Atas kekuatan sendiri – Malaysiakini

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO atas kekuatan beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berharap perwakilan dan anggota pergerakan Pemuda UMNO dapat menilai pencalonannya atas kredibiliti dan juga kekuatan dirinya sendiri.

“Saya akan terus dengan perancangan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana daripada awal lagi saya ingin bertanding atas kekuatan diri saya dan berharap apa saja keputusan yang bakal dibuat pucuk pimpinan parti (Presiden dan Timbalan Presiden) itu tidak akan ada pengaruh kepada apa yang menjadi pilihan ‘orang muda’ dalam parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka beliau sempena Hari Raya Aidilfitri di Balai Raya Kampong Gadong, Kota, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita kedudukannya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan parti akan datang.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau berkata orang muda perlu memilih generasi mereka dan bukan atas sebab-sebab tertentu seperti pengaruh pucuk pimpinan dan lain-lain.

“Dia (anggota Pemuda) kena pilih untuk masa depan orang muda dalam parti. Saya yakin keputusan saya ini tidak akan berubah walau apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh Presiden.

“Selama ini saya berkhidmat selama empat tahun sebagai Naib Ketua Pemuda pun tidak pernah saya berkhidmat sebagai menantu Presiden atau pun Perdana Menteri.

“Saya turun ke bawah, saya jadi pengarah kepada jentera pilihan raya kecil….saya mengadakan program dan pelbagai lagi perkara yang saya buat selama empat tahun ini atas diri saya sendiri dan perkara itu tidak akan berubah sama ada Presiden (adalah) Pak Lah atau pun Datuk Seri Najib. Saya akan terus dengan kerja saya sebagai pemimpin bagi generasi muda dalam UMNO,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata ia merupakan satu perkembangan sihat apabila jumlah yang menawarkan diri untuk memegang jawatan dalam pucuk pimpinan Pemuda UMNO.

Katanya beliau juga tidak nampak wujudnya pasukan regu bagi merebut jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua dan berharap mana-mana calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda supaya bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang akan dipilih kelak sebagai Ketua Pemuda UMNO.BERNAMA

nota: selamat bertanding buat kesemua calon KP Malaysia. Berani berubah, pemuda berani, kemasyarakatan dan setiakawan – tag line calon2 yang bertanding.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s