Hindraf Nak Saman Utusan RM1juta – Malaysiakini

Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mahu menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM1 juta berhubung laporan dan komentar mengenai badan tersebut yang disiarkan akhbar itu semalam.

Penyelaras pusatnya, RS Thanenthiran berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguamnya mengenai perkara itu dan akan memfailkan tersebut tidak lama lagi.

Menurutnya, Hindraf terganggu dengan laporan Utusan yang didakwanya penuh dengan pembohongan dan fakta yang diputarbelit mengenai kehadiran badan tersebut di majlis rumah terbuka hari raya perdana menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu lalu.

Beliau mendakwa, laporan muka depan Utusan di bawah tajuk – Hindraf Keterlaluan – adalah tidak adil dan bersifat perkauman, dan seperti menyarankan bahawa Hindraf dianggotai oleh pelampau yang mahu mengganggu perayaan orang Islam dan mencemuh Islam.

Thanenthiran juga mengecam komentar tulisan Baharom Mahusin dalam kolum ‘Cetusan’ dalam edisi yang sama.

Beliau mendakwa, penulis bersikap tidak adil dalam kritikannya, yang didakwa Thanenthiran mahu mengapi-apikan kebencian kaum dan konflik kaum.

Hindraf, katanya, amat tersinggung dengan komentar Baharum yang menyatakan “Kalau penyokong Hindraf melakukan penghinaan seumpama itu di kawasan-kawasan pendalaman yang menjadi kampung halaman orang Melayu, mereka sudah pun diajar tentang makna dan akibat berperangai kurang ajar”.

nota: Wah!!! tak cukup ngan tuntutan dari kerajaan British RM1juta seorang….kini tak sabar…nk pula saman Utusan RM1juta…nnt duit ni kalau dapat..menang kes…nk belanja ke mana??? hantar london???…..Tersinggung dengan komentar Baharum?? Kami UMAT ISLAM lebih tersinggung dengan perbuatan HINDRAF…!!! Jangan kata UMAT ISLAM…kalau perkara yang sama dilakukan oleh mana2 kumpulan pada UMAT lain pun akan tersinggung….Kami lebih tersinggung dengan kenyataan tidak bertanggungjawab ‘ethnic cleansing” yang sehingga hari ini langsung tidak ditarik balik oleh HINDRAF!!!

Kalau utusan putar belit fakta..HINDRAF lagi putar belit!! Ingat jangan hidupkan api perkauman!!…..kita semua hidup aman harmoni sebelum kehadiran HINDRAF!!!…

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Hindraf Nak Saman Utusan RM1juta – Malaysiakini

  1. Sekolah Atap

    Nak duit mudah memang macam tu…. asyik nak cari salah orang saja

  2. suara de kota

    Salam Perpaduan dan Selamat Beraya Untuk Umat Islam yang dikasihi…

    Adat orang yang datang berkunjung punya cara dan amalan yang wajar murni sifatnya…

    Tidak hairanlah, ribuan pengunjung-pengunjung rumah terbuka pemimpin nombor satu Malaysia… dan inilah yang diberikan ruang oleh mana-mana Perdana Menteri mentelahnya lagi ‘menantikan’ kehadiran rakyat jelata bersalaman dengan perdana menteri sambil mulut mengucapkan ” Selamat Hari Raya” atau ditambah sedikit lagi ” Mohon maaf Datuk Seri”

    Apa ertinya, ucapan ” Hapuskan ISA” atau ” Bebaskan Pemimpin HINDRAF” yang diucapkan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang ceria menyambut kehadiran sebahagian jutaan rakyat jelata di Rumah Terbuka Perdana Menteri.

    Suara De Kota terasa ‘hina’ apabila Perdana Menteri Malaysia disogokkan perlakuan yang sedemikian, (terkeluar dari sifat pengunjung rumah terbuka) biadap!. Hilangkah sudah budaya… mengapa timbul jejala?.

  3. Kuntakinte

    Salam, ha…ha… ane – ane Hindraf saman ane jangan tak saman ganti rugi setiap orang yang bercakap dan kritik HINDRAF, untong2 kalau menang dapat duit free boleh agih2 pada semua orang hindu dalam Malaysia ni boleh ganti kan duit kerajaan Britain.

    Sedor lah ane oi… persatuan pun haram.

  4. apa susah kita kutip 20 ribu umat pergi pulak ke rumah open house depavali pemimpin hindraf… hantar memorandum suruh hapuskan hindraf … apa depa nak kata pulak…

    sekupang dua terpikir juga .. kadang2 ada juga betul nya pepatah orang jahat ni balas jahat jer baru diorang tahu … kalau tidak naik kepala jadinya… bior berakai

    patutnya kita yang hantar saman kerana ***** ni datang kemalaya memusnahkan negara… mereka lah yang ambik upah jadi tentera… patutnya kita yang tuntut ganti rugi kerana memusnah dan menyebabkan banyak yang terkorban… ini terbalik pulak…. pasai apa

  5. ashportal

    aku setuju sekupang dua, aku tgk blog lain derang xabis2 nk ckp yg hindraf xbiadap, sengal btul la, derang byk syok sendiri je, aritu kes teresa pun same, sibuk nk defend dia, come on la wei, dah terang lagi bersuluh, org dah buat salah ngaku je la, ini byk pulak auta, kite tunggu plak deepavali, kite gi rumah terbuka hindraf plak,ramai2 dlm 100 org, pegi masuk n buat bising sket2, pastu slm pengasas dia, then ckp “tolong hapuskan HINDRAF, kembalikan keamanan negara”. pastu buat kite press statement kate “kami xbiadap, cara kami btul”…time tu barula derang rase mcm mane, baru tau ape org rase.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s