk penuhi tuntutan 1000org kurang ajar ini. Siapa mereka?

    Kepada Melayu Pas, anda dipihak mana?
    Kepada PKR(DSAI), apa lagi cerita saudara?
    Kepada Hindraf, sudah lah..pergilah cari negara yg baik. xpayah lah tgl di Malaysia?

    p/s: Hindraf xpernah wujud dlm perjuangan menuntut kemerdekaan. Jadi, Hindraf tiada apa2 makna bg aku. Kata org2 tua, kalau terlalu manjakan anak, anak itu akan jadi derhaka. Jgn lupa untuk memukul anak kalau dia derhaka/kurang ajar. Ajar lah sikit. Kalau xpandai nk ajar, serah kepada yg pandai. Jgn menangis dihari tua. Walau pun dah tua…Melayu dah bosan

  3. Bukan hindaf keterlaluan.. Sebenarnya Orang UMNO dan Polis yang keterlaluan.. Kalau polis dan orang umno bagi kelaluan kpd hindaf semuanya jalan lancar.. yang buat kecoh orang polis dan orang umno..Tak ada orang lari dari malaysia.. cuba lihat webside apa yang dibuat oleh hindaf dari luar negara….

    Sebenarnya apa yang dibawa oleh Hindraf tu bukan Memorandum tetapi kad ucapan Hari Raya. sebelum kumpulan itu dibenarkan masuk polis meminta seorang pemimpin kumpulan itu untuk membacakan kandungannya. selain daripada mansuhkan isa, kad itu itu hanya mengandungi Ucapan raya dan ungkapan maaf zahir batin. Yang buat kecoh di situ ialah polis bukan penyokong hindraf. mereka cuba merampas dan mengoyakkan kad raya itu.

    selepas bersalaman dengan pm dan kabinet sebelum mereka bersurai secara aman, polis sempat berterima kasih kepada kumpulan tersebut kerana berkelakuan baik dan berpegang kepada janji yang mereka bagi pada polis iaitu tidak membuat kecoh atau membawa sepanduk ke dalam dewan.

    saya mempunyai ramai kawan india yang meyokong hindaf, tetapi mereka tidak pernah berkata atau membuat sesuatu yang boleh provokasi saya.

  4. Long ago, there was a country in Europe that carried out propaganda to brainwash its citizens that they were supreme to others and therefore they had to conquer and rule other countries. And then there was a country in Asia that kept telling its citizens from young that if they want to have the resources in the world, then they must be prepared to fight and rule the other countries. The two countries since then had brought untold misery to the world.
    In our country, those political parties that survive based on race politics will keep on telling the people the importance in protecting their race and religion. They even have programs like the BTN to brainwash the people from young as well as the civil servants about the need to propagate the racial thinking in all fields and their ketuanan towards others. They will tell the people that they will champion the interest of their race above all. Without their protection, the people will not survive in the open. So the people must give them the full support to propagate such ideology. Just like that two dangerous countries, these political parties are doing the same to fortify their political foundation, but in doing so, they are bringing this country to a catastrophic end in the future. Their continuing action to segregate the communities in this country is doing untold damages to the wellbeing of the nation who needs its citizens to be united to meet the global challenges it faces today. Unfortunately these communal political souls only care for their own survival in the present and will never venture out of their propaganda game for the best interest of the nation and its citizens. Divide and rule will be their continuing battle call while the country moves in its peril.

  5. Salam semua

    Kepada Bangsa Malaysia, warkah aman aku hulurkan sempena umat Islam dan orang Melayu masih lagi dalam suasana kegembiraan dan keceriaan menyambut Aidilfitri..

    Memang mudah menuduh UMNO itu busuk..juga amat mudah meletakkan kedudukan UMNO itu bagai melukut di tepi gantang oleh penyokong2 Melayu pembangkang..memanglah, ketika benci, semuanya dipandang jelik, dipandang buruk..

    Padahal yang menghina UMNO dulu pun asalnya peminat2 UMNO jugak semasa era DSAI dalam kerajaan..cuma kini mengaku setia pada PKR hanya kerana asasnya DSAI..kenapa perlu dikaitkan UMNO dalam setiap tindak tanduk polis? Apakah yang menjadikan UMNO begitu besar hinggakan Polis dapat dikawalnya? Polis bertindak mengikut undang2 dan berprinsipkan menjaga keamanan..kalau PR memerintah Malaysia nanti (kalau)..polis akan tetap menjalankan tugas seperti biasa..itu yang dikatakan oleh kawan aku, seorang pegawai di Cawangan Khas, Bukit Aman..tak timbul langsung UMNO yang mengikat polis…

    Secara logiknya, tentera mengawal sempadan negara..polis mengawal ketenteraman & keselamatan orang awam..bomba memadam kebakaran..3 unit ini bergerak secara neutral..hanya menjalankan tugas2 hakiki..kalau semuanya dikawal oleh UMNO, rasanya tak akan ada bomba yang datang padamkan api kalau rumah penyokong PR terbakar..dan akan terjadi semua penyokong2 PR disaman polis setiap hari..kalau bercakap biar berasas..kalau berfikir biarlah logik..kalau mengata, biarlah berfakta..

    p/s: Aku pelik bila Anwar dibebaskan dulu, tak pulak penyokong2 PR berterima kasih atas “perikemanusiaan” UMNO..dan bila ahli Hindraf berjaya jadi YB, tak pulak mereka mengakui ketelusan UMNO dalam berdemokrasi..mungkin mereka anggap demokrasi & demonstrasi perkara yang sama..

  6. tubir

    Bangsa malaysia adakah anda berada dimajlis tersebut?Kalau anda ada tolong cerita apa Yng sebenarnya berlaku ….jangan bohong ya……….ceritalah kita nak dengar

  7. Siapa Pendatang - Melayu/Cina/India

    Syed Imran is an Arab-Malaysian born in Penang, Malaysia, ex-Bernama journalist (1971-1998) and former press secretary to Minister in PM’s Department.
    Syed Imran provides a Bangsa Malaysia voice in the nation-wide furore
    which had erupted as a result of Ahmad Ismails irresponsible, opportunist and racist
    reference of Malaysian Chinese as “pendatang” and “penumpang”.

    Syed Imran blogged:
    Monday, September 08, 2008Antara pendatang dan penumpang. Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran
    daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama
    Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya
    mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut
    sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.

    Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini
    hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa
    sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang
    berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.
    Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan “menumpang”
    iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini.
    Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka.
    Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.
    Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat
    dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat
    Pembinaan
    Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma
    pembinaan
    Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi
    dengan
    syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.
    Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh
    Ahmad
    Ismail atas beberapa sebab.
    Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung,
    adalah
    pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita
    bukan
    pemilik kekal tetapi hanya menumpang.
    Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang
    hidup di
    bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah
    dan
    dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman.
    Kami
    adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara
    ini
    khususnya di Pulau Pinang.
    Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang
    hidup
    di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk
    neneknya
    adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik
    dan
    selesa di bumi bertuah ini.
    Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang
    sama.
    Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China.
    Pendek
    kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh
    atau
    Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu
    dari
    wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di
    Bayan
    Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan
    berlian.
    Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang
    iaitu
    dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala
    sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan
    Turki.
    Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala,
    India
    manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam
    (Thailand)..
    Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra
    bernama
    Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.
    Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh
    pendatang
    dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.
    Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi
    diiktiraf sebagai “bangsa Melayu” oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita
    adalah
    “Melayu mengikut takrifan Perlembagaan” iaitu beragama Islam, mengamalkan
    adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa
    Melayu
    nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan
    sebagai
    bahasa Malaysia.
    Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, orang Aceh seperti
    Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed
    Yakcop,
    orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa
    seperti
    Mohamad Rahmat dan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam,
    Burma,
    Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai
    “Melayu”.
    Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur
    bahasa
    Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa
    berbahasa
    Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamak berbahasa Tamil.
    Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari
    sudut
    Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai
    bangsa
    Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya
    diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.
    Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang
    juga
    kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak,
    Mandailing,
    Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak
    boleh
    menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah
    ke
    negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan
    terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis
    Light
    berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.
    Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan
    yang
    boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang
    kita
    kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat,
    Senoi dan
    suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.
    Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku
    kaum
    untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan,
    keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang
    yang
    kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum
    atau
    asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.

  8. Stupid Hindraf..1 Syawal hari yg mulia,dicemari..
    Seperti penghinaan kepada umat Islam..
    Tunjuk belang dikhalayak ramai..takdak fikiran..otak letak kat lutut..Hindraf ini kelihatan seperti penjenayah yg ingin mencetuskan huruhara…

  9. andreas

    Datanglah ke Sabah, lihatlah…orang bumiputra bukan Melayu…IC pun tarak….UMNO cakap banyak sahaja…inipun pembunuhan ethnik juga tak perlu pisau….ic cukup….

  10. Salam

    Walau apa pun niat Hindraf datang ke rumah terbuka PM & barisan Menteri Kabinet pada hari Raya pertama, mereka perlu sedar bahawa bukan semua orang suka dan lebih penting lagi selesa akan kehadiran mereka di sana..bayangkan masing2 gembira dan tak sabar2 merasai suasana rumah terbuka orang nombor satu negara, alih2 dikejutkan dengan kehadiran mereka yang kurang menyenangkan..mungkin nak makan pun dah hilang selera..mana yang risau kalau tiba2 puak Hindraf naik syeikh..mau terbalik “open house” tu dibuatnya..

    Hindraf patut hadir pada hari itu sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai ahli pertubuhan tak berdaftar itu..datang dengan pakaian bersih dan sopan, seperti kaum India yang lain dan tunjukkan sikap mesra terhadap pengunjung2 yang lain..lupakan yang anda adalah Hindraf..tinggalkan sarung Hindraf tu di rumah..sekurang2nya hormatilah perayaan dan suasana hari raya..hormatilah hak orang lain untuk bergembira & menikmati juadah dengan aman dan tenteram..

    Tidak sesuai rasanya kalau masa nak makan anda bercerita pasal nak berak @ hal2 dalam jamban..tidak enak rasanya jika ketika nak makan anda mengorek hidung..namun itulah rasanya perasaan pengunjung2 rumah terbuka kelmarin..kesian..nak makan pun takut2..serba serbi tak selesa..naya la yang datang jauh2..mungkin kali pertama nak rasa suasana makan dengan orang VVVIP nie..

    p/s: nak masuk rumah orang bagilah salam @ greeting..mintak la izin tuan rumah nak masuk..kalau diberi izin barulah masuk..itu pun jangan lupa tanggalkan selipar di luar..(kalau tak faham jugak, tinggalkan Hindraf di luar dan masuk sebagai rakyat Malaysia..nak keluar nanti jadi Hindraf balik)..tak faham jugak tak tahu lah aku!!!

  11. Apai Ngelai

    Salam,

    Sempena Aidilfitri, PM dan pemimpin-pemimpin negara telah berbesar hati untuk mengadakan rumah terbuka bagi merapatkan sillaturahim dengan rakyat jelata. Walaupun demikian, ia tidak bererti sekumpulan golongan tertentu boleh mengambil kesempatan dengan menyertakan desakan dan tuntutan mereka melalui kad ucapan.

    Apa perlunya mereka bertindak biadap terhadap pemimpin kita berkaitan tuntutan yang tiada kena mengena dengan sambutan Aidilfitri? Apakah mereka menyangkakan dengan berlaku demikian, maka pemimpin kita akan berubah fikiran dan menurut segala permintaan mereka?

    Tempoh hari kumpulan yang sama juga telah mengeksloitasikan kanak-kanak mereka dengan patung beruang beserta mesej agar membebaskan pemimpin mereka dari ISA. Kali ini modus operandi mereka lebih kurang sama, cuma tidak menggunakan kanak-kanak sahaja.

    Sepatutnya mereka yang mempunyai niat lain selain merapatkan hubungan muhibbah antara rakyat dihalau sahaja dari perkarangan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet. Tidak layak untuk mereka memakan rezeki yang hasilnya kelak akan membuatkan mereka tetap membenci pemimpin kita, jauh sekali nak berterima kasih. Samalah seumpama memberi anjing-anjing KOK makan.

  12. Salam

    Siapa Pendatang..

    “Mcm pernah ku baca ayat nie tapi di mana ya..mungkin di chedet.com kot..”

    Anyway mcm salah topik ja..hati2 kalau mengarang..takut karangan cantik tapi takdak markah..hehe patut kat post lain nie..tapi tak pa lah..sama ja..

    p/s: Anyway, selamat datang ke blog nie..semoga Putera dapat menimba ilmu dari saudara..

  13. nocrid

    Saya bersetuju dengan Bangsa Malaysia,

    Kalaulah polis memberi kelaluan kepada pengunjung tanpa melihat apa yang dipakai memang pun tidak menjadi isu.

    Anuar Ibrahim,

    Orang datang dengan tujuan yang mulia, tetapi diberi masuk. Apalah itu “rumah terbuka”. Tetamu datang untuk meraikan perayaan tetapi dinafikan oleh tetuan rumah. Itulah penghinaan di mata umat Islam. Itulah tidak sopan dan itulah kurang ajar di mata Melayu dan adat resamnya.

  14. tubir

    Syed imra memang lah pendatang dimalaysia ini ,tidak ninafikan beliau adalah pendatang yang mencari dan menumpang dinegara atau gugusan kepulauan melayu.Semua yang datang dari gugusan nusuntara atau gugusan kepulauan melayu adalah penduduk asal tempat atau gugusan ini .orang asli sprti yang dinyatakan adalah tergolong didalam penduduk asal juga .Dimasa dahulu kita tiada sempadan lagi seperti sekarang ini jadi orang melayu bebas berdagang dan tingal dimana saja didalam gugusan kepulauan melayu ini .Tapi sekarang ini kita dah ada sempadan negara oleh itu kita ada undang undang untuk memasukinya ,Walaupun melayu dari indon ;Ikatan serumpun itu masih kuat dan ditambah lagi ikatan ugama islam ……jadi orang melayu bukan pendatang dinegara ini…..saya membantah pandangan tuan syed….tuan syed memang pendatang

  15. tubir

    to andreas
    Dah berapa ramai orang sabah yang dibunuh oleh umno? Jangan sedap cakap aja saya pernah tingal lama disana termasuk kawasan pendalaman . tapi masalah itu tak lah sampai terbunuh……..sempadan yang panjang sesiapa juga dari negara sebelah boleh masuk …..Petuturan hampir sama ……Kenyataan suhakam seolah olah perkara ini amat genting…..dan tak terkawal…..Kenapa suhakam bertindak begitu ?

  16. Anti ISA 1960

    BIG HEAD.. kau pun pendatang juga fikirkan seketika dan renongkan lah seketika……… dan kenyataan tuan,…..
    p/s: Aku pelik bila Anwar dibebaskan dulu, tak pulak penyokong2 PR berterima kasih atas “perikemanusiaan” UMNO..dan bila ahli Hindraf berjaya jadi YB, tak pulak mereka mengakui ketelusan UMNO dalam berdemokrasi..mungkin mereka anggap demokrasi & demonstrasi perkara yang sama…. APA yang ada demokrasi? BN kalah sebab itu hindraf jadi YB, maka fikirlah kenapa BN kalah?

    Tubir,

    jika Hindraf dan Bloggers di beri peluang untuk memberi memo pada pak lah, saya rasa ini tidak akan menimbulkan apa apa masaalah. pada hari rumah terbuka memang ramai yang datang, tetapi salahkan kalau ramai kaum india malaysia ke rumah terbuka tersebut. Pasal soal memo.. saya rasa kerajaan tidak pernah adil kepada hindraf kerana tidak memberi peluang sebelum ini dan selamanya. pada hari terbuka PM telah menjarakkan 6 meter untuk bersua dengan HINDRAF, kenapa mereka ada virus ke? before you comment, fikir masaalah orang lain… k

  17. tubir

    TO anti ISA anda telah memesong kan fakta yang sebenar dimana anda berlajar berbohong ni? jangan bohong kita htahu apa yang sebenarnya berlaku dan berada disana ……..ini bukan soal tak suka kepada sesatu bangsa seperti yang anda bangkitkan …….Nampaknya anda berbohong…untuk mendapat simpati dari orang ramai ……siapa yang terpekik telolong kat luar dan bawa sepanduk lagi ….orang umno ke ,orang MCA ke .Orang MIC ke (mungkin juga) sendiri mau ingat lah ………..kepada yang kena tahan tu sendiri buat sendiri tangung lah ……
    kalau akulah yang jaga kem kemunting tu kau taulah langit ni tinggi atau rendah ……..

  18. Salam

    Kepada Anti ISA1960..aku bukan BigHead..aku Putera..statement tu statement aku..jadi aku rasa terpanggil untuk menjelaskan apa yang telah aku perkatakan..

    Tampak jelas bahawa minda hang belum cukup terbuka untuk menerima pandangan orang lain..apa yang aku perkatakan adalah ketelusan UMNO dalam memberi ruang untuk seorang rakyat mewakili Hindraf untuk cuba menempatkan diri sebagai wakil masyarakat dan diterima sebagai ketua dan dinaiktaraf sebagai Yang Berhormat walaupun tindak tanduk beliau langsung tidak layak untuk dihormati..aku cuba untuk menunjukkan bahawa UMNO & BN masih lagi memberi ruang untuk rakyat mempraktiskan sistem demokrasi dengan memberikan lampu hijau kepada seorang tahanan ISA untuk bertanding dalam pilihanraya, yang mana tidak mungkin atau jarang terdapat dalam mana2 negara hatta di India sekali pun..itu lah semangat demokrasi..bertolak ansur dan sanggup memberi ruang..tidak timbul soal BN menang atau kalah..terfikirkah hang sebelum memberi komen bahawa dia tak mungkin boleh menjadi YB kalau undang2 demokrasi yang selama ini ditegakkan oleh kerajaan melarang sebarang pembabitannya dalam politik?? Cuba halusi sebelum meluahkan ketidakpuasan hati..cuba kaji segala yang tersirat dari mengambil bulat2 apa yang tersurat..kata itu pelita jiwa..

  19. tubir

    Saya sokong kenyataan menteri dalam negeri mengenaai Tahanan ISA jangan takut dato jalankan tugas dengan tangungjawab yang diberikan . rayaat bersama kerajaan .Demi mempertahankan negara dan keamanan kami akan hadir jika diperlukan Taat setia kepada raja dan negara .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s