Sejarah Tercipta???..Perlu Dibanggakan ker??? MasyaAllah…- Malaysiakini

Ya Allah!! inilah yang skuad Batu Cave banggakan di dalam bulan Ramadan Al Mubarak dan Menjelang Syawal yang mulia. baca sini.  Ingatkan apa yang dibanggakan ialah sesuatu amalan yang dibuat utk bagi menambah pahala pada bulan puasa. Rupa2nya patung Besar ANWAR di Batu Caves. Rakan2 PR dalam PAS, nasihatkan lah rakan2 anda di Skuad Batu Caves ni yang jelas sudah terpesong…selamatkan mereka dari terus memuja Anwar selain dari ALLAH.

Baca penjelasan mereka di sini,

Bismillahirahmanirahim,

Salam perjuangan dan reformasi
Kami terpanggil dengan isu replika DSAI di Batu Caves, Sessungguhnya apalah yang dikata kan patung, Bena atau Tugu, boleh kita bezakan semua? Dalam masalah ini replika DSAI diperbuat dari kayu dan diwarnakan. Dan kami menyediakan replika ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau. Tentang penyembahan tidak mungkin terjadi sebab penyokong tetap dengan kalimah tauhid “tiada tuhan melainkan allah”
Hanya orang berfikiran sebaliknya yang berpegang pada berhala..
Tentang Pembiayaan replika ini diderma oleh orang perseorangan.

Sayang manusia tak mengenal akan Aku,
Kenal Dirimu! baru kamu akan mengenal Aku
Siapa mengenal Aku Baru mengenal Tuhan Nya.

Masih ingin menegakkan benang yang basah….teguran ramai masih diingkar.. Alhamdullilah masih bisa mengingati Allah. Ingatlah skuad Batu Caves, ketaksuban anda kelak memakan diri sendiri!!! Ya betul anda tidak akan menyembah patung Anwar ini tetapi…bagaimana dengan orang lain..?? jangan disebabkan ketaksuban anda, orang lain yang jadi SESAT!!!! Robohkan lah Patung ini…kembali semula ke Jalan ALLAH!!

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Sejarah Tercipta???..Perlu Dibanggakan ker??? MasyaAllah…- Malaysiakini

  1. Big8

    Salam Lebaran..
    Sedih Ramadhan sudah pergi…

    Batu Cave…Patung…bagai aur dgn tebing. Laksana manusia dan seks. Pelik jika tiada, normal jika ada.

    Saudara pembaca sekalian, sebenarnya saya tidak berapa terkejut dgn tindakan atau perkara yg telah dibuat oleh skuad Batu cave itu. Tiada kesalahan dimata mereka. Kenapa? kerana mereka yg buat. Tiada perkataan yg kurang senang dari sahabat pakatan yg telah lebih separuh abad memperjuangkan Islam. Kenapa? Kerana kuasa? hebat benarkah kuasa itu sehingga boleh dipertimbangkan walau pun berkaitan agama.

    DSAI, PKR, Pembangkang,
    sudah berapa bulan, berapa hari, kuasa dan pemerintahan dipegang? Apakah agenda sebenar yg cuba diperjuangkan. Adakah cuma omongan politik yg kotor? Adakah boleh dibanggakan dgn replika itu? Adakah boleh dicatit dlm sejarah Malaysia. Jangan biarkan generasi mendatang mentertawakan kita. Sekadar nk buat replika, xmenang pilihanraya pun boleh. DSAI, jgn biarkan diri anda dieksploitasi. Kontrol sikit. Kerana semakin hari semakin menampakkan ketidak bijaksanaan saudara dan pengikut2 saudara. Macam keanak-anakan. Tiada matlamat yg jelas dlm perjuangan yg dilaung-laungkan. Secara peribadi, saya belum nampak bakat kepimpinan yg wujud dlm PKR. Saudara DSAI, PKR, masa terlalu panjang untuk sampai PRU akan datang. Kenapa tidak dibuktikan kebijaksanaan kepimpinan yg wujud dlm diri dan parti untuk negeri2 yg dimenangi. Atau saudara tiada agenda untuk mentadbir dgn baik. Atau saudara sekadar memenuhi nafsu tamak. Maaf kalau tafsiran saya ini tersasar. Bukannya apa, sebab tiada usaha2 untuk mentadbir cuma yg dilihat usaha2 untuk merampas, menghuru-harakan. Laksanakanlah manifesto yg dijanjikan kpd pengundi. Insyallah sekiranya ikhlas perjuangan saudara, nescaya Allah akan bantu. Apa saudara tidak yakin dgn kekuasannya? Kepada ahli2 PKR, apakah motif perjuangan saudara semua. Adakah saudara semua benar2 paham objektif perjuangan tersebut. Saya sebagai pembaca juga ingin tahu motif perjuangan tersebut.

    p/s: DSAI..perbetulkan lah yg xbetul itu.Jgn diamkan diri kerana kepentingan diri. Besar amanah seorang pemimpin.

  2. AbangTuah

    Salam,

    Dulu Arwah Saddam di Irak semasa berkuasa suka tegakan patung seluruh negara.

  3. Salam Aidilfitri

    Untuk renungan bersama:

    Sesungguhnya Rasulullah telah memerintahkan Saidina Ali bin Abi Thalib dengan sabdanya (yang bermaksud): “Jangan engkau biarkan sebuah patung pun kecuali engkau hancurkan dan jangan pula engkau biarkan kuburan yang ditinggikan kecuali engkau ratakan (dengan tanah).” (HR. Muslim). Dan dalam suatu riwayat: “Dan jangan engkau biarkan sebuah gambar pun kecuali engkau hapus.” (HR. Muslim)

    Malangnya, sebahagian orang menyangka bahawa hukum haram itu adalah untuk patung saja seperti yang terdapat pada zaman jahiliyyah, tidak mencakupi hukum gambar. Pendapat ini amat asing dan meragukan kerana seolah-olah mereka belum pernah membaca nas-nas yang mengharamkan gambar, antaranya menyebut:

    Dari Saidatina Aishah bahawasannya ia membeli bantal kecil yang dihiasi gambar2… Ketika Rasulullah SAW melihatnya, Baginda berdiri di pintu tidak mahu masuk. Maka Saidatina Aishah mengetahui ada tanda kebencian di muka Rasulullah SAW. Lalu Aishah pun berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apakah yang telah kuperbuat?” Rasulullah menjawab: “Bagaimana halnya bantal itu?” Saidatina Aishah menjawab: “Saya membelinya agar engkau duduk dan bersandar di atasnya.” Kata Rasulullah (yang mana bermaksud): “Sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar-gambar ini akan disiksa pada hari kiamat dan akan dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah gambar-gambar yang engkau buat itu!” Kemudian Baginda SAW bersabda “Sesungguhnya rumah yang ada gambar-gambar (yang bernyawa) di dalamnya tidak akan dimasuki malaikat.” (Muttafaqun ‘alaih)

    Diriwayatkan dari sabda Rasullullah SAW yang lain, “Manusia yang paling pedih siksanya di hari kiamat ialah yang meniru ciptaan Allah. Sedangkan para pelukis dan penggambar adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah.” (Muttafaqun ‘alaih)

    Merujuk juga kepada HR Al-Bukhari, “Bahawasannya Nabi ketika melihat gambar-gambar di rumah, Baginda tidak mahu masuk sebelum gambar itu dihapus.”

    Apa yang diperbolehkan adalah seperti gambar dan patung pohon, bintang, matahari, bulan, gunung-gunung, batu, laut, sungai, pemandangan yang indah atau tempat-tempat suci seperti Ka’bah, Madinah dan Masjidil Aqsha serta masjid-masjid yang lain, bila kesemuanya itu kosong dari gambar manusia atau haiwan dan segala sesuatu yang mempunyai roh. Dalil dalam masalah ini adalah ucapan Ibnu ‘Abbas: “Bila engkau harus menggambar atau membuat patung maka buatlah (gambar) pohon dan apa-apa yang tidak mempunyai ruh.” (HR. Al-Bukhari)

    Juga istimewanya hukum Allah adalah memberi contoh seperti diperbolehkan bagi anak-anak perempuan untuk bermain dengan boneka dari kain perca yang berbentuk bayi kecil, sehingga anak-anak itu boleh memakaikan baju padanya, memandikan atau menidurkannya. Hal ini dapat menjadikan anak-anak ini belajar mendidik dan memelihara anak-anak setelah mereka menjadi ibu kelak. Sedangkan dalil dalam permasalahan ini adalah ucapan Saidatina Aishah “Aku bermain-main boneka di sisi Nabi.”(HR. Al-Bukhari). Tetapi, tidak dibolehkan membeli anak-anak patung negara asing/luar negara bagi anak-anak lebih-lebih lagi anak perempuan yang nampak wajahnya dan terlihat tubuhnya (terbuka auratnya) seperti Patung Barbie kerana anak-anak perempuan akan menirunya sehingga nanti akan merosakkan nilai2 Islam dalam masyarakat dengan cara berpakaian seperti anak-anak patungitu. Selain itu secara teorinya, dengan membeli anak patung import ini hanya akan mengalirkan wang negara Islam ke negara-negara asing dan Yahudi.

    Sesungguhnya syaitan sentiasa mencari jalan bagi merosakkan anak Adam..buat sahabat2 dalam PKR, usahlah ditegakkan benang yang basah!!! Amat tidak berbaloi untuk diseksa di akhirat kelak demi taksubkan seorang manusia biasa yang belum tentu mampu menolong dirinya sendiri di hadapan Allah kelak

    p/s: Putera juga bukan pandai dan alim..sekadar berkongsi ilmu yang dicedok dari para ilmuan dan solehin..semoga benang yang basah tidak terus ditegakkan demi menghalalkan sebuah matlamat..Wassalam

  4. joe

    he….hee……
    umno tak dapat projek.
    umno payah nak submeet proposal.
    proposal umno kena reject.

    naa…naa…..
    umno dah tak dapat projek
    yea yea….
    tak dapat projek……….

  5. Big8

    Salam,

    Dulu semasa PAS memerintah Terengganu, Hj. Hadi ada keluarkan fatwa replika udang, penyu semua xboleh.Haram. Sekarang xmau kata apa2 ke? Macam mana Tuan haji…dah xharam ke?

  6. Salam

    Big8..mana boleh haram..kalau orang2 dalam PR buat itu makruh 🙂

    Kalau UMNO berkawan dengan MCA & MIC itu kafir..kalau PAS & PKR kawan dengan DAP itu muhibbah 🙂

    p/s: matlamat menghalalkan cara

  7. Kuntakinte

    Salam, sekali pandang macam patung sadam Husien, jangan esok mati pun macam sadam husein udah le… jangan taksub sangat yeop, mana Nik Aziz, mana Haji Hadi mana Ulamak PAS, mana Ahli Pas, mana pak2 lebai busuk kenapa diam, keluo le fatwa cepat sikit, esok merata2 patung dibuat dimerata2 Malaya ni susah pulak nak roboh kan, kalau roboh kang jadi macam roboh kuil di Selangor.

    MB Perak dah letak muka boring sebaris dengan bekas2 PM di billboard Hari Merdeka, esok dia buat patung berpeluk dengan ngey dan Nga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s