Ku Li syor BN-Pakatan bentuk kerajaan perpaduan, pemerhati anggap Anwar ‘tersedak’ – Malaysiakini

Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik.

Ketua Umno Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun penganalisis melihat perkembangan tersebut sebagai tidak kena dalam senario politik semasa di mana rakyat ingin melihat kewujudan sistam dua parti di negara.

“Pakatan sudah tersepit. Datuk Seri (Anwar) Ibrahim sudah tersepit, sudah habis strategi politik,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

Kata beliau, Anwar kini sudah tiada jalan melainkan mengadakan perbincangan dengan Tengku Razaleigh selepas kesemua taktiknya untuk membentuk kerajaan persekutuan baru menerusi lompat parti gagal.

“Pembangkang tidak boleh jalan (bergerak)… Pakatan hendak ambil alih kerajaan, tetapi sudah tersepit, sebab itu mereka jumlah Ku Li.

“Tetapi pandangan Ku Li tidak kena dengan senario sekarang walaupun pernah digunakan dulu (tahun 1970-an),” katanya.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah itu boleh mengguna pakai formula yang pernah diamalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan.

Dalam pertemuan tersebut, kata bekas Naib Presiden Umno itu yang dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru – sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama bersama BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru landskap politik selain situasi ekonomi global.

Sebagaimana disaksikan pada pilihan raya umum 1969, BN mengalami kekalahan di lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kelmarin, Tengku Razaleigh yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden Umno, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam “konteks kawan-kawan lama yang bertemu.”

Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh berkata, beliau telah menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

“Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan,” katanya. Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

“Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi,” katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa. – mstar

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Ku Li syor BN-Pakatan bentuk kerajaan perpaduan, pemerhati anggap Anwar ‘tersedak’ – Malaysiakini

  1. tubir

    Salam
    tengku ni banyak rancangan nya …..sama samalah kita lihat rentak dan tari tengku ,cangung ke ,joget ke, zapin ke atau rock pecah kepala .

  2. Pembangkang akan tetap membangkang,rakyat sudah membuat pilihan pda PRU12..

  3. suara de kota

    Salam.
    Mari sama-sama kita menoleh kejab ke belakang…
    Tengku Razaleigh pernah keluar daripada UMNO dan menjadi pemimpin Semangat 46. Mungkin PKR nan lalu?, (Pulang Ke Rasa nan lalu?). Mudah-mudahan tidak!.

    Dan kini, dalam UMNO ada beberapa cara untuk kononnya untuk perbetulkan UMNO?

    Tak tahulah kita, apakah peranan Tengku Razaleigh terhadap UMNO Kelantan pada 10 – 12 tahun kebelakangan ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s