Tun Mahathir tidak yakin Pak Lah lepas jawatan – Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.

Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.

“Baguslah… bertandinglah… kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah.

“Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita.

“Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah,” kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam pemilihan akan datang, tidak perlu wujud istilah pasukan kerana jika sesebuah pasukan itu kalah, mereka akan sukar bekerjasama dengan pasukan yang menang.

“Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.

“Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang,” katanya.

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” katanya.

Berhubung sama ada Umno memerlukan kesinambungan pemimpin lama dan baru seperti yang berlaku dalam parti MCA dan Gerakan pada masa ini, Dr. Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin perlu mencontohi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mengundurkan dirinya pada pemilihan parti akan datang ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang… tak mahu tarik diri.

“Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain… itu saja, tapi tak mahu tarik diri,” katanya.

Berhubung keputusan beliau untuk menyertai semula Umno, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama membuat keputusan itu iaitu sejak beliau keluar daripada Umno lagi tetapi ia bersyarat.

“Saya kata saya akan menyertai semula Umno tapi ada syarat… syarat tu kamu pun tahu.

“Tapi rupa-rupanya ramai yang keluar Umno setelah saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang-orang ini tak dapat masuk, tak adillah. Masa keluar, mereka ikut… saya masuk, mereka tak boleh ikut.

“Kita jangan lupa mereka ini punya kuasa undi. Kalau mereka berada di luar Umno dan mengundi parti lawan, Umno mungkin akan kalah,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, kehadiran tetamu kira-kira 10,000 orang pada rumah terbukanya tahun ini agak luar biasa dan ia mungkin disebabkan beliau menguar-uarkan tentang hal itu dalam laman blognya. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Tun Mahathir tidak yakin Pak Lah lepas jawatan – Malaysiakini

  1. CDEEK

    Askum Tun,

    saya memang cadang nak keluar umno setelah pengumuman Tun keluar Umno dulu, yang menjadi fikiran saya ialah seperti apa yang Tun kata, kalau kami yang level bawahan ni keluar susah nak masuk. sebab saya yakin Tun akan kembali kepada umno satu hari nanti. kalau saya dah keluar umno danTun masuk umno semula saya juga sayang parti umno, bukan sayang pemimpin yang ada sekarang ni.
    Sekarang ni tunggu keputusan Tun, Tapi kalau Tun tidak kembali kepada umno, confirm lah saya akan keluar umno juga. sekarang tengah tunggu pengumuman 9.10.08……

    Terimakasih Tun.

    Terima

  2. afdzal

    asalamualaikum Tun, saya menyokong penuh saranan tun supaya pak lah undur lebih awal, walaupun usia saya masih muda tapi zaman pembesaran saya di zaman pemerintahan tun… dan kini juga saya juga memegang jawatan sebagai tim. ketua pemuda cawangan di N9, saya selalu mendoakan supaya tun dipanjangkan umur supaya dapat membela orang melayu, agama dan negara malaysia yang kini menghadapi banyak masaalah… PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI…

  3. ahpauzi

    Kalau dah berjanji hendaklah ditunaikan walau pun berat hati hendak melepaskan.Inilah contoh yang perlu di-ikuti olih ahli dan jangan mencontohi Tun Mahathir sanggup keluar kali kedua UMNO kerana dendam peribadi.Kalau dah keluar jangan masuk lagi kerana ini akan mengkucar kacirkan lagi UMNO.Cuba tengok Pak Lah contoh yang baik yang mana beliau bolih bertanding Presiden dan Najib Timbalan dan Naib Presiden ada pertandingan.Pak Lah tak mahu apabila dia undur Najib susah nak pilih timbalan maka ahli yang akan pilih timbalannya.Untuk Saya saya syorkan Zahid Hamidi Timbalan sokong…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s