“Perjuangan saya belum selesai” – Malaysiakini

Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan, menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai “perjuangan belum selesai” dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.

“Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

“Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti,” katanya.

Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.

Kali terakhir blognya dihiasai tulisannya ialah 1 Ogos lalu.

Kali ini, dia yang turut menyentuh tentang sambutan 1 Syawal kali ini berkata, “berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah (ibu) kelmarin (Sabtu lalu).”

Katanya, walaupun sudah empat bulan tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik.

“Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

“Tahun ini genap empat tahun Syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Halina Mohd Alip.

“Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang Syawal. Kuih tart dan kek buah sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.” katanya.

Saiful menambah, tahun ini juga buat pertama kalinya dia tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta.

“Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin,” katanya.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan bahawa ia mengumumkan pada 7 Oktober ini sama ada membenarkan atau tidak permohonan pendakwaan agar perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, 60, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika didapati bersalah, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. – mstar

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to ““Perjuangan saya belum selesai” – Malaysiakini

  1. Eagle has landed

    Perjuangan apa yang belum selesai. Perjuangan tamak, bodoh dan memalukan orang melayu. Cakap saja lah kalau nak cepat kaya sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. Budak tak cukup umur, kamu akan menerima malu seumur hidup kamu dan tak kan ada siapa yang akan membantu. Apa yang kamu lakukan ini ialah “seperti melepas anjing tersepit”.
    Apabila penghinaan berlaku kepada kamu, masa itu lah kamu boleh cakap perjuangan yang belum selesai dan kamu menyesal.

  2. Salam..

    Semua makhluk bernyawa di dunia ini berhak mengatakan bahawa perjuangan mereka belum selesai..ada yang berjuang membebaskan diri dari kemiskinan..dari kezaliman dan penindasan..dari belenggu jajahan minda juga mungkin perjuangan memartabatkan bangsa dan negara..hanya Allah dan dia sahaja tahu apa yang dia maksudkan dengan perjuangannya..hanya Allah sahaja yang tahu kesudahan perjuangannya itu samada berhasil mencapai matlamat atau sebaliknya..sekurang2nya dia ada matlamat untuk diperjuangkan sepanjang hidupnya di dunia..daripada sesetengah orang yang langsung tiada matlamat dan objektif untuk diperjuangkan..kerana itu Allah menyeru umatNya supaya sentiasa berusaha (yakni berjuang) bersungguh2 dalam mencari kekayaan dunia seolah2 kita akan hidup selama2nya dan pada masa yang sama berjuang bermati2an untuk beribadat dan sujud kepadaNya seolah2 kita akan mati keesokan harinya..sesungguhnya perjuangan kita hanya akan selesai bila tibanya Hari Kiamat..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s