Tindakan Hindraf boleh gagal rundingan bebas tahanan ISA – Malaysiakini

Tindakan Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyerbu rumah terbuka Aidilfitri Perdana
Menteri dan menteri boleh menggagalkan rundingan bagi membebaskan lima pemimpinnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil melahirkan rasa kecewanya, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan kira-kira 1,000  penyokong Hindraf menyerbu rumah terbuka itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PwTC), Kuala Lumpur kelmarin boleh menyebabkan segala rundingan antara MIC dengan kerajaan bagi membebaskan lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di Kamunting gagal.

Katanya, kerana taksub untuk menjadi ketua, terdapat pihak yang sengaja menjadikan perkara itu sebagai isu dengan tujuan supaya kelima-lima tahanan
terbabit terus ditahan.

“Sebenarnya ada pemimpin yang akan tertekan sekiranya tahanan ini bebas, segala penipuannya yang dijalankan semata-mata ingin menjadi ketua yang
disanjungi dan dihormati akan berkubur.

“Saya mahu semua kaum India yang menganggotai kumpulan ini berhenti mendengar segala nasihat dan tohmahan yang dikeluarkan pemimpin kumpulan ini serta meninggalkannya,” katanya seperti laporan Bernama.

Samy Vellu turut mencabar pemimpin Hindraf P  Waythamoorty, yang berada di London, untuk kembali ke tanah air dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya mengenai semua persoalan
termasuk wang hasil kutipan Hindraf selama ini.

“Jelaskan kepada mereka (pengikut Hindraf), adakah permergiannya ke London untuk menuntut hak RM1 juta untuk semua pengikut Hindraf atau menghabiskan semua duit anggota kumpulannya yang dikutip dan lari ke sana,” kata Samy Vellu.

nota: kesian pengikut Hindraf……buat hal kat sini, ketua dia Waythamoorty di London sedang bersenang lenang…….alahai bagusnya melancong dengan gunakan duit kutipan dari orang ramai

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 responses to “Tindakan Hindraf boleh gagal rundingan bebas tahanan ISA – Malaysiakini

  1. Apai Ngelai

    Salam,

    Sekarang nih gejala ‘taksub’ kepada pemimpin atau ketua mula menjadi trend. Tak kira sesapa jer, baik PAS, PKR mahupun Hingdraf suma tengok ketua mereka iras malaikat belaka. Lain orang punya kumpulan tak akan betul, dia tu jer yang lurus. Kalau didedahkan aib kumpulan dia, senang jer dia tolak kat pemerintah kata tu suma konspirasi. Ada pernah mengaku salah ke selama nih? Dasar Pakatan Raksasa.

    Bagi kumpulan haram Hindraf, hantarlah pemimpin awak tu sampai ke galaksi lain atau dimensi yang lain, mudah-mudahan angan-angan untuk makan kuah duit satu juta seorang jadi kenyataan. Mat jenin juga korang suma, tahap DSAI lak.. Nak sangat satu juta, mintak lah kat dia.

    Apa yang membuatkan Hindraf layak dapat satu juta sorang sampai sanggup perabih hantar pemimpin dia makan angin kat Luar Negara? Yang korang layak tu ‘p*b*c hair’ satu orang satulah. kahkahkah… lawak, suma otak macam kartun.

  2. Samy vellu suka buat drama… pembohong.. celeka besar… hantu hisap darah manusia… makan duit orang india.. dia lah orang yang paling benci dlm malaysia… cepat la mampus samy…

  3. Amber

    Samy Oh Samy, “Tindakan Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyerbu rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri boleh menggagalkan rundingan bagi membebaskan lima pemimpinnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).”
    ….Pui…t.
    Samy awak sudah gagal banyak kali…..sampai hari ini pun Hindraf gagal dibebas.
    Samy macam mana boleh gagal….sudah lama gagal. Tiap tiap kali pun gagal. Jangan la cakap banyak.

  4. Anti ISA 1960

    DeI Pundeh Samy vely,

    “Jelaskan kepada mereka (pengikut Hindraf), adakah permergiannya ke London untuk menuntut hak RM1 juta untuk semua pengikut Hindraf atau menghabiskan semua duit anggota kumpulannya yang dikutip dan lari ke sana,” kata Samy Vellu.

    Do you think we Indian Malaysian beliave we will get 1 mil each from England. We educated and non educated Indian of malaysia never belived in it, but we beliave their struggle for our indian community. Samy veloo boleh cakap saja, apa lagi dia boleh dapat dari kerajaan yang di kemudi oleh UMNO Racist, yang tidak pandang pada kaum india malaysia.

    Bila masa HINDRAF diberi peluang untuk berjumpa dengan PM Abdullah badawi? Pada hari itu pun PM diri sejauh 6 meter dari Kaum India (So Call Hindraf ), kenapa hindraf ada Virus AID kah? Came on lah,if PM himself macam kera sombong apa lagi, bagilah cara untuk berjumpa dia. MIND you whole world is watching you?!

  5. Minda

    Kenapa semua orang suka cakp itu kotor2 punya hah…Sudah lama skola pun tarak tau cakap baik2 ka. Itu macam cakap kotor jugak, itu perangai pun kotor jugak. Mana itu adap sopan itu dewa ajar, sini maki sana maki macm mana mau idup satu negri?.

    Saya ingat olang Malysia sudah educated, belajar manyak tinggi, tapi itu bahasa manyak truk. Wa blaja lendah pun tarak teluk itu macam mahasa koto. Wa tatau tulis lagi baik, tapi wa punya bahasa sudah baik.

    Lain kali kasi hormat orang baru olang mau horlmat kiter.

    Itu serbu2 orang punya majlis lu ingat ada baik ka…orang pun ada muka juga. Mau jga lar sikit…nanti olang serbu lu punya rumah, kasi masuk itu ISA lagi susah ma…

    Sendiri cali susah, sendli bikin susah…olang talak kaco, awak kasi kaco…ini bukan jenis olang Malaysia ooo….apa brand pun wa tatau lar…

    Wa ingat aaa….lu olang mau pigi sekola belajar itu sivik maaa….

    Len kali mo hormat sikit ooo…

    Manyak tilima kasi kasi wa punya tulis kasi keluar orrr….nandre to chee…terima kasih thank you.

    “Don’t show that you are the worst among the worst in this country”.

  6. Apai Ngelai

    Anti ISA 1960,

    kalau awak nak burukkan Samy, nak kutuk dia, tak perlulah awak kaitkan UMNO yang tak ada kait mengait dengan ragam Hindraf yang awak kata memperjuangkan komuniti India tu.

    Kalau UMNO ni racist, lama dah kitorang tendang kumpulan awak tu masuk kubang kerbau tak bagi buat kuil, tak ada cuti umum Depavali, tak wujud sekolah India, apa bukti yang buat awak pandai-pandai cakap UMNO ni racist?

    Andaikata ada anggota kumpulan awak yang berbangsa India di tahan ISA, awak kata UMNO racist, kalau anggota DAP kene ISA pun awak kata racist. Hakikatnya yang sensitif tak tentu pasal pasal racist ini asalnya semua datang dari segolongan kumpulan-kumpulan kaum yang melampau. Tak perlu nak mengata orang.

    Kepada orang Hindraf, sememangnya kami tahu apa saja tindakan kerajaan terhadap penggugat kestabilan negara yang melibatkan kaum lain, awak semua akan meletakkan UMNO untuk dipersalahkan. Cuba terangkan atas dasar apa yang membuatkan awak percaya semua ini berpunca dari UMNO?

  7. tubir

    Apa yang sedang samy rundingkan besama kerajaan mengenaai pembebasan saki baki kumpulan hindraf yang ditahan? Nak pujuk menteri dalam negeri agar kumpulan itu dibebaskan .Kenapa merika semua sudah insaf? dan dah mengaku merika membuat kesalahan yang mana boleh mengugat keamanan negara .
    kepada kerajaan dterutma sekali menteri yang bertangung jawab undang undang tetap undang undang .Tak kira siapa alasan orang india akan menyambut depavali tak boleh dibuat alasan munasabah dan tidak patut diberi pertimbangan langsung .RPK juga kena tahan lagi pulak bulan ramadan dan tak berapa hari lagi nak raya ……..kami orang melayu tak merusuh pun……bukan kami tak sinsitif ,tapi kami menghormati undang undang……..Walaupun ada segolongan melayu menyertaai tunjuk perasaan membantah ISA tetapi itu tidak mencerminkan mewakili Melayu.Ada wartawan melayu yang menyokong tunjuk perasaan ini.Awasi betina tu (gemuk )bukan main lagi dia ni bercakap …….cakap lah nanti senang bila nak tangkap ……….dan berikan makanan anjing …heheheheheh.Jangan kerana kebebasan akhbar negara tidak aman …….ingat la ya

  8. Salam semua

    Kalau benar kerajaan itu racist, tidak akan ada kesungguhan dalam mengimport bekalan kelapa untuk dipecahkan pada hari perayaan penganut agama Hindu..

    Kalau betul kerajaan itu racist, tidak akan pernah terdetik peluang untuk kaum India merayakan cuti umum Deepavali dan Wesak setiap tahun..

    Kalau sungguh kerajaan itu racist, tidak akan wujud sekolah Jenis Kebangsaan (India) dan Sekolah jenis Kebangsaan (Cina) untuk dijadikan pilihan pendidikan kaum bukan Bumiputera..

    Kalau jelas kerajaan itu racist, tidak akan pernah bangsa India dan Cina akan dapat melihat matapelajaran Tamil & Mandarin di ajar di sekolah-sekolah kerajaan..

    Kalau nak diceritakan satu2..memang tak habis sehari..kalau nak diperkatakan memang tak menang bercerita..kalau tidak ada Kerajaan, takkan ada Pembangkang..sayangnya..kalau hati dah gelap..segala matlamat menghalalkan cara..Wassalam

  9. AbangTuah

    PUISI BUAT YIN DE RAF

    YIN DE RAF, APA FASAL ADA MARAH SANGAT
    SAMA GOMEN YOU SANGAT MELUAT
    ITU GOMEN TAK ADA BANYAK JAHAT
    ITU UMNO PUN TARAK BIKIN KIANAT

    ‘RELIGIOUS AND CULTURE’ MANA ADA SEKAT
    KUIL GOMEN BANYAK ADA KASI BUAT
    KASI YOU SUMBAHYANG HIDUP TENTU BERKAT
    TAMIL SCHOOL SUPPORT BANYAK ADA DAPAT

    KASI ANAK-ANAK CAPAI ITU HASRAT
    INDIAN PROFESIONAL BANYAK ADA HEBAT
    SEKARANG KERJA TAK ADA LAGI BERAT
    RAMAI SUDAH KAYA TAK ADA LAGI MELARAT

    TAPI MACHA, SAYA SATU MAU NASIHAT
    ‘CAUTIOUS’ SAMA ITU PR PUNYA JERAT
    DIA ORANG CAKAP BANYAK ADA KUAT
    IDELOGI PUN BANYAK ADA KARAT

    MARI SAMA GOMEN KITA PAKAT-PAKAT
    GADUH-GADUH TAK ADA BAIK PUNYA ALAMAT
    JANGAN KASI ITU PERPADUAN TERGUGAT
    BINCANG-BINCANG CARI JUGA SATU PENDAPAT

    ITU MUHIBAH KITA KASI JUGA LAGI ERAT
    MARI BERSATU BERSAMA-SAMA RAPAT-RAPAT
    RAKYAT SAYANG GOMEN, GOMEN TENTU SAYANG RAKYAT
    NEGARA AMAN RAKYAT TENTU GEMBIRA SERTA SIHAT

  10. Salam

    AbangTuah..nie mesti mengarang lepas pekena maruku nie..gelong2 sikit..hehe

    Putera teringin jugak nak tengok apa akan jadi masa Open House pemimpin2 MIC masa Deepavali hujung bulan nie nanti..kalau Open House Aidilfitri pun bawak askar sampai 1000 orang, rasanya Samy Vellu & the geng kena tempah dewan lagi besar kot..nak syok lagi buat Open House kat Dataran Merdeka..tak payah ada bumbung, kanopi semua..baru la open!!!

    Depa puak2 Hingderaf nie tak abis2 menjadi enau dalam belukar..dah la keadaan sekarang tengah kelam kelibut..ekonomi tak brapa stabil..lagi mau kacau!!! wotak tarak!!! Konon datang rumah terbuka PM sebab nak bermaaf2an tapi tengok cara pakai dah la..mana ada orang p beraya rumah orang pakai tshirt sedondon..siap tulis RPK lagi tu..dah sujud kat kaki mamat tu kot gamaknya..semua pembelit..sebab tu tok Putera pernah pesan..dari berkawan dengan *****, baik berkawan dengan ular..dua2 kaki belit tapi yang sekor tu kita memang dah tau naluri dia memang pembelit..yang sekor lagi pulak memang semua benda dia nak belit termasuk mak pak dia sendiri..padahal kepala depa dah seronok enjoy kat London nu tak balik2 lagi..

  11. AbangTuah

    Salam Putera,

    Hikhikhik, saje aje kasi gelek dan gelong ayat tu, tapi nak tambah seronok baca ikut lenggok tamil sikit.

  12. Kuntakinte

    Salam, selamat hari raye pada umat Islam semua dan selamat menyambut hari Deepavali kepada kaum India, syukur kita seperti setiap tahun masih lagi hidup dan menyambut perayaan dengan penuh keharmonian, sejahtera, aman tenteram, selamat sentosa disamping menghormati antara kaum dan budaya masing2.

    hanya kita terkejut sikap provokasi yang ditunjukkan oleh Hindraf yang tidak menghormati perayaan terbesar umat Islam amat2 kita sedih dan amat mendukacitakan, boleh dikatakan kurang ajar, biadap, sikap yang tidak boleh dimaafkan bukan saja oleh umat Islam tetapi bangsa lain seperti cina dan majoriti kaum India terhadap kebiadapan persatuan haram ini.

    Tapi tak hairan kebiadapan dan kurang ajar si hindraf ini akibat daripada anak anak melayu beragama Islam sendiri yang berdiri di belakang tabir menyokong dan mendorong sikap biadap mereka hingga sanggup mengadaikan kebesaran perayaan Aidil Fitri.

    Semalam press confrence si Hindaf nak saman menteri dalam negeri, bodoh ke, tenging ke, biadap ke kita pun tak tahu nak lebel kan pada si hindraf ini, mereka menyerang majlis orang tanpa sopan aleh…aleh… Menteri disalahkan, aleh…aleh… UMNO yang kena. ish…ish…ish… betul2 jenis tak sedar di untong, betul2 tak tahu bersyukur.

    Orang Melayu kena buka mata, orang melayu kena muhasabah diri, orang melayu kena tahu erti kesedaran, kebiadapan dan kurang ajar yang berlaku ketika semasa Aidil Fitri akan jadi lebih teruk lagi dimasa2 depan jika kita masih berpecah dan sombong dengan idiologi masing2, melayu boleh bangkrap, melayu boleh rugi kalau malaysia hancur, bangsa lain kalau malaysia runtuh mereka tiada ruginya, mereka tiada bangkrapnya sebab mereka hanya menyingah dari Tamil Naidu, mereka hanya menyingah dari tanah besar China (maaf kalau cakap mungkin marah bangsa lain) tapi ini fakta.

    Teman teringat kembali dan patut disebut kembali semasa teman ke Mauricius penduduk keturunan India hampir 70%,moyang mereka sama2 berhijrah dari Tamil Naidu ada yang ke Mauricius ada ke Malaya dan negara2 lain, di mauricius penduduk india bekerja di ladang2 tebu dan nelayan dan susah sehingga kini berbanding dengan India yang tinggal di Malaya yang kehidupan hari2 kehari dari kerja di estet sekarang ini majoriti Lawyer dan doktor, setiap satu keluarga mesti ada seorang yang menjawat jawatan profesional, malah kaum India mengikut statistik kaum kedua pendapatan pekapita yang tinggi berbanding kaum Melayu itu sendiri.

    Mengunakan sentimen perkauman untuk berpolitik amat berbahaya, Hindraf bermain api, tak terfikir ke oleh kita bangsa cina pun boleh bermain api malah naga yang menjadi moskot mereka pun boleh menyembur api, kita umat Islam dan melayu pun memang bijak bermain api, memang api permainan melayu, sebab itu melayu berpecah sebab suka mengapi-api, tapi ingat api yang kecil akan menjadi besar, TETAPI itu bukan cara kita, kita di didik oleh tok nenek, mak bapak kita hormat menghormati satu sama lain, maka kita lebih meletakkan agar pemimpin kita bijak menangani isu Hindraf ini, kita percaya hanya pemimpin tertinggi negara juga yang boleh diharapkan untuk melega kan keadaan.

    Buat HINDRAF!!! kesabaran ada batas – batas nya, jangan terlalu melampaui batas.

    p/s. hairan!!!! dan Ajaib!!! mana demostrasi HINDRAF semasa kuil di Selangor di robohkan? adakah sebab PKR yang memerintah Selangor maka HINDRAF membisu.

  13. anti isa

    llu pakai wotak sikit lah…isa digunakan sebab macam tun M kata semasa ditemuramah oleh ABC dan banayak lagi press (U. state) kenapa tun begitu kejam bila negara demokrasi tetapi mengamalkan ISA.. tun jawab dimalaysia ada banyak kaum… kamu (US) cuma ada dua kaum..tetapi bila dibiarkan isu perkauman melarat (Dibiarkan) kulit putih dan kulit hitam ni bergaduh atas kononya demokrasi.. biarkan mereka demokrasi..boleh demonstrasi.. reformasi dijalanan yang menyebabkan berpuluh-puluh terbunuh kerana bertempur sesama sendiri..itu yang kamu katakan demokrasi? di malaysia tidak ! kami gunakan isa sebelum ada yang terbunuh atau cedera… mungkin kamu (US) biarkan org mati dulu baru tangkap… kami tak akan biarkan rakyat mati … kerana kami tak mahu negara kami huru hara… si mat saleh ( repoter) yg begang tu tanya lagi kat Tun … jadi kamu bukan amalkan demokrasi… tun JAWAB SAMBIL SENYUM… kamu punya dua bangsa yg sering bertelagah …cuma dua bangsa … kulit hitam dan kulit putih…. tapi kami ada berpuluh bangsa di malaysia… negara kamu juga (US) ada hantar wakil kenegara kami bagi mempelajari sistem pentabiran malaysia kerana dapat mengekal kan keamanan walaupun berpuluh bangsa yang ada didalam nya.

    saya pun tak paham apa yang kamu (hindraf) nak buat … jangan lah terlalu mengikut style negero… macam kunta kinte… konon lahirnya hero disebabkan pembrontakan….sebab ditindas… apa lagi yang kamu mahu…. semua negeri didalam malaysia sudah pun ada little india… china town … tapi ada tak di tengah bandar melayu town… nasib baik ini malaysia yg orang nya cukup berhemah …kalau di india sekali pun garenti.. saya gerenti ..jawapannya …kena belasah ler dengan belantan …baru ada akai..

    jangan mulakan … apa kamu ingat dengan berarak ke hari terbuka rumah pak lah tu dah cukup terrer (samseng), cuba pikirkan pulak jika masa depavali nanti di rumah m kula , kerpal singh atau pun pemimpin hindraf buat rumah terbuka… kami berpakat dalam 20 ribu orang datang berarak dan hantar petisyen suruh haramkan hindraf atau bertobat …apa kamu nak cakap…

    sekupang dua teringat pepatah pak kaduk naik junjung… belanda mintak tanah, kera dapat belacan memang tak ada caranya nak menepis .. yang penting …. rasanya cuma satu .. nak kena ajor ni…

    sekupang dua rasa buang masa bercakap dengan telinga labang .. walau pakai sunting pun janganler perasan sangat ‘hey what’s up man… be cool brother’ berhemah cara kita kan lagi baik … alo abang apa macam ..ada baik ka.. manekum!

  14. Salam

    Pelik jugak aku bila melihat gelagat anwar membela perilaku puak2 hindraf nie..katanya mereka nie semua bangkit menentang kekejaman ISA..padahal kalau masing2 menjaga kelakuan & tutur kata takkan timbul soal ditahan di bawah ISA atau tidak..kalau api yang marak pun perlu dipadamkan, betapa hal pulak dengan hasutan yang boleh membakar hati kaum2 yang terlibat..malah aku melihatkan tindakan Hindraf mencemari suasana rumah terbuka PM sebagai satu tindakan provokasi untuk melihat sejauh mana orang melayu bersatu..malangnya mereka semakin berani dan angkuh apabila melihatkan Melayu2 yang sudah layu dalam Pakatan Rakyat hanya tunduk diam membisu..maka rasanya tidak salah kalau ISA yang menjaga setiap tindak tanduk dan mengawal api-api yang kecil daripada merebak..

    Tindakan Hindraf menyaman Utusan Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri terang2 sudah menunjukkan bahawa mereka sangat yakin bahawa orang melayu sudah tidak mampu bangkit membela maruah sendiri..manakan tidak, sudahlah kepala kita ditunjal2 kita dituduh kurang ajar pulak..aku berikan senario sebegini:

    katakan seorang pencuri masuk ke rumah dan mencuri harta benda pemilik rumah tersebut..pemilik rumah tersebut menangkap dan membelasah pencuri itu..kemudiannya pencuri itu membuat laporan polis dan mendakwa pemilik rumah yang dicerobohi di mahkamah..malah tidak cukup dengan itu, pencuri itu menyaman pemilik rumah kerana memukulnya..kebetulan ada jiran yang nampak kejadian sebenar tapi bila ditanya polis, dia memutar belitkan fakta kejadian kerana memang dia bencikan pemilik rumah tersebut dan sama sekali tidak akan memihak kepada pemilik rumah tersebut..adilkah perkara ini???

    Disimpulkan di sini, pencuri yang aku maksudkan itu adalah HINDRAF..dan pemilik rumah itu adalah PM, Menteri-menteri, pengunjung rumah terbuka itu dan masyarakat Melayu yang amat sayangkan maruah bangsa dan keindahan suasana Aidilfitri tersebut..dan jiran pendengki yang aku maksudkan itu ialah orang2 Melayu yang sudah layu dalam Pakatan Rakyat..wassalam

  15. AbangTuah

    Salam dan selamat sejastera,

    Komen ini hendak aku tujukan khas kepada HINDRAF.

    Disini aku maklumkan bahawa sepanjang aku menulis tak pernah sekali pun aku gunakan perkataan mengutuk CINA dan INDIA. Selalunya aku akan guna DAPss, PAIh PKRss dan HINDRAFss, bukannya anti mana-mana bangsa, tetapi anti pada sikap dan ideologi pihak pembangkang dan golongan tertentu yang kadang-kadang melampau dan hipokrit.

    Aku amat menghormati Negara Multi Racial Malaysia, aku faham bahawa semua bangsa perlu berganding bahu, berkerjasama dan saling memerlukan antara satu dengan lain. Itulah konsep ideal yang perlu dipupuk kepada semua bangsa diMalaysia.

    Aku percaya pada keadilan didalam pengagihan kemakmuran dan kekayaan Negara. Aku juga percaya bahawa rakyat Malaysia tak kira bangsa, etnik atau suku kaum berhak menikmati dan menerima hak kesamarataan.

    Dalam pada itu aku juga percaya kepada hak kesaksamaan yang perlu dan sepatutnya dinikmati oleh bangsa Melayu. Bangsa yang telah bersusah payah membuka tanah ini, menerokai hutan belantara, membuat perkampungan awal seterusnya menubuhkan Kerajaan Melayu terawal. Bangsa yang darahnya banyak tertumpah kerana mempertahankan tanah berdaulat ini dari serangan penjajah2 Portugis, Belanda, Ingeris, Jepun dan Komunis. Bangsa Melayu ini juga telah banyak berkorban dengan murah dan baik hatinya telah memberikan laluan kepada bangsa lain untuk bersama-sama menjadi rakyat kepada bumi bertuah ini.

    Jadi persoalannya, masih tidak patutkah lagi Bangsa Melayu yang telah berjasa dan sebagai penduduk asal ini diberikan sedikit peluang untuk mampu bersaing atau sekurang-kurangnya menyediakan diri untuk bersaing dengan Bangsa lain yang teryata lebih hebat dan cemerlang sedari awalnya dari segi kejayaan dan ketamadunannya.

    Hak2 keistimewaan atau Kontrak Social telah pun dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu sebagai membalas jasa bangsa Melayu, maka tidak ujud lagi rasa tidak puas hati atau kekejaman disini. Lagi pun bukannya besar sangat hak-hak keistimewaan yang diterima oleh Bangsa Melayu, kalau tidak masakan ada segelintir puak PAIh berkata, apa yang ada pada hak-hak Melayu, kami tak nampak pun.

    Hak-hak keistimewaan itu hanyalah terdiri dari kuota-kuota yang perlu diperuntukan, bak kata orang putihnya ‘handycap’ kepada orang Melayu agar boleh membuat ‘jump-start’ didalam perlumbaan dengan bangsa lain yang kita tahu seawalnya telah kaya dan senang. Selain dari itu dipertahankan juga hak Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi dan Agama Islam sebagai agama resmi.

    Maka oleh kerana kesedaran serta mengenangkan nasib Bangsa Melayu yang perlu dibela juga perlu diberikan peluang yang saksama untuk bersedia atau melengkapkan diri bersaing dengan bangsa lain, pejuang2 UMNO dahulu telah berusaha dengan apa yang terdaya oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.

    Maka usahlah lagi dipertikaikan sebagai tidak Islamik atau tidak adil sedikit hak-hak Bangsa Melayu yang telah diusahakan oleh perjuang terdahulu itu. Tidak perlulah segelintir Bangsa Melayu sendiri yang sedikit sebanyak telah menikmati atau pun telah menemui kejayaan diatas usaha pihak pejuang UMNO ini mempertikaikannya lagi sebagai unislamik sedangkan datuk nenek sehingga keketurunan cucu dan cicit mereka merasai atau mendapat kejayaan hasil darinya.

    Walaubagaimana pun, disamping memberikan hak-hak istimewa kepada Bangsa Melayu, bangsa bukan Melayu tidak pernah pula dinafikan hak mereka, tidak pernah pula diketepikan, tidak pernah juga cuba dipinggirkan. Mereka tetap dibela, buktinya, cuba lihat kepesatan atau kehebatan ekonomi mereka, bukankah mereka semakin kaya dan lebih senang dari kebanyakan Melayu.

    Jadi bagi mereka yang bukan Melayu, usahlah awak lupa pada pesetujuan pemimpin terdahulu awak, ingat bagaimana sukarnya mereka meyakinkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ketika itu bahawa semua bangsa mampu hidup dan aman sejastera. Tidakkah awak bangga bagaimana aman dan sejasteranya hidup kita di Malaysia yang sungguh unik ini berbanding dengan Negara lain didunia. Tidakkah awak bangga bagaimana bijaksananya pemimpin BN yang berbilang bangsa berjaya membawa Negara yang mempunyai lebih dari tiga bangsa dan agama ini menuju kearah kemajuan dan keamanan selama 5 dekad. Cuba pula awak bandingkan betapa amannya Negara Malaysia berbanding dengan sesetengah Negara lain dimana paling-paling mereka mempunyai dua bangsa dan satu agama, tetapi keamanan kerap tidak terjamin.

    Dimanakah tanggapan yang mengatakan bahawa UMNO atau Kerajaan berlaku tidak adil, mengenepikan hak bangsa lain atau meminggirkan mana-mana suku kaum dan puak di Malaysia ini. Saudara pembaca, cuba renung sejenak, bertapa berjasanya UMNO serta Kerajaan ini kepada semua bangsa dan golongan di Malaysia ini. Buktinya, segala kemewahan yang kita kecapi ini bukan boleh datang dengan sendirinya atau semulajadinya Malaysia dan rakyatnya telah kaya-raya, melimpahruah dengan segala kemewahan. Bukankah dengan usaha tanpa henti Kerajaan serta dengan usaha giat rakyat berbilang kaum berkerjasama berganding bahu, saling bertimbang rasa antara satu sama lain yang menjadi penyebab utama kejayaan yang kita nikmati sekarang ini.

  16. AbangTuah

    Salam,

    Aku rasa Hindarf ini bukan finatik sangat Pak Nuar tu. Pak Nuar pun bukan suka sangat pada Hindarf.

    Pada pandangan aku masing-masing cuba mengunakan antara satu sama lain. Masing-masing mencari peluang serta munafaat pada kelebihan sesuatu pihak untuk kepentingan diri mereka.

    Hubungan atau pertalian seperti ini adalah perhubungan yang bermotif politik sahaja dan ia biasanya tidak kekal lama. Apabila sesuatu pihak telah berjaya mendapat apa yang mereka mahukan maka puak yang satu lagi akan di singkirkan.

    Begitu juga perhubungan antara parti yang berlainan idelogi didalam Perkataan Rukyat, ianya juga lebih bersifat mencari peluang dan munafaat dari kelebihan puak yang lain.

    Jadi konklusi dari pandangan ini ialah sesuatu gabungan yang tidak diasaskan dari kejujuran dan tidak pula berada dilandasan yang sama adalah bersifat sementara sahaja serta tidak mungkin akan dapat bertahan lama.

    Pada pandangan aku PRKss masih tebal dengan cita-cita dan tujuan asal mereka untuk membela hak-hak kaum Melayu. Tujuan utama pengabungan mereka dengan parti dan kumpulan lain hanyalah sebagai strategi politik untuk menguatkan lagi kedudukan parti mereka.

    Kalau didalam peperangan strategi sebegini adalah baik, tetapi didalam kontek politik Negara ianya sangat merbahaya dan boleh pula mengundang bencana besar.

    Cuba bayangkan sekiranya PRss berjaya memerintah, sudah tentu PAIh akan menyuarakan kehendak untuk menegakan Negara Islam. Ini sudah tentu akan ditentang habis-habisan oleh DAPss. PRKss akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka akan menunggu keputusan pertembungan antara PAIh dan DAPss dan mungkin akan menyebelahi dan memberi keutamaan kepada puak yang masih dapat memberikan keuntungan kepada mereka.

    Setelah satu pihak yang bertentangan tersingkir maka lebih senanglah PRKss untuk mengatur strategi selanjutnya. Keutamaan PRKss adalah negara Islam Liberal dan memartabatkan serta mengembalikan semula hak-hak Bangsa Melayu. Tak mustahil juga waktu itu PRKss akan berada dikedudukan yang lebih kuat dan baik kerana majoriti dari serpihan UMNO telah pun berada bersama-sama mereka.

    Maka tak mustahil juga pertembungan yang hebat akan terjadi sama ada diantara PRKs dengan PAIh atau pun dengan DAPss.

    Sekiranya pertembungan yang sihat berlaku didalam usaha mempertahankan idelogi dan cita-cita masing-masing maka terselamatlah rakyat dan negara ini. Sekiranya masing-masing berkeras enggan mengalah maka HANCUSlah kita semua.

    Mungkin juga ketiga-tiga parti dapat berkompromi dan menemui penyelesaian secara aman dan masing-masing rela menerima pakai sebahagian dari ideologi pihak lain bertujuan untuk menubuhkan Kerajaan. Maka rakyat Malaysia pasti akan tergelak dengan kompromi tersebut kerana PRss akan juga meneruskan perjuangan seakan perjuangan BN iaitu memperjuangkan Islam agama resmi, hak Bangsa Melayu dan bangsa bukan Melayu tidak diketepikan.

    Hmm, ini hanya sekadar pandangan dan spekulasi politik sahaja tak lebih dari itu. Bukan juga untuk menghasut sesiap tapi sekadar mengajak kita berfikir tiga langkah kehadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s