Tunggu Hingga Khamis Ini : Mukhriz – Malaysiakini

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, mereka yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno sepatutnya menunggu sehingga pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum 9 Oktober ini.

“Secara tertibnya, saya ingat lebih baiklah kita tunggu dulu (keputusan Abdullah) sebelum umumkan.

“Saya sendiri menunggu Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) mahu bertanding atau kosongkan jawatan Ketua Pemuda sebelum saya berani tawarkan diri.

“Agaknya mereka yang telah umumkan ini dah tahu dengan pasti bahawa Presiden kita akan melepaskann jawatan,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines Resort City, di sini, hari ini.

Pada 26 September lalu, Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sebelum bahagian mula bersidang untuk menyatakan pendiriannya sama ada mahu mempertahankan jawatan Presiden ataupun sebaliknya.

Sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sudah menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Berhubung sokongan Dr. Mahathir terhadap Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden, Mukhriz berkata, beliau berbeza pandangan dengan bapanya dalam hal itu kerana beliau menyokong Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden.

“Di situ ada sedikit perbezaan tapi tak apalah, itu soal dalam rumahlah kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Tengku Razaleigh mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden tidak salah kerana ia selaras dengan amalan demokrasi dan demi mengukuhkan parti.

“Kita bukan nak cari juara. Ini bukan gelanggang gusti tapi semata-mata membawa pembaharuan dalam parti,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, beliau tidak pasti sama ada Tengku Razaleigh akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan itu tetapi beliau pasti Ketua Umno Gua Musang itu akan bekerja keras untuk mendapatkan pencalonan.

Ditanya mengenai kemasukan semula Dr. Mahathir ke dalam Umno, Mukhriz berkata, bapanya belum menyatakan bila beliau akan mengumumkan perkara tersebut.

“Itu kena tanya Tun. Kita kena tengok juga pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri kita dalam tiga empat hari ini. Kita lihat saja,” katanya.

Menurut beliau, Dr. Mahathir juga masih belum memberitahunya mengenai cawangan dan bahagian yang akan dianggotainya.

“Saya ada berbincang dengan beliau mengenai perkara ini. Saya memberi pandangan saya sendiri betapa pentingnya Tun kembali ke cawangan Jitra dan bahagian Kubang Pasu tapi setakat ini, beliau belum memaklumkan kepada saya di mana,” katanya. – mstar

nota: BERANI BERUBAH!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s