Zahid Hamidi Tawar Diri Sebagai Timbalan Presiden – Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengesahkan yang beliau bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

Ketika dihubungi mStar Online hari ini, anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata: “Ya, ya, saya akan bertanding (jawatan Timbalan Presiden).”

Kata Zahid, beliau akan memenuhi kehendak ahli jika dicalonkan untuk jawatan tersebut dan akan membuat pendirian rasmi apabila memperoleh pencalonan kelak.

Zahid menjelaskan, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden susulan perubahan senario politik dalam Umno sekarang dan atas permintaan ahli-ahli akar umbi parti yang mahu beliau ‘berganding’ dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memimpin Umno.

“Ekoran mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini (26 September lalu) di mana (Presiden Umno), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan akan dipercepatkan, senario dalam Umno sudah mula berubah.

“Oleh itu, rakan-rakan (saya) merasakan bahawa saya perlu mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden… justeru, saya perlu memenuhi kehendaki akar umbi agar bertanding jawatan nombor dua,” kata beliau.

Desas-desus kedengaran sejak Khamis lalu, yang Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995, bakal menjadi gandingan Najib apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno yang kemungkinan dikosongkan Abdullah dalam waktu terdekat.

Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini sama ada bertanding jawatan Presiden ataupun sebaliknya.

Persidangan perwakilan bahagian bermula 9 Oktober ini.

Zahid, 55, merupakan bekas Ketua Pemuda Umno sebelum beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 1998.

Ekoran pilihan raya umum 2004, Abdullah melantik Zahid sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan dua tahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

Dalam Kabinet Mac 2008 beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada pemilihan Umno pusat 2004, Zahid berjaya mempertahankan kerusi MT dengan memperoleh undi kedua terbanyak.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan gandingan Najib pada pemilihan Mac depan, Zahid berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

Bagaimanapun jelas Zahid, beliau akan berbincang dengan Najid dalam waktu terdekat.

“Saya akan mendapatkan tarikh temu janji untuk menemui Najib dalam waktu terdekat,” katanya.

Awal minggu ini, Umno Bahagian Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan mengumumkan akan mencalonkan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, salah seorang Naib Presiden semasa, masing-masing untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Zahid memberitahu, berdasarkan pengalaman dalam Umno selama ini beliau mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan peluang.

“Ketua Pemuda Umno (yang disandang dari 1996 hingga 1998) juga setaraf dengan Naib Presiden, dan kini saya merupakan anggota Majlis Tertinggi,” katanya. – mstar

nota: DSAI, bagaimana?? Khabar angin juga mengatakan Tan Sri Mat Taib dan Datuk Ali Rustam juga berminat utk bertanding bagi jawatan Timb Presiden.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Zahid Hamidi Tawar Diri Sebagai Timbalan Presiden – Malaysiakini

  1. tubir

    Salam pada semua

    Teruskan zahid hamidi yakin boleh dan selamat membuat pilehan yang betul ………..didepan [enuh dengan jerangkap samar dan macam macam lagi ….carilah pendinding yang kuat …..se;amat berjuang

  2. Salam untuk semua

    Zahid Hamidi juga berhak menawarkan diri jika merasakan dirinya layak dan berkebolehan untuk memimpin negara..tapi harapan Putera supaya janganlah hendaknya ditaburkan janji2 yang kosong dan angan2 kepada rakyat yangmengharap..lebih penting lagi, gunakan peluang ini untuk mengumpulkan pengaruh dengan cara yang terhormat bukan dengan rasuah dan pembohongan..

    p/s: Semoga yang terbaik akan menang..

  3. awang sumong

    ali ketam boleh menang pasal dia bukan takat tabur janji malahan tabur wang. Dia kan dah kaya anbis dikautnya di melaka sume org melaka tau ape

  4. tubir

    Memang baik kalau semua boleh bertanding kesemua jawatan didalam umno ni ,tak kira lah orang baru ke orang lama ke ,tak payah pakai undi dari bahgian bahgian,Umno buat sesatu yang betul betul to the floor.tak kira lah orang tu kaya ke ,mernteri ke atau apa juga kerjanya .Kalau dia mendapat sokongan dari semua angota umno …orang orang umno kena terima .Buat macam pilihan raya .semua kena mengundi tak pakai perwakilan .Sebab perwakilan boleh kena beli .Orang umno sekarang ni dah buta disebabkan duit…..dan kuasa .Ramai yang pegang jawatan diperingkat tinggi dan rendah tak buat kerja dengan iklas.contohnya dikampung sungai raya kawasan pasir panjang ,teluk kemang .Disana ada sebuah rumah terbakar rumah orang melayu bekas tentera ,habis terbakar tiada apa yang dapat diselamatkan ….kebakaran tersebut berlaku julai yang lalu .dari tarikh tersebut sehinglah tulisan ini tiada seorang pun dari wakil umno atau wakil dari wakil rayaat dayang untuk menilai kerugian untuk memberi batuan kepada mangsa tersebut .Memang kawasan tersebut diwakili oleh PKR yang berketurunan india ….Memang lah dia tak ambil peduli…….sebab yang menerima musibah itu orang melayu.Tetapi yang menyedihkan saya tiada seorang wakil dari umno yang datang ……….Ini kewasan melayu………….masa inilah umno kena tunjukan keperihatinan dan kena peka …..bukan buat buta dan pekak …….Rumah yang terbakar tu hanya ditepi jalan utama ,boleh nampak dengan senang ……Entahlah saya pun kadang kadang bosan dengan apa yang berlaku kepada umno ni.
    Saya berkunjung kerumah mangsa semasa hari raya ke 3 mangasa menumpang dirumah aruah ibunya yang terletak berdekatan dengan rumah nya .Saya ni suka berjalan keserata pelusuk negara ….kerana itu sudah menjadi kegemaran saya ……sebab itu lah saya tau apa yang berlaku ……
    Nasihat saya kepada wakil rayaat ,dan bekas wakil rayaat kawasan pasir panjang pergilah jenguk merika ni dan ushakan bantuan membina semula rumah dia orang tu ……..Kalau umno tak mahu bantu …..nanti saya yang akan ushakan…..nanti malu orang orang umno ……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s